Selasa, 05 Februari 2008

Pemberitahuan

Mungkin ini adalah kali terakhir entry dimasukkan dalam blog ini, selepas-selepas ini akan bertukar wajah ke laman http://umaralfateh.wordpress.com/


Terima kasih atas kunjungan anda semua selama ini...Ucapan terima kasih saya ucapkan..

Kebisuan Ummah Yang Takkan Dibiarkan

Keadaan di sempadan Mesir-Palestin

“Kami keluar menuju ke sempadan Rafah, Mesir bukan untuk bertembung dengan polis Mesir, tetapi untuk menyatakan kepada umat Arab dan Islam, “Kenapa kamu semua berdiam diri, sedang Gaza berdepan dengan maut?!”.


“Kami tidak ada jalan keluar menemui umat Islam melainkan melalui pintu Mesir! Mesir pimpinan dan kecintaan kami. Ia adalah sejarah kami. Jika kami bercita-cita untuk menang, kami tahu ia tidak datang melainkan dari Mesir. Mereka seperti yang disabda oleh Nabi saw, “Sebaik-baik tentera di muka bumi”.


“Anak-anak kami berdepan dengan maut. Malapetaka memenuhi ruang hospital-hospital kami. Hati mana yang boleh berdiam diri berdepan semua ini?!”. “Ramai pegawai keselamatan Mesir menangis melihat keadaan dan nasib kami dan berkata, “Hati kami bersama kamu, tetapi apa yang boleh kami buat, kami terpaksa akur kepada arahan pihak atas”.


“Kenapa kamu memukul kami? Kami di sini dengan penuh kasih sayang dan hormat. Kami tidak membawa senjata apa pun”, jelas mereka dengan nada bersungguh. Polis tersebut menangis dan mengarahkan polis lain supaya berhenti mengganggu wanita Palestin yang masuk ke Rafah, Mesir.


Demikian dinyatakan oleh Jamilah As-Syanty dengan memperkenalkan diri sebagai salah seorang ahli Parlimen Palestin (HAMAS). Setiap kali dia menyeru wanita Palestin untuk kembali masuk semula ke sempadan Palestin, mereka berkata ke arahnya, “Bekalan ubat macamana? Susu budak macamana? Kalau begitu kenapa kita ke sini? Kami tidak akan kembali sehingga laluan sempadan ini dibuka!”



Arghh..Sedih.Remuk.Gelisah. Aku tidak boleh gambarkan apakah perasaan aku ketika aku membaca rintihan-rintihan ibu-ibu dan wanita Palestin. Entah mengapa kali ini, perasaan aku betul-betul remuk,betul-betul diruntun. Ya Allah, bilakah penderitaan mereka akan berakhir?Tidakkah ada pihak yang sudi menolong mereka? Aku betul-betul diselubungi emosi.

Jika sebelum ini, tatkala aku membaca berita Palestin, pasti akan membuak darah mudaku, ingin turut serta bersama mereka.Tapi kali ini, berita yang aku terima, sangat meruntun perasaanku sebagai saudara seagama.Aku tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Dimanakah pemimpin-pemimpin Islam?Mengapakah Pengerusi OIC berdiam diri?Bukankah Malaysia yang menerajui OIC?Dimanakah Liga Arab? Dimanakah negara-negara Islam? Bukankah Ummat Islam 1.6 biliion dari penduduk bumi ini?

'Zul, ana sedih sangat ni. Ana baru baca berita pasal Palestin. Anta duduk sana, dekat sangat berita tu. Cerita la sket tentang Palestin.' aku cuba meluahkan rasa hati pada sahabatku yang seorang ini.

"Hmm.macam tu la yang anta baca. ana pun tak tahu boleh nak buat apa. Cuma skang ni, pak-pak Arab sini, dah tak leh duduk diam dah. Skang ni kalau di tempat ana ni, Cairo, makin banyak poster-poster tentang Palestin, Hamas , Syeikh Ahmad Yasin. Lepas tu pulak, sini setiap hari , mesti qunut Nazilah.Semua dah naik geram."

'Zul, kalau bukan kerana ayat "Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan tentang agama dan memberi peringatana kepada kaumnya apabila mereka itu telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya"( surah taubah-122) , ana memang tak lama kat sini. Cuma skang ni, ana tak boleh buat apa-apa kecuali berdoa sahaja.'

"Wan , ana faham. Tapi bukan sket ayat-ayat suruh kita jangan pergi semua ke sana, kalau anta ingat, ayat "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka keuatan apa sahaja yang jamu sanggupi..." (surah al-anfal-60) , kita sekarang ni, walaupun bukan tentera, tapi inilah sebahagian kekuatan yang kita persiapkan. Kerja kita ni, berdoa, dan selain dari tu, kita berusaha memberi penjelasan tentang perkara duduk sebenar Palestin ni pada kawan-kawan kita. Kita beri pemahaman tentang Islam pada mereka. Bila mereka sedar, mereka akan turut serta dalam memahamkan orang lain, dan akhirnya, kita ada kekuatan untuk memberi bantuan. Kerja ni, bukan sekejap, tapi perlu masa. Doa kita teruskan, kerja lain kita buat juga. "

....kami terdiam seketika..Masing-masing meikirkan apa tindakan yang boleh dibuat.

Begitulah keadaan ummat Islam. Ramai yang perihatin tentang Palestin, tapi disebabkan punya pemimpin yang tidak tahu memikirkan masalah ummah, maka beginilah jadinya. Hanya rakyat sahaja yang bersuara, sedangkan pemimpin-pemimpin umat Islam membisu. Sedangkan dunia melihat kepada Pemimpin-pemimpin ini, jika mereka membisu bererti rakyatnya juga membisu dan mereka juga tidak merasa perlu berbuat apa-apa. Aku tahu kebisuan ini takkan lama ddibiarkan Allah, pasti akan berlaku sesuatu nanti. Bila??..aku tidak tahu bila, jika keadaan ummat masih lalai dengan perkara ini, kita tidak akan boleh berbuat apa-apa selain doa dan memberi penjelasan pada orang-orang terdekat.

"Ya Allah, kau berilah hidayah pada pemimpin-pemimpin kami agar mereka sedar akan kepentingan ummah, atau kau tukarkan pemimpin-pemimpin ini kepada orang lain yang mencintai Engkau dan Agama-MU, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin,dan berkeras terhadapa orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut pada cercaan orang yang suka mencela. Tiada Kekuatan Melainkan Engkau satu-satunya kami berserah"

Sabtu, 02 Februari 2008

Kemenangan Yang Semakin Hampir

Dari kiri : Ustaz Badrul Hisyam (guru tahfiz) , Zulfaisal


Sahabat

Baru sebentar tadi beberapa minit sebelum aku mula menaip artikel ini, aku sempat berborak hampir sejam dengan seorang sahabatku di Mesir, pelajar University Al-Azhar. Mendengar suaranya sudah cukup mengubat rindu di hati. Lama juga kami tidak bertemu. Cuma kali ini, dengan teknologi yang ada, masing-masing ada web cam, maka sedikit sebanyak rindu itu terubat.

Selalunya, jika aku menelefon sahabat-sahabatku, pasti tidak terlepas dari mulut mereka sebutan-sebutan , peringatan-peringatan agar tidak lalai dari mengingati Allah, sering juga diingatkan agar tidak lupa tentang tugas sebagai khalifah Allah. Peringatan-peringatan sebeginilah yang menyebabkan aku seronok dan tidak rasa jemu untuk menelefon mereka. Sedikit sebanyak memberi perangsang pada diriku bahawa diri ini tidak keseorang, malah ada yang peduli tentang iman kita.

Mungkin di sini aku cuba untuk coretkan kembali antara isi-isi perbualan kami, moga-moga dengan perkongsian ini, kita sama-sama mendapat kebaikan.

Dekat di hati

'
Zul, anta bagi la nasihat sket. Anta mengaji kat sana, mesti banyak yang anta dapat, kongsi la dengan ana sket' setelah lama perbualan kami berkisar tentang kehidupan masing-masing
"Hmm..ana pun tak tahu la nak kongsi apa.."
'ala. apa-apa je, pasal kehidupan ke, pasal hubungan ke..apa saja yang anta rasa elok untuk dikongsi.' aku berusaha memujuk zul untuk berkongsi serba sedikit ilmunya.

"Ni apa yang ana perhati la, pasal cintan cintun ni, mungkin anta arif kot,ana anti bab-bab ni sebenarnya"
'hmm..'
"ni sekadar untuk kita fikir la, anta rasa kan, kenapa orang yang bergaduh, dua orang yang bergaduh, kenapa dia guna suara tinggi-tinggi??..padahal jarak diorang dekat je..anta rasa kenapa?" zulfaisal memulakan pertanyaan.

'hmm..entah , bagi ana, mungkin sebab nak menang kot..sebab tu tinggikan suara' aku tidak tahu mahu balas apa.

"bagi ana la kan, orang yang tinggikan suara tu, dia tinggikan suara sebab orang yang dia tinggikan suara tu, hati dia dengan orang tu jauh, tapi cuba anta tengok orang yang cinta ni, suara dia, halus betul.Nak jaganya perasaan pasangan dia tu, aduhai..betul-betul jaga.Dia jaga sebab hubungan hati diorang tu rapat, sampaikan boleh terasa jika sebelah pihak terasa. Dan kadang-kadang orang bercinta ni, tak perlu keluar perkataan pun, cukup dengan tingkah laku dah boleh faham apa tak kena.

anta faham ke apa ana nak cakap pasal apa ni?" zulfaisal meminta kepastian dariku.

'Faham kot.boleh je.boleh tangkap apa anta suruh buat' aku boleh menangkap apa yang ingin diperkatakannya.

**Ia ada kaitan dengan sikap kita.Menjadikan sesiapa sahaja seperti dia bercinta dengan orang tersebut.Berusaha untuk menjaga hati orang lain sehalus mungkin. Walaupun dalam pergaduhan. Gunakan kelembutan berbanding kemarahan.


Kemenangan bersebab

"
Kita ni, selalu dengar bahawa kemenangan Islam itu semakin dekat.tapi anta kene ingat, kemenangan Islam tu bukan datang bergolek.Kemenangan tu datang bersebab.Anta cuba perhati ayat-ayat dalam quran , banyak yang sebut -am hasibtum-apakah kamu menyangka/berkira-kira...

banyak sangat ayat-ayat yang dimulakan dengan perkataan ni.cuba anta cek ayat albaqarah -ayat 214- apakah kamu berkira kamu akan masuk syurga sebelum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana orang-orang sebelum kamu??

cuba tengok ayat tu, kita masuk syurga pun bersebab.Boleh je Allah nak masukkan semua manusia dalam syurga, tapi Allah jadikan semua benda ni bersebab.Ingat balik kisah Nabi Musa, masa kat depan laut tu, kenapa Allah suruh Nabi Musa pukul tongkat dia kat laut, sedangkan boleh je Allah nak belah laut tu tanpa dipukul oleh tongkat Nabi Musa.

Kemudian, kenapa Allah tak hapuskan terus,atau lenyapkan terus Firaun dan kuncu-kuncunya, tapi ditenggelamkan mereka.Bukan ke senang je untuk Allah hapuskan mereka begitu sahaja??..dan contoh lain pula, abu jahal dan kuncunya , kenapa dalam perang baru mereka dimatikan, kenapa tak dilenyapkan begitu sahaja.Mati katak begitu??...jawapan untuk semua ni, sebab Allah buat sesuatu adalah dengan bersebab.. Dan selalunya kalau anta perhatikan, kemenangan Islam ni datang bila orang-orang mukmin sudah dalam keadaan kebuntuan,tak tahu nak buat apa dah ,dan masa tu lah Allah datangkan kemenangan." Panjang lebar beliau bercerita.

Kerja kita

"Hmm..begitu juga dengan kita wan. Kita nak Islam menang, kita kena mulakan dari diri kita. Kita kena faham dua benda, dakwah dan tarbiyyah(pendidikan/pembentukan). Syazwan, anta ada ke tu??..kenapa senyap je??" setelah mendapati aku hanya diam seribu bahasa.

'ye ye zul..ana ada ni..ana dengar..teruskan je..' sambil menyalin serba sedikit apa yang diperkatakan oleh zulfaisal.

"Anta faham kan maksud dakwah ni.sama ada dalam perjumpaan atau pergaulan.Sampaikan apa yang terdaya. Dan tarbiyyah pula, bermula dari tasbih kifarah dan berakhir pada alfatihah."

'Hah??..apa dia zul, cuba ulang balik..ana tak jelas.'

"tak, maksudnya tarbiyah tu kita memastikan apa yang kita sampaikan tu cuba diamalkan oleh orang yang kita seru.Itu sebab kita namakan kader/latih.dan Sebab tu ana kata bermula dari tasbih kifarah iaitu habisnya perjumpaan dan berakhir pada alfatihah iaitu berakhir pada majlis yang seterusnya. Kita pastikan apa yang kita kata tu cuba diamalkan oleh orang yang kta seru selepas berakhirnya pertemuan antara kita dengan mereka.Anta boleh faham kan?"

'oo..ok2..insyaallah.'


Ciri-Ciri Dalam Memastikan Kemenangan

"dan dalam kita memastikan kemenangan Islam ni, kita kena kita kena mula bergerak.Tak perlu tunggu arahan,kita mulakan apa yang kita mampu.Mulakan dengan diri.Arahan hanya pada perkara yang baru.

Dan dalam memastikan kemenangan itu juga, kita kena pastikan sekurang-kurang kita ada sifat-sifat ni. Addin,al aqlu,al ilm , al hilm , al juhdu , al birr , ...assabru dan assyukru."

'zul,kenapa cepat sangat.ulang balik boleh??..slow-slow la sket.terang satu-satu.tak dan nak salin'

"tak leh la, kat sini nak masuk maghrib dah.ana kena cepat.ok, ana ulang balik. pastikan benda-benda ni kurang-kurangnya ada pada kita, pertama addin-agama apa itu agama, dan apa itu usuluddin-pokok-pokok agama.. kedua al-aqlu - akal , ketiga al-ilm - ilmu , keempat al hilm - kelembutan , kelima- aljuhdu-kesungguhan , keenam albirr - kebaikan , kesembilan assobru -kesabaran dan kesepuluh assyukru- bersyukur.yang ketujuh dan kelapan ana lupa..Nanti la, ana cuba buat satu artikel bagi anta macam mana. Ana loghat ni."

'ok2..terima kasih zul.ana gembira boleh bercakap dengan anta ni.lain kali kita sambung.'

"sama-sama..cuma tu la, kita kena mulakan dari diri kita,jangan tangguh-tangguh.Dan anta kena ingat, anta duduk di Russia,suasana sana berbeza dengan Mesir,Malaysia, negara-negara Islam ni. Suasana tu menekan anta. Jadi, pandai-pandai la jaga diri. ok la, ana tak leh panjang-panjang sangat. ok wan..jumpa lagi, assalamualaikum"

'waalaikumussalam.'

"tup"..bunyi telefon di sebelah sana diletak.






Jumat, 01 Februari 2008

Ke arah suatu pembaharuan

Kremlin

Perjalanan hidupku di bumi Russia ini, banyak membantu dalam menentukan hala tuju hidupku. Banyak perkara yang dapat diteroka oleh diriku sepanjang-panjang berada di bumi bekas soviet ini. Mungkin ada sesetengah pihak menyatakan , bahawa Russia tiada benda jika dibanding dengan negara europe yang lain. Mungkin ada benar dan mungkin ada silap. Sejauh mana seseorang itu berfikir, sejauh itulah dirinya. Aku tidak menafikan dan tidak pula membangkang pendapat tersebut. Cuma kadanag-kadang kita terlepas pandang pada benda-benda yang bernilai disebabkan sikap pesimis kita terhadap sesuatu.

Mungkin sikap ini timbul kerana selalu melihat di atas sahaja, tidak mahu melihat di bawah. Aku tidak menafikan, Moscow tidak punya segala-galanya berbanding negara eropah yang lain, lebih-lebih lagi jika mahu dibandingkan dengan sikap masyarakat sini berbanding uk@irish,memang tidak boleh dibanding. Cuma dari kekurangan itu, aku melihat satu benda yang bagi aku, mungkin boleh merubah kita dalam menuju kemajuan.

Kenali diri


Rata-rata sepanjang-panjang pemerhatian aku, terhadap masayrakat di sini, pergaualan aku dengan masyarakat di sini, walaupun tidak banyak tapi serba sedikit aku dapat melihat apa yang tersirat. Kebanyakan masyarakat Russia sendiri terutama, ketepikan yang Muslim, rata-rata semua dikalangan mereka megenali sejarah tanah air mereka.Bermula dari pembukaan kota Moscow pada 1147 oleh Yuri Dolgoruki sehinggalah kepada kejatuhan pemerintahan Soviet.



Ya, mereka mengenali sejarah tanah air mereka. Jika ditanya mengenai sejarah negara lain, atau paling kurang berkenaan negara lain, rata-rata tidak mengetahui hatta Malaysia sekalipun tidak diketahui dimanakah letaknya. Sistem pendidikan yang menekankan subjek sejarah tanah air sendiri, hatta di peringkat university sekalipun, walaupun anda pelajar perubatan, subjek sejarah tidak terkecuali untuk diambil.(Pelajar-pelajar bukan Rusia terkecuali). Sistem pendidikan yang menekanakan tentang perit maung kegemilangan bangsa Russia telah menanamkan sifat bangga rakyatnya terhadap negara sendiri. Untuk pengetahuan, Russia sebuah negara merdeka, tidak pernah dijajah.

Sejarawan

Moscow State University (Lomonosov University)

Pengetahuan tentang sejarah tanah air ini memungkinkan rakyatnya agar terus berdaya saing dan yang pasti, mereka mahukan agar kegemilangan masa-masa lalu diteruskan.Sebut sahaja Lomonosov (kimia-jadual berkala),Yuri Gagarin(angkasawan), A.S Pushkin(penyair-pemuisi), Tretyakov (karya seni), Leo Tolstoy(penulis) , Pirogov(perubatan) dan ramai lagi nama-nama yang muncul dari negara ini.

Tretyakov gallery

Semua nama-nama sejarawan ini dihadam oleh hampir segenap lapisan masyarakat di sini.Mereka kenal siapa asal usul mereka, dan ini menyebabkan mereka merasakan amat tidak patut jika mereka memalukan nama-nama sejarawan mereka dengan menjatuhkan negara mereka disebabkan oleh diri mereka.Inilah diantara penyuntik semangat mereka untuk terus maju menggapai kegemilangan. Mereka berdiri di atas sejarah yang tercipta. Jika mereka membuat kerja , tiada yang dilihat melainkan kesungguhan yang dipancarkan. Penipuan dan lain-lain itu kita letak tepi.


Ke arah sesuatu yang pasti

Begitulah serba sedikit yang aku boleh kongsi bersama. Bagi aku, bangsa aku semakin lemah dek kerana buta tentang sejarah. Sejarah yang dimomokkan hanyalah bermula ketika perjuangan parti pemerintah menghantar utusan ke London dan kejayaan perutusan tersebut menuntut kemerdekaan. Itu yang paling banyak dihighlightkan. Dan ia juga lebih bersifat kejayaan sebuah bangsa(kaum) yakni Melayu. Dua benda ini yang paling banyak ditemui. Sejarah-sejarah agama, tamdaun Islam, banyak dikesampingkan menyebabkan tiadanya rasa izzah(bangga) dengan jati diri sebagai umat Islam. Tidak tahu jerih perih generasi terdahulu menyebarkan Islam, kejayaan generasi awal Islam, menyebabkan bangsa Malaysia semakin hilang jati diri. Itu yang aku lihat dengan runtuhnya generasi remaja dan belia masa ini.

Malaysia tidak akan dapat bergerak lebih jauh, jika belia dan remaja-remaja ini rosak. Pembunuhan, rogol, buang anak, rompakan, penculikan, seks bebas ,tidak hormat keluarga dan sebagainya yang menunjukkan minda generasi pemuda ini semakin jauh dari kehendak agamanya sendiri. Dengan sikap sebilangan golongan dai' yang mengambil sikap menghukum (keras)berbanding memberi penyelesaian(kelembutan) juga sedikit sebanyak menjarakkan lagi golongan ini dari jalan yang sepatutnya. Manakala sebilangan yang lain pula suka berhujah di atas perkara cabang-cabang agama berbanding terasnya(perkara pokok) menambahkan lagi parah golongan ini. Akhirnya , tinggallah segelintir golongan yang benar-benar ikhlas, tetapi dikekang,ditahan, diperlekeh dan tidak pula diberi tempat menyebabkan jurang yang besar antara golongan belia ,remaja dengan paksi agama.

Moga-moga kita yang masih diberi rahmat oleh Allah ini dengan rahmatnya Islam yang dipegang segera memulakan langkah dalam pembaikan diri kita dan yang berada dilingkungan 'circle' kita. Jangan mudah leka dan peka dengan sejarah terdahulu berita semasa dalam usaha untuk mengajak dan membuka minda generasi kita tatkala kita menyeru mereka. Mudah-mudahan ia sedikit sebanyak membantu kita dalam usaha mengembalikan generasi akan datang di atas paksi Islam yang rahmatnya meliputi seluruh alam.

"Kita kenal siapa Allah, kita berusaha menuju redhanya, kita tahu tentang syurga ,kita beramal dengan amalan ahli syurga, kita tahu tentang neraka , kita berusaha menjauhi bahang apinya "

Selasa, 29 Januari 2008

Barang-barang keperluan

Habis Bercuti


"Pokwe, apsal banyak sangat ko bawak ubat gigi ni??Dengan sabunya,minyak rambutnya,deodarantnya, ko nak meniaga apa??...Bukan kat sini ada ke semua-semua ni?" seorang sahabat membuka bicara tatkala melihat aku mengemaskan barang-barang ketika baru kembali dari Malaysia.
'Sini punya mana ada guarantee halal.Ko cari la kat mana-mana, takde satu pun yang dijamin,kecuali kalau pergi masjid.tapi sana mahal la,elok bawak terus dari Malaysia.Tu yang aku bawak banyak-banyak tu.Senang.Takde la pening-pening plak nanti bila stok dah habis.'

"Hmm..kalau kat Malaysia, ko beli colgate x??darlie ke??"
' Tak.Dulu , beli la, zaman muda-muda dulu.Zaman yang halal-halal ni payah nak cari.Sekarang ni, start dari maahad dulu la,aku berenti beli benda-benda yang tak dijamin ni.Gelap hati.Sekarang ni, benda-benda keperluan ni, macam ubat gigi,sabun,deodorant, syampoo,minyak rambut dah banyak yang halal-halal.Yang dijamin.Walaupun mahal sket dari yang tak dijamin ni, tapi bagi aku mahal tak kisah sangat.Sebab duit boleh dicari,rezeki Allah luas.Dan mahal kat dunia je ,susah kat dunia,akhirat nanti senang..bak kata orang susah dulu pendapatan sesal kemudian tiada guna..hehhe.'
"oo,paniatna"


Mengapa begitu

“tapi kan,kalau nak kira tak halal la kan,apsal benda-benda tu tak diharamkan dari dijual??”

‘itu aku tak tahu.kalau nak kira secara logik la kan, ko cuba fikir , dah berpuluh tahun diorang jual benda-benda ni, tapi tak pernah sekali pun diorang minta agar Jakim memberi jaminan bahawa produk mereka ni sah-sah halal.Dah tu pulak, takde cop halal kat diorang punya produk. Jadi di situ menimbulkan keraguan pada aku.Kalau ko, aku tak tahu la. Mungkin ko payah nak terima aku punya reason kan??...takpe la,masing-masing ada akal Allah bagi.Mungkin lain orang , lain cara fikir. Aku buat apa yang termampu je’

“Ko tau mana diorang tak pernah minta kebenaran Jakim ??..main sedap mulut je”

‘Hmm..aku tak suka buang masa cakap banyak-banyak,tapi aku pernah diberi taklimat pasal benda ni.Mungkin sekarang diorang buat pengesahan halal,dah minta.Itu aku tak tahu.So terpulang masing-masing fikir macam mana.Letih cakap banyak-banyak kalau yang nak dicari hanyalah alasan malas.Cuma aku suka mengelakkan benda-benda yang ragu-ragu ni.Tenang hati.”

“Hmm…”

Penyelesaian

'Ala,bukan susah pun nak buat benda ni.Ko pergi je mana-mana kedai, mesti ko jumpa benda-benda ni.Farmasi pun ada jual.Ko cuba la sekali,maksud aku bukan sekali la, cuba amalkan, mesti ko rasa kelainan dalam kehidupan ko.Aku malas cerita panjang-panjang,nanti aku cakap, tapi bila ko buat tapi tak rasa apa yang aku cakap,ko cakap aku menipu pulak.benda ni kena rasa sendiri.jadi pandai-pandailah ye'
"ok-ok..takpe-takpe.kurang-kurangnya aku tau kenapa."

___________________________________________________________________

Aku pernah belajar tentang satu hadis, , bunyinya lebih kurang begini,

Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”
(Riwayat Muslim)

_________________________________________________________________

Berkenaan colgate dan darlie ( ini mungkin sedikit je, yang baki banyak bergantung pada gerak hati)

colgate dan darlie 1

colgate dan darlie 2
colgate dan darlie 3

Sabtu, 26 Januari 2008

Russia dan Aku

Russia, nama yang cukup gah di mata dunia.Bila disebut Russia, pasti orang tidak akan menafikan sumbangan negara ni pada dunia.Sebelum adanya nama Russia, orang lebih mengenali Soviet Union. Negara yang digeruni, dek kekejaman, penindasan , pembunuhan dan pelbagai lagi keburukan yang ada.

Kepimpinan yang berkaliber dan tidak takut pada sesiapa merupakan salah satu kekuatan negara ini. Itulah pemimpin sejati. Siapa tidak kenal Vladimir Putin? Presiden yang diakui kebijaksaan pentadbirannya dalam membangunkan Russia. Jika di Malaysia, kita punya pemimpin seperti Tun Dr. Mahathir yang diakui kebijaksaannya dalam membangunkan Malaysia, ketepikan keburukan yang dibuat, memang diakui oleh kawan mahupun lawan akan kebijaksaannya.Maka di Russia, mereka juga punya pemimpin seperti itu.

Atas tu sebagai permulaan je.Entry kali ni aku nak cerita serba sedikit tentang orang-orang Russia ni.Kalau nak dikirakan, tak best cerita pasal orang Russia ni, tapi memandangkan ada kebaikan pada mereka, maka aku cuba untuk berkongsi kebaikan yang mereka miliki,moga-moga kita boleh atau cuba untuk amalkan pada kehidupan seharian kita. Bukankah Nabi berpesan jika kamu jumpa hikmah kebijaksanaan maka kita kene perlu kutip ia kerana hikmah kebijaksaan itu barang tercicir umat Islam??..

Sikap Patriotik
Orang Russia ni, sangat patriotik orang-orang dia. Jumpalah sesiapa sahaja, pasti kita boleh tau pasal sejarah Russia. Bangganya mereka pada negara ini, kerana banyak tokoh-tokoh pendidikan lahir di negara ini. Kalau cikgu bahasa terutamanya, semua selok belok negara ini, tentang sejarawan mereka, mereka kenal satu-satu. Pernah sekali cikgu menceritakan tentang Yuri Gagarin (angkasawan dunia pertama) yang merupakan rakyat negara ini, mati kerana letupan ketika menjalankan misi latihan penerbangan.Ketika itu, secara tidak sedar, aku ketawa.Ntah apa yang lucu, aku tidak pasti sangat.Tapi disebabkan aku ketawa tu, cikgu berhenti mengajar.Adui,memang silap aku.Cikgu berhenti mengajar sekejap,tenung aku.Aku jadi serba salah, terus minta maaf.

Cuma start dari situlah , aku kaji kenapa orang Russia ni patriotik sangat dengan negara. Kajian aku bermula dengan membaca sejarah-sejarah negara ini. Dan dalam masa yang sama juga aku juga mendapati , yang hampir setiap buku perubatan (yang university keluarkan) , pasti disebut siapa penemu-penemu sesuatu term/penyakit/apa-apa yang dikaitkan dengan perubatan,dan kebanyakan adalah rakyat negara ini. Bila lama-lama belajar, aku semakin kagum dengan negara ini. Rasa seperti mahu jadi rakyat negara ini, tapi itu tidak mungkin. Ya, TAHU SEJARAHlah yang menyebabkan sayangnya kita pada negara. Selepas itu, aku sudah tidak pelik mengapa negara ini menjadi kebanggaan rakyatnya, walau sesengsara manapun mereka, mereka tetap sayangkan negara ini dan berusaha sedaya mungkin untuk meneruskan kegemilangan generasi akan datang agar sama dengan pencapaian yang lalu.Itu kesimpulan aku.

Mengambil Iktibar
Cuba tanyakan ummat Islam di negara kita, tanya pada orang awam, apakah mereka tahu sejarah agama kita?..kenalkah mereka dengan Penegak-penegak agama kita?Kenalkah pada pejuang-pejuang kemerdekaan??Pasti ramai yang hanya boleh jawab Tunku Abdul Rahman,selain dari Tunku, pasti terkial-kial untuk menjawab (Bukan mahu merendah-rendahkan)..Tahukah mereka dengan kahilfah-khalifah penjaga kesatuan Ummah??..Tahukah kita tentang mengapa kita berada dalam keadaan dihina sekarang??..Tahukah mengapa kekuatan yang kita ada suatu ketika dahulu telah hilang??..

Ya, kita tidak mengambil iktibar dari sejarah,itu kesimpulan aku tentang ummat Islam negara Malaysia.Kita hanya mengulang sejarah yang buruk. Kita hanya pandai mengkritik kenapa sistem kita rosak, tapi diri sendiri tidak mahu mengambil bahagian untuk menjernihkan balik keadaan. Hanya tahu mengikut arus sahaja.Aku perlu dapatkan sebanyak mungkin kebaikan di negara ini, agar aku boleh membina masyarakat kampung halamanku terutama kawasan kejirananku. Aku tidak mahu menjadi doktor yang hanya mementingkan perut anak isteri sahaja, tanpa membangunkan semula sistem masyarakat yang hampir hancur mengejar dunia tanpa mengaitkan diri dengan akhirat. Perlu untuk aku mengubah diri agar aku mudah untuk aku mencorak keluarga dan seterusnya mengubah masyarakat.Jika diri sendiri tidak mahu berubah, apakah boleh untuk mengubah orang lain??

Kita sambung balik ke topik kita..hehhehe,tersemangat sikit...Pernah aku bertanyakan pada cikgu, manakah keadaan kehidupan yang lebih elok??..masa zaman Soviet Union atau ketika selepas keruntuhan Soviet Union,iaitu sekarang??..Pantas cikgu menjawab, zaman soviet lebih dia sukai, kerana pada zaman tu, rumah free,pendidikan free (bermula dari sekolah rendah sehingga university), perubatan free, maknanya banyak perkara kerajaan tanggung, hanya perlu meneruskan kehidupan sahaja. Berlainan dengan sekarang, yang segala-galanya perlu dibayar,tapi katanya ia masih suka tinggal di negara ini.

Suka Membaca
Yang kedua pula, aku perhatikan yang orang-orang sini suka membaca, atau buat sesuatu yang boleh menggerakkan otak. Pergilah naik metro, pasti berjumpa pakcik-pakcik atau makcik-makcik yang bermain sudoku (teka silang kata kot),yang muda-muda, akan membaca novel, dan yang pasti, pasti ada yang membaca tidak kira muda atau tua. Walaupun yang membaca itu bukan semua, tapi ada dikalangan mereka,yang membaca.Itu sudah cukup menunjukkan sikap sukakan ilmu rakyat negara ini.(Pandangan aku sahaja, maybe rakan-rakan aku tak setuju kot,huhuhu).

Sikap ini sedikit sebanyak menjangkiti diri aku.Sekurang-kurangnya bila keluar rumah, aku akan cuba membawa sebuah buku untuk dibuat bahan bacaan.Malu jika orang tua pun suka membaca, apatah lagi kita orang muda yang masih terkial-kial dengan dunia ini.Kalau pensyarah-pensyarah pula, jika pergi ke bilik mereka, pasti sedang membaca.Walapun sudah menjadi pensyarah, tapi bahan bacaan mereka makin hari makin bertambah.Mungkin orang lain tak pelik jika pensyarah-pensyarah memang jenis membaca,cuma bagi aku apakah momentum yang menggerakkan mereka ini untuk terus membaca, walaupun umur sudah di penghujung usia??..Itu persoalan aku yang kadang-kadang pening bila difikirkan.Sedangkan kita umat Islam , walaupun ada perangsang dari seorang Nabi yang menyuruh kita mencari ilmu sampai masuk liang lahad, tapi mengapa sikap itu tidak ada pada kita umat Islam, tapi ada pada mereka ini yang bukan beragama Islam??...

Mungkin jawapannya, sikap..Sikap malas yang menguasai diri, dan merasa cukup dengan ilmu yang ada. Rasa sudah banyak ilmu dengan buku-buku yang dibekalkan, tanpa mahu berusaha untuk mengambil buku-buku tambahan yang bukan bidang.Kalau pelajar perubatan, hanya buku perubatan sahaja dibuka, buku-buku lain tidak berapa perlu untuk dibaca, kerana tidak guna waktu kerja!..Sikap ini jika ada, pasti akan menghancurkan ummah. Bagaimana dengan ilmu menguruskan keluarga?Ilmu menghadapi fitnah dunia?Ilmu perhubungan sesama manusia?...dan pelbagai lagi.

Sikap Kita
Sebab itu aku tidak berapa rasa hairan , jika sistem sosial kehidupan rakyat Malaysia semakin hari semakin hancur. Mana pergi hak jiran untuk bertegur sapa,mana pergi sifat amanah seorang pekerja, mana pergi sikap menghormati orang tua, mana pergi kehidupan yang menjaga pergaulan lelaki permpuan,mana pergi ....tidak terungkai dengan kata-kata.Hanya kerana malas mengambil bahan bacaan tambahan, aku melihat kehancuran satu demi satu bangsa aku!!..Hiburan..

Berbahasa
Yang ketiga pula, orang sini sangat suka bahasa diorang sendiri.Sikap mahu memajukan bangsa sendiri dengan bahasa sendiri memang membuka mata aku yang kejayaan bangsa Russia ,negara Russia adalah kerana memartabatkan bahasa ibunda. Pergi sahaja ke kedai buku, kalau di university aku, hampir semua buku-buku dalam bahasa inggeris pasti ada buku tersebut dalam bahsa Russia. Dan harganya, jauh lebih murah berbanding buku bahasa Inggeris. Jika ada sahaja buku-buku baru, pasti ada yang berusaha untuk menerjemahkannya ke bahasa russia,biar mudah anak-anak bangsa mencedok ilmu. Jika di kedai buku di jalanan pula, hampir tidak berjumpa buku-buku bahasa inggeris, semuanya bahasa Russia, sedangkan bila disemak, itu merupakan buku dari amerika,uk,german,france dan lain-lain negara. Hmm, memang menarik.

Kalau pergi pasar atau mana-mana ,jika bahasa yang digunakan ada silap dari segi tatabahasa, pasti akan ditegur.Mereka tidak malu untuk mengajar bahasa mereka pada kita,bahkan dimarahi kita kerana tidak fasih berbahasa.Sebab itu , aku suka ke pasar, kerana sekurang-kurangnya aku boleh tahu dimana salah silap aku dalam berbahasa.Biarpun harganya mahal sedikit dari Ashan,tapi kepuasan itu ada.Aku perlu untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Russia sebelum tahun 4 bermula semantap yang mungkin kerana pada tahun 4 nanti, kami akan menggunakan 100% bahasa Russia dalam pembelajaran, sekarang ni masih dalam bahasa inggeris. Sekarang baru tahun 2.Ada setahun setengah lagi.

Yang menariknya tentang bahasa dan orang rusia ni, kalau kita tak faham tentang sesuatu perkara, diorang akan cuba sedaya upaya untuk memberi penerangan pada kita sedaya mungkin mereka, jika pada permulaan pertemuan mereka akan menggunakan bahasa pasar,dan jika melihat kita kurang memahami, mereka akan guna bahasa paling mudah, macam bahasa buku.Mudah. Dan berkenaan bahasa diorang, memang bahasa yang kasar,tidak hairan jika apa yang dibualkan memang kasar.Intonasi (naik turun) ,gerak bahasa. