Sabtu, 01 Desember 2007

Cerita disebalik batu

"Berlapang dada la pokwe,relax,jangan runsing2.!"..Satu ungkapan yang dulunya,payah untukku mengerti.
"Kau ni apsal??..tak nampak aku tengah sedih ni??..fikir r sket perasaan orang!!"..Selalu sahaja perkataan itu keluar bila aku ditimpa sesuatu musibah.Yang bagiku,pada saat itu,aku mahu orang lain juga bersedih sepertimana aku bersedih.
Masa berlalu,dan semakin ramai kenalan yang aku kenal,semakin banyak kerenah manusia yang aku belajar,terutama setelah tiba di bumi Rusia ni.Bila makin kenal manusia ni, membuatkan aku semakin ligat berfikir tentang kerenah masing-masing.
Setelah masa berlalu,baruku sedar,apa yang berlaku disekeliling,tidaklah memberi kesan sehinggalah apa yang berlaku itu masuk kedalam hati dan membuatkan berfikir tentang apa yang berlaku.Maka sedari itulah, aku mula menukar caraku berfikir terhadap sesuatu situasi.Mulaku lihat sesuatu itu pada sudut yang berbeza,yang pastinya aku boleh lihat satu petunjuk lain.Selalu aku lihat sesuatu perkara,hanya dari hadapan,bukan dari sudut kiri atau kanan,sepertimana kereta,bila dilihat dari depan,akan dirasakan bahawa kereta itu pendek, kecil tidak muat untuk ramai orang sedangkan apabila dilihat dari tepi,tidak seperti yang disangka.Panjang,luas,menarik.begitulah yang berlaku.

Perkenalan dengan watak yang berbeza juga mengajarku bahawa manusia ni,semuanya dibentuk dari latar belakang yang berbeza,keluarga yang pelbagai,pendidikan yang tidak sama.Ia membuka lagi satu paradigma aku berfikir dan memahami apa yang berlaku.Kadang-kadang,sebagai contoh, aku gagal melepasi ujian kecil yang dibuat untuk sesuatu subjek,dan pada masa itu aku terus berfikir bahawa usahaku masih kurang.Walaupun rakan-rakanku ada juga yang tidak puas hati yang cikgu tidak adil sebab mereka tidak tidur malam kerana belajar,tapi selalu aku berfikir yang cikgu bukan tidak adil,cuma kita yang tidak pandai mengolah ayat dalam memberi jawapan pada soalan-soalan yang diberi.

Sikap tidak menyalahkan orang lain,tetapi diri yang salah banyak membantu aku mendepani rakan-rakan malah orang-orang Rusia.Pada permulaan aku mula berjinak mahu berkawan,banyak perkara aku menyalahkan orang lain,dan dari situ banyak perkara yang tidak selesai malah semakin bertambah.Kadang-kadang ramai kenalan yang menyalahkan penduduk setempat kerana tidak fasih berbahasa inggeris.Apabila sikap menyalahkan penduduk yang memang cintakan bahasa ibunda,bukan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar bahkan menerukkan lagi keadaan.Sikap ini seolah-olah mahu orang lain memahami kita dan ikut apa kita mahu berbanding sikap yang sebaliknya dilakukan.Bagiku,orang-orang Rusia ini banyak kebaikan yang ada pada mereka.Dalam kekasaran yang ditunjukkan oleh mereka,banyak sikap yang boleh diteladani dari mereka.
Walaupun mereka tidak fasih berbahasa inggeris,tapu pabila kita cuba meminta sesuatu pertolongan,mereka akan cepat membantu jika kita bersungguh-sungguh cuba bercakap dalam bahasa mereka,dan jika apa yang mereka katakan kita kurang memahami,mereka akan cuba mencari bahasa paling mudah untuk kita fahami.

Banyak yang mahu ku katakan disini,cuma dari pengalaman berinteraksi dengan ramai manusia,walaupun aku tahu,tidaklah seramai mana,paling penting dalam perhubungan dengan sesama manusia, aku rasa sifat cuba untuk memahami orang lain dan memberi apa yang kita ada itulah yang membuatkan orang lain akan cuba memahami kita.Fikirkan dari sudut orang lain berfikir dan digandingkan dengan sudut kita berfikir,insyaallah,interaksi akan berjaya.Aku bukan bagus sangat dalam berinteraksi,cuma sekadar berkongsi apa yang dirasa baik.

Last sekali,bila berinteraksi dengan manusia ni, kadang-kadang ada yang cuba buat kita marah,menaikkan api kemarahan,buat kita tak senang,buat kita rasa tertekan.Dan dalam menangani perkara ini,aku dapat satu penyelesaian terhadap masalah ini,sehinggakan sekarang hampir tidak menjadi masalah untukku apabila berhadapan dengan situasi begini.Formula dia mudah "berlapang dada".Dengan kata lain, menjadikan hati/jiwa seluas lautan yang tidak berubah dek nila setitik atau gula yang secupak,jangan jadikan hati sebesar air didalam cawan yang cepat berubah dengan setitik nila yang dimasukkan kedalamnya.

Semua masalah,kita hanya menjadikan ianya satu titik kecil dalam jiwa,dan setiap yang terjadi tidak banyak memberi kesan/pengaruh dalam jiwa.Life is 90% what happen IN you , only 10% what happen to you.

1 komentar:

Mohd Hazreen Rashid mengatakan...

Masuk kandang kambing mengembek. Aku setuju pasal bahasa tu.