Minggu, 02 Desember 2007

Lagu Lama

Semasa duduk menyendiri petang tadi,tiba-tiba semacam teringat nostalgia lama pada ayah di Malaysia.Duduk sambil tersenyum teringat kenangan manis bersama abah.Sedari kecil sehingga kini,banyak pegorbanan abah yang sangat-sangat memberi kesan pada jiwaku.Rindu sungguh kat abah.Dan dari kecil juga,ayah selalu cerita tentang sejarah.Sejarah kerajaan dan kegemilangan umat Islam pada zaman lampau.Ayah kata,sejarah subjek paling dia minat.Sehinggakan aku banyak terkesan dengan cerita-cerita yang ayah ceritakan.Dan yang memberi kesan,kisah Sultan Muhammad Alfateh dan Khalifah Umar Abdul Aziz.Sehinggakan , kedua-dua nama ini, aku jadikan ia sebagai nama pena-ku.umaralfateh.


Sultan Muhammad Alfateh (Membuka Constantinople May 29, 1453)

Sultan Muhammad ketika berumur 19 tahun(umur aku sekarang) sudah memegang tampuk pemerintahan Empayar kerajaan Osmaniah.jiwanya besar,cita-citanya tinggi,pada umur lebih kurang ni lah beliau dengan tentera-tenteranya berjaya membuka kota Constantinopel,pusat kerajaan Byzantine(Rom Timur) dahulu dan ditukar namanya kepada Istanbul(Islam bul-kota islam) , sehinggalah hari ini,Istanbul menjadi mercu kepada negara Turki.Aku berkira-kira,apa ada pada aku sekarang??...aku ketawa sendirian jika mahu dibandingkan dengan Sultan Muhammad yang digelar Al-fateh(Pembuka) setelah berjaya membuka kota Constantinopel.

Kemudian,Khalifah Umar Abdul Aziz yang merupakan Khalifah Kerajaan Bani Umayyah.Pada zaman beliau,yang hidup pada zaman akhir-akhir zaman kerajaan umayyah,merupakan pemimpin yang sangat zuhud terhadap dunia,sehinggakan pada zaman beliaulah Harta Zakat tidak tahu mahu diberi pada siapa.Perumpaan betapa kayanya umat Islam pada zaman beliau memerintah sehinggakan hampir tiada golongan yang berhak menerima zakat.Ini hanya satu part dari keadilan yang beliau bawa pada zaman beliau memerintah,banyak lagi yang tersembunyi.Beliau meninggal dunia pada umur 38/39 tahun,selepas setahun lebih hampir dua tahun beliau memerintah.Bayangkan,keadilan Islam jika betul-betul dilaksanakan,makmur rakyat satu naungan.

Petang yang sama juga,membuatkan aku teringat satu lagu , yang bagi aku sangat bermakna,selalu didendangkan oleh abah sehinggalah aku balik cuti summer hari tu.
Ni antara rangkap-rangkap yang didendangkan...:

Lindung-lindung kepala lindung
Sini hujan disana mendung
Anak siapa pakai kerudung
mata melirik kaki tersandung

Aduh , aduh,
Siti Aisyah
Mandi di kali rambutnya basah
Tiada sembahyang tiada puasa
Di dalam kubur mendapat siksa

La Haula wa la quwwata
Mata melirik bagaikan buta
Tiada daya Tiada upaya
Di dalam Kubur mendapat siksa

Duduk goyang kerusi goyang
Beduk subuh hampir siang
Bangunkan Ummi suruh sembahyang
Jadilah anak yang beriman

1 komentar:

Unknown mengatakan...

hah..aku tau lagu nih..lagu nih pokwe slalu nyanyi dlm blk air tyme mandi...lagu nih la tiap2 ari aku dgr dlu...hahahaha..smpi aku pun dh hafal dh skit2.....