Minggu, 09 Desember 2007

Bunga yang tidak kembang....





Selepas makan,aku terus meninggalkan restoran dan masuk ke dalam ruang utama masjid.Secara kasarnya,masjid ini mempunyai lima kedai,satu restoran,satu kedai daging, dan satu kedai roti,satu kedai beraneka dan satu kedai ilmiah(buku,cd,quran,tasbih,khuf dan lain2).Semuanya berada dalam satu halaman yang sama.Jadi,secara keseluruhannya,masjid ini merupakan tempat berhimpun masyarakat muslim ,dan ada lagi 4buah masjid di sekitar moscow.Masjid yang paling besar di moscow kalau tak silap aku berada di отродное,utara Moscow.Di sana merupakan pusat tarbiyah,ada sekolah,ruang utama masjid,kedai daging , restoran dan ,aku tak ingat dah apa ada lagi.Memang besar.

Kembali pada cerita asal,aku masuk tu , isya' sudah didirikan,mujur aku tidak masbuq.terlewat fatihah sahaja.Alhamdulillah,makan tidak melekakan aku.Selesai solat , aku bersandar di dinding masjid.Melihat-lihat aktiviti yang dijalankan oleh jamaah-jamaah yang hadir.Ada satu kelompok di hujung penjuru masjid sedang mengadakan perbincangan agama,ada yang tidur,ada yang sedang melepaskan lelah mungkin keletihan satu hari bekerja,ada yang membaca quran dan pelbagai ragam yang boleh dilihat.Aku hanya duduk memerhati dari sudut yang aku boleh capai.Tidak buat apa-apa2.Hanya niat iktikaf sahaja.Sambil berfikir bagaimana mahu improve bahasa rusia aku yang sudah agak jem.Dalam masa aku berfikir itulah, datang seorang pakcik yang agak berumur menghampiri aku.

"Ассаляму ‘алейкум" (assalamualaikum)
алейкумyccalaм' (waalaikumussalam)
как дела? (apa khabar?)
алхамдулиллах (alhamdulillah)
как учеба (macam mana belajar?)
хмм..все нормально.алхамдулиллах. (hmm..semuanya biasa.alhamdulillah)

Diam seribu bahasa.Pakcik ni memang baik.Suka datang tegur aku kalau nampak aku tidak buat apa-apa dalam masjid.Nama dia Said Muhammad.Kalau tak silap,dia berasal dari Chechen.Anak-anaknya semuanya berjaya sebagai doktor,dan semuanya pakar-pakar.Aku tak berapa ingat berapa orang anak-anaknya,tapi hampir dalam 5orang.

Aku masih lagi diam seribu bahasa.Memerhati wajah tua pakcik ini, dalam lingkungan 50-60 lebih.Berseri dan tenang.Senyuman jarang tiada di wajah pakcik ni selama aku kenal dia.

"слушай меня."(dengarkan apa saya nak cakap).. pak Said lembut memulakan bicara.
'да'. (ya) ..aku mula mengambil perhatian apa yang mahu dikatakannya.Selalunya dia akan memberi nasihat-nasihat yang menyejukkan hati.
Pak Said masih memerhatikan aku,melihat di tanganku sedang memegang quran,terus dia berkata.
"Anak,peganglah quran.Amalkan apa yang ada dalam quran dan sunnah." lembut Pak Said menutur bicara.
"Jangan jemu baca quran,kita , kalau umat Islam apa yang ada memahami dan mengamalkan apa yang ada dalam quran dan sunnah, pasti akan selesai semua masalah yang melanda dunia.Masa sekarang ni, kebanyakan masalah yang melanda umat Islam dan dunia amnya kerana kita tak memegang/memahami apa yang ada dalam quran dan sunnah."
Pak Said diam seketika.
"Bila quran tiada dalam hati kita,dalam kehidupan kita,menyebabkan hati kita kosong,tidak tahu mahu diisi dengan apa.Dengan kosongnya hati ni lah,menyebabkan syaitan masuk mengisi ruang ini,dan dengan mudah dia kawal umat Islam."
Aduh,seperti ada sesuatu yang menusuk hati ni.Aku tidak tahu mahu memberikan apa respon pada Pak Said terhadap apa yang dikatakannya.Selalu,nasihat-nasihat seperti ini, membuatkan aku berfikir sejenak.Memikir dan berfikir.
'Insyaallah'. itu sahaja kata-kata yang mampu kulafazkan tatkala melihat Pak Said menunggu respon dariku.

Hatiku tenang bila mendengar kata-kata Pak Said.Umpama mendengar semula nasihat-nasihat abah yang selalu menegurku apa sahaja yang dirasakan baik untuk anaknya.Aku merasa sungguh bertuah kerana ,alhamdulillah, walaupun tidak selalu aku ke masjid ini,tapi aku berjaya melaksanakan apa yang ayah nasihat aku sebelum aku berangkat terbang ke bumi rusia ini.
"Bang cik,jangan jauh dari jamaah,komuniti masjid dan masjid.Cari masjid.Kita kena kuat dengan jemaah,biar tak rasa seorang." Nasihat abah kepadaku.

Sambung semula dengan Pak Said.Selepas menasihatiku,dia tersenyum.Adui,indahnya wajah pakcik ni.Tenang dan berseri.Sesiapa yang melihat , aku rasa mereka pun akan terasa ketenangan.Ingat lagi pada pertemuan pertama dengan Pak Said pada tahun lepas.Ketika itu , aku dan rafeeq sedang duduk-duduk berbual tentang kehidupan masing-masing.

"Alhamdulillah,masih ada orang-orang muda yang hadir ke masjid.Teruskan istiqamah dengan masjid.Jangan leka dengan dunia.Yang penting,kamu anak-anak muda,jaga quran.Jangan berhenti baca.Jangan jemu dengan quran.Sebab umat Islam ni seperti bunga yang tertutup.(aku tak ingat nak terang keadaan bunga yang tak berkembang).Bunga bila kita siram hari-hari,dia lama-lama akan kembang, dan bila dia kembang betul, kita akan melihat keindahan bunga tu."

"begitu juga hati kita dan diri kita,kalau tiap-tiap hari kita siram hati kita dengan nasihat-nasihat dari quran,dia akan hidup dan berseri.Sampai satu masa,dia akan kembang elok,masa tu kita akan lihat semua perkara baik akan menjadi perhiasan diri kita,dan orang yang melihat akan rasa indah,tenang dan bahagia...."

wah..teruja aku bila mendengar nasihat begitu.Masih segar sehingga hari ini kata-kata ini masih terngiang-ngiang di telingaku.Itulah antara kebaikan aku berada di masjid.Tidak pernah sunyi dari nasihat-nasihat yang berguna sebegini.Pasti,sekurang-kurangnya , aku pasti menerima kehangatan persahabatan ukhwah islamiah dengan berkenalan dengan rakan-rakan baru.Komuniti Muslim di sini,sangat-sangat percaya kepada orang-orang Islam.Bagi mereka , umat Islam ini bersaudara, jadi tidak perlu bersangka buruk.Senyuman pasti terukir dan ucapan salam tidak pernah lekang dari mulut mereka jika bertemu dengan sesama muslim.Aku merasa kehangatan persahabatan juga di bumi rusia ini.Banyak perkara yang membuka mata hatiku terhadap setiap perkara yang berlaku.Persahabatan,ukhwah,dakwah,belajar dan setiap butir kehidupan.

1 komentar:

Mohd Hazreen Rashid mengatakan...

huhu, ingatkan bunga apa yg tak kembang td. Terima kasih. Ada sedikit pengisian rohani datang2 menjenguk blog ko nie.