Jumat, 21 Desember 2007

Duka dalam gembira

Semasa sibuk kami mengambil gambar,yang ketika itu kami baru lepas keluar dari restoran masjid, aku merasa tertarik pada satu sudut,beberapa orang sedang melapah daging korban.Cukup simple aku tengok diorang buat kerja.Dalam masa aku merenung kerja2 mereka, aku menghampiri seorang makcik dalam lingkungan 40-lebih yang merupakan salah seorang tuan kedai di dalam kawasan masjid.

Aku memulakan bicara,

"assalamualaikum"
'waalaikumussalam. dari mana'
"Malaysia.nak tanya makcik sket, boleh ke kami ambil daging korban ni sikit?"
'hmm..tak tahu la nak,cuba tanya imam masjid,naik tingkat atas,rasanya boleh sebab kamu student'
"owh,..ok,"
'mereka juga dari Malaysia kan?', sambil menunjukkan pada dua orang muslimah yang turut serta bersama kami untuk solat raya di masjid.
"haah"
'Masyaallah, cantik sungguh mereka dengan 'hijab' yang dipakai.Jarang di sini kami boleh melihat muslimah memakai tudung sedemikian'

Dalam masa yang sama,aku berpaling pada dua orang yang dimaksudkan oleh makcik ni,hati aku tersenyum sendirian.

Aku sedar,selepas beberapa tahun di bumi Rusia, aku mendapat tahu, kehidupan orang-orang Islam di sini ditekan.Untuk melaksanakan perintah agama sangat-sangat ditekan.Setahu aku, pelajar-pelajar perempuan di sini, memang dilarang mengenakan pakaian yang bermotifkan agama terutama 'tudung'.

Untuk pelajar-pelajar dari luar negara (international students) , tiada larangan sedemikian yang dikenakan.Tetapi untuk rakyat rusia sendiri,ianya sangat dilarang.Sebab itu, yang aku tahu, ramai orang-orang Islam di sini akan memberhentikan persekolahan anak-anak perempuan mereka bila mereka boleh masuk ke sekolah menengah.Itulah jalan terbaik yang diambil oleh mereka dalam menjaga agama yang dianuti.Di universiti aku, aku perasan yang ada beberapa muslimah yang mengenakan hijab yang sempurna,sungguh sejuk hati memandang.

Yang pasti,mereka bukan rakyat Rusia.Aku merasa simpati.Tiba-tiba datang rasa sayu.Datang perasaan berharganya Islam yang dipegang.Betapa mahalnya harga yang patut dibayar untuk 'Islam' yang ingin dijunjung.

Selama 3tahun ni juga, aku diberitahu oleh pakcik-pakcik dan kenalan-kenalan aku di masjid ini yang anak-anak perempuan komuniti muslim di sini, sangat-sangat dijaga oleh keluarga mereka.Hampir jarang aku melihat perempuan muslimah yang berjalan-jalan tanpa ada mahram disisi.Kalau adapun, makcik-makcik yang selalu berada dikawasan masjid.Anak-anak gadis muslim,hampir tiada yang berpeleseran,semuanya dijaga bak mutiara di dasar lautan dalam...

Tidak ada komentar: