Jumat, 23 November 2007

Pemergian.


Kematian.Perkataan yang paling tidak disukai apabila terasa diri tidak bersedia menghadapinya.Begitulah lumrah kehidupan,yang muda akan tua,yang tua akan pergi,yang muda jua tidak ketinggalan dalam mengikut jejak walaupun tika umur masih merah.Kematian sangat2 memberi impak kepada manusia,terutama bagi mereka yang berada dalam lingkungan kekeluargaan kepada si mati.Isteri,anak2,ibu,ayah,adik beradik sepupu ,jiran ,rakan ,teman mahupun lawan.Semuanya mendapat kesan dari peninggalan si mati.

Perasaan sedih tatkala kehilangan orang yang disayangi sangat2 memberi impak pada keluarga terdekat pada si mati.Akibat kematian,diri rasa sedih,hilang selera makan sehinggakan terlupa bahawa hampir sehari suntuk tidak menjamah makanan dek kesedihan yang membungkam.Di sinilah salah satu kewajipan sebagai rakan atau jiran untuk menceriakan keluarga tersebut.tetapi bagaimana??..

Ketika peperangan Mu'tah,sepupu nabi,Jaafar bin abi Talib telah gugur di medan peperangan,berita gugurnya syuhada' ini tidak membuatkan Nabi membungkam kesedihan bahkan terus dibelai dan dihiburkan anak2 Jaafar untuk mengelakkan kesedihan kehilangan ayah mereka,dalam masa yang sama disuruh isterinya/khadam/sahabat2 agar memasakkan makanan dan diberikan kepada keluarga jaafar bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung akibat dari kehilangan insan yang paling berharga dalam hidup mereka.

Kisah ini banyak memberi contoh kepada kita,apakah yang sepatutnya kita lakukan,pabila sahabat,atau jiran kita kehilangan ahli keluarga mereka.Menggembirakan anak2 si mati akan menyebabkan jiwa kecil mereka tidak dibelenggu kesedihan yang tidak sepatutnya mereka tanggung.Bagi si ibu,jika melihat anak2 nya dibelai oleh kenalan2,kawan2 rapat si mati mahupun jiran mereka,ini akan mengurangkan rasa beban si ibu yang sarat memikirkan kepada siapakah anak2ku akan menumpang kasih seorang bapa??..siapakah yang boleh kuharapkan untuk melihat anak2ku yang masih kecil ini??..Apakah anak2ku boleh membesar tanpa seorang lelaki yang bernama ayah di sisi mereka??...Begitulah saratnya hati seorang ibu memikirkan masa depan anak2nya..Jadi,dengan menggembirakan anak2 si mati,sekurang2nya ia akan mengurangkan rasa beban dan sesak yang ditanggung,untuk anak2 nya.

Keduanya,memberi/memasakkan makanan kepada keluarga si mati.Akibat kesedihan yang membungkam hati2 keluarga si mati,menyebabkan mereka kurang mengambil peduli sedikit tentang makan minum mereka dek kesedihan yang menimpa.Di sinilah perlunya kita menghulurkan sedikit juadah memberi kepada keluarga si mati,untuk mengurangkan rasa sibuk mereka menguruskan urusan si mati,menggembirakan hati2 keluarga si mati, bahawa masih lagi ada yang mengambil berat tentang mereka.Juga memberi satu tanda yang kitalah tempat berteduh atau sekurang2nya tempat luahan mereka jika sesuatu yang susah mereka hadapi selepas dari siapnya jenazah dikuburkan.

Begitulah serba sedikit berkenaan dengan kematian,yang bagi kita jiwa orang muda,yang kurang memikirkan soal kematian.Sedangkan Nabi menceritakan,secerdik2 manusia adalah mereka yang banyak mengingati mati.Dengan ingat pada kematian,kita akan mencongak sejauh mana amalan kita,jika terasa ianya masih kurang,maka akan ditambahkan lagi amalan tersebut agar ianya seiring dengan datangnya ajal yang tidak pernah kenal usia.Moga2 dengan coretan ringkas ini,akan membantu kita dalam menangani soal kematian yang tidak pernah lekang dari telinga.

Yang terakhirnya,mari kita sedekahkan bacaan Al-fatihah kepada ayah,ibu ,datuk nenek dan sesiapa yang telah pergi meninggalkan kita untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai di muka bumi ini selaku khalifah Allah..Al-fatihah.

romantik,kasih sayang dan cinta.


Romantik

Hari ni,aku ada kelas therapy di hospital.Perjalanan menaiki bas dan tramvai sedikit sebanyak agak meletihkan,lebih2 lagi aku terpaksa berkejar ke sana,kerana waktu jumaat yang agak lewat berbanding waktu kelas yang bermula 240ptg.Solat jumaat habis jam 200petang.
Setelah turun dari tamvai , aku menyusuri lorong pejalan kaki yang agak licin dek salji yang mengeras.Dalam berkejarannya aku ke hospital,aku terpandang satu pasangan tua(dalam 50/60 lebih) yang berpegangan tangan menyusuri jalan yang licin.Keramahan yang ditunjukkan oleh pakcik tu pada pasangannya amat menyentuh hati.Manakan tidak,walaupun umur sudah lanjut,tetapi kemesraan dan keramahan yang ditunjukkan seolah2 mereka pasangan muda yang melayari rumah tangga.

Aku memikir2kan situasi tersebut dan menyimpulkan, sungguh bahagia pasangan yang berjaya kekalkan kemesraan sehingga hari tua.


