Kamis, 27 Desember 2007

Kecil-kecil cili padi

Kadang-kadang, selalu sangat ambil mudah benda-benda kecil.Hampir selalu juga, dulu-dulu, terlepas pandang pada benda kecil-kecil ni.Ambil mudah, ambil ringan, kurang bersungguh bila sebut pasal benda-benda kecil.Alhamdulillah , skang, sifat ni cuba untuk dikurangkan.

Satu hari terfikir, yang benda kecil ni sebenarnya besar.Cuma terlepas pandang sahaja.Paku sebiji atas jalan boleh menyebabkan berpuluh kemalangan, duri-duri di jalanan, jika tidak dibuang, akan menyebabkan orang terluka.Tidak cukup sepuluh sen di sebuah pasar raya menyebabkan tidak boleh untuk membeli barang.Itulah, benda-benda kecil, tapi memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan.

Bagi aku, yang benda-benda kecil macam ni lah yang punya keberkatan.Dua tiga butir nasi tertinggal dalam pinggan,elok dihabiskan,kerana tidak tahu beras mana punya keberkatan.Memulakan pekerjaan dengan tangan@kaki kanan, kerana sunnah Nabi penuh keberkatan.Lampu di bilik, yang bayar bil setahun sekali, penggunaan unlimited, tapi buka apa yang perlu sahaja, bagiku punya keberkatan.

Begitulah antara perkara-perkara kecil dan mudah, tapi selalu terlepas pandang.Bagiku, benda2 kecil beginilah yang penuh keberkatan dan antara punca ketenangan hati.Kerana, tanpa keberkatan,hidup tidak tenang.Kerana nyamuk yang kecil lebih banyak membunuh berbanding harimau yang besar, tapi yang mati kerana harimau sangat sedikit.Begitulah contoh, kecilnya benda jangan disangka tidak boleh memberi impak yang besar.

Bagi aku begitulah dalam kehidupan,dengan benda kecil dan simple ni lah, masa untuk kita ambil dan rebut peluang untuk peroleh keberkatan.Banyak lagi contoh-contoh yang boleh diambil,cuma atas masing-masing bagaimana berfikir.Aku sekadar begitu.Tidak reti untuk mengajar , cuma mahu berkongsi apa yang dirasa baik.Suka bercerita, tapi jarang ada orang yang punya masa untuk aku berborak,semua busy dengan buku.Jadi disini je la aku meluahkan segalanya yang dirasa baik.

Tidak ada komentar: