Minggu, 16 Desember 2007

Guli , Bola dan Bumi

dari kiri : hadiey , aku , zufar


Malam tadi aku main bola.Macam biasa,sebagai penjaga gol,banyak yang perlu diambil perhatian.Menyuruh semua pemain-pemain agar berwaspada dengan pihak lawan merupakan satu keutamaan bagi seorang penjaga gol yang merupakan benteng terakhir bagi sesebuah pasukan.
Alhamdulillah,kami menang malam tadi. 2-1 ..lawan team bekas roomate aku, Hadiey. Walaupun kami menang malam tadi, tapi aku tercedera sedikit, di siku.Berdarah .Berlaku masa aku cuba menyelamatkan bola dari masuk gol dan akibatnya, tangan aku terseret dan terus berdarah.Tapi, alhamdulillah, bola berjaya ditepis.

Saje je ubah tajuk dari kebiasaan. Bila tengok permainan bola ni, dia banyak mengajar erti perjuangan. Dalam permainan ni, strategi, kesefahaman antara pemain, dan hampir keseluruhan permainan bola ni dia adalah permainan berpasukan.Jadi kemenangan untuk sesebuah pasukan banyak bergantung pada gerak kerja bersama.Pergantungan pada individu untuk meraih kemenangan , agak tipis berbanding jika bekerjasama.

Jadi, cam sama gak dengan dakwah.Tidak beza sangat.Perlukan strategi untuk mengoptimumkan kejayaan gerak kerja.Skil dari seseorang individu, kurang berhasil sangat.Berbanding berjamaah.Semuanya kene mantap, tidak boleh dibuat ala kadar.Kalau kurang berhati-hati sket, mudah sahaja dibolosi.

Aku teringat kata-kata dari pepatah rusia " satu kepala baik , tapi dua kepala terlebih baik."
Maybe entry akan datang nak cerita sket pasal "kenapa orang rusia bangga sangat dengan bangsa mereka"...dengan kata lain, sifat patriotik mereka tinggi, ataupun kenapa mereka menghargai ilmu pengetahuan...semua hanya satu sahaja jawapan..Insyaallah, nanti saya tulis..Inipun hanya sekadar pemerhatian saya sepanjang tiga tahun di bumi bekas Soviet ni.Saja, mahu berkongsi semua kebaikan yang ada di negara ni.Keburukan, elok disimpankan.

3 komentar:

As mengatakan...

alhamdulillah, seronok je dapat relate macam tuh.
baru perasan, MML ye dulu. Dapat beberapa kawan lembut jiwanya dari situh. hehe. Dapat kawan baik2, kurang2 harum baunya penjual minyak wangi terkena kat kita. =)

hadoken mengatakan...

suka tengok semangat anda.

teruskan!

umar alfateh mengatakan...

nur ilahi : hmm...ramai member kt mahad dulu yg berjiwa lembut ni..dlm lembut tu, kalah lelaki biasa dalam kerajinan diorang ni..sampaikan maktabah mahad tu, majoriti diorang yang pegang...