Kasih sayang

Setahun yang lalu,satu hari yang serabut dalam musim sejuk yang menyengat tulang aku mengambil keputusan untuk berjalan2 mengelilingi metropolitan moscow dengan menaiki tramvai.Melihat2 keindahan cahaya lampu waktu malam.Sedang aku asyik dengan keindahan lampu tepi jalan dan keindahan warna warni bangunan2 sepanjang jalanan,dua beranak naik tramvai yang kunaiki.Seorang ibu yang aku kira2 dalam lingkungan 30-an dan anaknya yang kurasakan sekitar 7@8 tahun.
Si kecil mengambil tempat dihadapanku,manakala si ibu mengambil keputusan duduk di sebelahku.Selepas itu,aku menyambung lamunanku ke luar tingkap yang sangat dingin.Lamunanku terganggu dengan kelincahan si kecil yang tidak henti2 bertanya si ibu tentang apa yang dia lihat di sepanjang jalan yang dilalui.Si ibu pula tidak jemu menjawab pertanyaan si kecil yang jika aku berada di tempat tersebut,mungkin sudah tidakku layan.Sedang sibuk aku meneliti apa yang diperbualkan oleh kecil dengan ibunya,tiba2 si kecil menunjukkan ke satu arah yang bertentangan dengan si ibu,arah yang bagi aku,tidak pasti apa yang menarik ada di sana.Tatkala ibu sudah mengalihkan ke arah yang ditunjukkan oleh anaknya,sambil mencari2 apakah gerangan yang dimaksudkan oleh anaknya,si kecil terus mengucup pipi si ibu tanpa sempat si ibu berpaling semula ke arah anaknya.Kemudian si kecil terus katakan "я тебя люблю"-saya sayang mama sambil memeluk ibunya.
Ibu muda ini,membalas pelukan si kecil dengan penuh kemesraan.Melihatkan situasi ini,aku tumpang bahagia melihat kasih sayang yang ditunjukkan.Senyuman yang dilemparkan oleh si ibu jelas kelihatan yang dia bahagia kerana tahu anaknya juga menyayanginya seperti dia menyayangi si kecil.Dalam keserabutan isntiusi keluarga yang teruk membelenggu masyarakat barat,tersimpan kasih sayang yang bagiku sungguh bernilai dalam kekalutan kota moscow yang kian tahun mencengkam kehidupan rakyat dengan nilai inflasi yang tinggi.

Hmm..kasih sayang..makin hilang dari masyarakat yang tidak memandang kepentingan instiusi kekeluargaan dalam menangangi masalah sosial yang kian parah.


Cinta

Satu fitrah manusia untuk sayang dan disayangi.Aku juga tidak terlepas dari perasaan ini.Sepanjang tiga tahun di bumi rusia ini,aku mengintai2 disebalik sikap dan perangai masayarakat rusia yang boleh ku ambil dalam memberi maksud cinta.Ku lihat,keberanian masyarakat meluahkan rasa cinta dan bercium2an di mana sahaja yang kulalui,tidak banyak mengajar aku erti cinta.Tetapi situasi tersebut membuatkan diriku memaksa diri untuk menundukkan pandangan dan berpuasa dalam mencari erti cinta yang sejati.Rupa2nya,dalam gejolak yang membelunggu jiwa mudaku ini,tersimpan satu rahsia untuk mengendurkannya.Iaitu,PUASA.Ketika inilah aku rasakan besarnya hikmah berpuasa dalam menangani gejolak jiwa dan fitnah yang berlaku disekeliling.Bila berpuasa,perasaan untuk mengekalkan erti puasa itu membuatkan mata hanya difokuskan pada lantai dan kaki2.Menundukkan pandangan.
Puasa dan menundukkan pandangan sangat memberi kesan dalam menjaga hati.Bila zina mata berjaya dikurangkan,maka berkuranglah hati dari titik2 hitam yang sebenarnya sebagai tempat bermaharajalelanya nafsu dalam jiwa.Dua perkara yang aku baru kurasakan hikmah disebalik pesan Nabi kepada generasi muda yang punya kehendak tetapi tidak mampu untuk mendirikan 'masjid' yang suci.

Rabu, 21 November 2007

Bersyukur

Alhamdulillah,ucapan pertama yang perlu diucapkan tatkala selesai sesuatu perkara.Begitulah ucapan yang keluar tatkala aku selesai membuat blog ini.Mungkin blog ini hanya sekadar luahan hati dan pengalaman hidupku sepanjang berada di bumi Allah yang luas ini.Sudah lama mahuku buat cetusan hatikan diatas sesuatu yang bolehku renung kembali apa yang telah kulalui sepanjang-panjang laluan hidupku atas bumi Allah ini.Setelah berlaku satu peristiwa yang atas kecuaianku sendiri,aku memberanikan diri untuk menulis pengalaman kisah hidupku untuk menjadi tauladan jika ianya punya pengajaran untuk teman-teman mahupun lawan.Moga coretan hidupku ini,sedikit sebanyak membantu perjalanan hidupku agar tidak jatuh ke lubang yang sama untuk kali keduanya.
Kepada teman-teman,marilah kita ucapkan syukur diatas segala nikmat yang Allah kurniakan pada kita sepanjang-panjang kita menarik nafas yang tak pernah terlepas dari pengaturan tuhan.Sungguh indah hidup seorang muslim yang padanya sifat syukur diatas nikmat sabar diatas ujian.
Jom sama-sama renung sejauh manakah syukur kita di atas nikmat dan rahmat yang sentiasa mengiringi perjalan hidup kita..