Sabtu, 22 Desember 2007

Nasihat Abah

Abah,mama dan along (gambar di jenjarom)




Aku tak tahu , kenapa hari ni semacam ada apa-apa.Dari pagi, kepalaku ligat memikirkan kembali pesanan serta nasihat-nasihat abah tentang kehidupan.Paling banyak abah titik beratkan, tentang keberkatan.Sedari kecil, aku tidak nampak kenapa soal keberkatan ni, paling dititikberatkan, tapi kehidupan di bumi Rusia ini, membuka mataku tentang soal keberkatan.Mungkin setiap orang, punyai fikiran tersendiri tentang keberkatan,tapi diriku banyak dipengaruhi oleh cara abah didikku tentang soal keberkatan.

"Bang cik nak pergi mana tu?" abah menegurku melihat aku bersiap mahu keluar.
'beli nasi goreng'
"nak beli kat mana?"
'kedai mamak kot'
"ni kedai sekian2 tu sedap,beli la kat kedai tu" tegur ayahku bila mendengar aku jawapanku.

Aku rasa sedikit pelik dengan saranan abah.Kenapa la suh beli kedai lain,tapi aku hanya menuruti sahaja.Memang selepas beli, ada rasa kepuasan.

"abah, nak gunting rambut la.Kat mane ek yang dekat boleh gunting?"
'jom ikut abah pergi seksyen 17.ade muslim bukak kedai kat situ'
"ala, dekat ngan giant ni takde ke kedai gunting rambut"
'bukan orang Islam tu'
"ala,sama je .jauh la seksyen 17 tu.dekat ni ade,nak pegi jauh2 buat ape?"
'jauh sikit je, tolong orang Islam sendiri.'
"ohh..jom."

'Bang cik,belikan air untuk mama sket, hausla' pinta mama padaku ketika aku sampai digerainya.
"air apa?"
'beli la apa2.air teh ke,nescafe ke,ikut bangcik nak beli apa'
"okes,siap.tunggu jap"
""nak beli kat mana bangcik??""abah menegur.
'kedai hujung tu'
"tak payah la, pergi je kedai ni, kedai tu, sembahyang bang ke mana , apa kemana, yang ni, selalu ke masjid, pergi yang ni elok lagi"

begitulah antara dialog2 aku dengan mama dan abah.Persoalan membeli apa-apa sahaja, banyak dititik beratkan dimana dan dari siapa belian itu.

Abah didik, beli barang biar lihat keberkatan, jangan main sarung je semua benda halal.Halal tak semesti berkat, tapi berkat semestinya halal.

Abah kata, kalau bertembung nak beli barang antara beli kedai muslim dan kedai non-muslim, dahulukan kedai muslim, walaupun mahal sedikit.Sebab walaupun mahal, dari keuntungan tu, orang Islam tu akan keluarkan zakat, jadi dalam masa yang sama kita juga membantu dalam membina masyarakat.kalau ke kedai non-muslim, hampir kesemua keuntungan itu, pusing dalam keluarga peniaga sahaja, tiada sumbangan ke atas masyarakat.

Abah juga selalu pesan,kalau beli barang bertembung antara sesama kedai muslim, belilah pada kedai yang kita tahu susur galur agamanya.Kalau orang itu jaga solat seharian dia, maka utamakan beli barangan di kedai tersebut berbanding kedai yang tuan punya kedainya tidak tahu menjaga solat seharian.Berkat katanya.

Abah juga selalu sangat, kalau nak nasihat aku, selalunya dia takkan bagi depan-depan keluarga.Ada perkara dia akan cakap terus terang, tapi selalunya dia akan panaskan enjin kereta dan ajak aku menemaninya kemana sahaja yang perlu pergi.Kadang-kadang , ke kedai untuk membeli barangan dapur akan diajak aku menemaninya, dan aku tahu ade benda yang mahu dinasihatkan padaku.

Selalu jugak, kalau abah cakap dalam kereta, aku jarang tengok direct muka abah.Tapi selalu dengar dan tengok cermin kereta,dari cermin kereta tulah aku tengok muka abah memberi nasihat.Selalu tak banyak, tapi sikit-sikit je.dan kalau dia nasihat, dia tak suka memberi hukum, tapi dia akan cerita kisah-kisah yang menjadi tauladan, dan dari kisah-kisah tu, dia suruh aku fikir sendiri apa yang perlu dibuat.
Adik


Ntahla hari ni, dari pagi, asyik teringat pesan abah je.Paling banyak berkisar tentang perbelanjaan seharian.Semuanya dikaitkan dengan isu "keberkatan".Dia suh, sebelum beli , fikir apa faedah bagi kedua-dua pihak dengan pembelian kita.Kalau macam Mcdonald, Kfc, ashan , Carrefour , Nestle dan lain2 syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi atau Amerika , dia cakap dia tak masuk.Walaupun barangan dari syarikat-syarikat ni murah, tapi natijah dari pembelian kita itu, akan disumbang semula untuk kemusnahan ummah kita kembali.Jadi , kebaikan bagi kita hanya dapat barang tapi dalam masa yang sama kemusnahan masa panjang untuk kita juga.jadi tiada keberkatan dalam membeli barang-barang di syarikat-syarikat ni.

Macam beli barang-barang makanan, abah sangat memilih makanan.Keberkatan itu juga yang dicari.Jika mahal hanya sekadar seringgit dua, dia tidak berkira sangat , asalkan nampak sinar berkat itu, maka dibeli barangan tersebut.


Bab keberkatan ni, mungkin sebilangan orang, punya pendapat sendiri, aku pun nampak isu ni dengan jelas pun selepas sampai ke bumi rusia ni.Masa dulu-dulu, hanya mengikut telunjuk abah sahaja.Pilihan sendiri jarang.Tapi kini, aku tahu bagaimana memilih barangan dengan melihat isu keberkatan ni dihadapan.Bagi aku, dengan keberkatanlah hati akan tenang, jiwa mudah mendapat kebaikan jika apa yang dimiliki, adalah pemilikan yang ada keberkatan.
Aku nampak isu keberkatan ni pun , setelah faham isu halal haram.Dalam Halal pun , ada juga benda yang perlu dipertimbangkan.

Macam maggi, beli benda tu murah, cepat masak tapi tidak kenyang.Tambahan pula, banyak kandungan-kandungan yang digunakan akan menimbulkan kesan jika diambil dalam kuantiti yang banyak.Jadi, kebaikan yang dapat hanya sedikit.Dalam masa yang sama "kekurangan" juga kita dapat.Maknanya benda tu halal, tapi kurang kebaikan.Bila kurang kebaikan, aku letakkan istilah kurang berkat.

Mungkin lain orang, lain cara berfikir.Aku pun sekadar mahu berkongsi sahaja apa yang aku fikir.kalau baik,kita ambil pengajaran bersama.
Angah dengan puteri(sepupu)

"Halal tak semesti barakah, tetapi jika barakah semestinya halal"

2 komentar:

fairuzanuar mengatakan...

assalammualaikum,

"dan orang yang membawa kebenaran dan membenarkannya, mereka itula orang orang yang bertakwa. Dan mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki pada sisi Tuhan mereka. Demikian balasan orang orang yang berbuat baik".

Tulisan yang baik.

Terima kasih atas tulisan blog berkenaan. Agar kita sama sama dapat mengambil pengajaran dan berdakwah secara bijak.

Selamat Hari Raya Eidul Adha

Bond

As mengatakan...

Nice writing, meaningful.

Sama jugak dalam kehidupan seharian, kewajiban yang perlu dilakukan melebihi masa yang kita ada.
Tetapi andai ada keberkatan masa yang Allah bagi untuk kita, banyak macam mana pun urusan, tetap lancar segalanya, dipermudahkanNya.

Moga dipermudahkan urusan kita.

Till i hit you again, together we pray for our najaah.

wassalamun 'alaik.

p/s : going to be very busy soon.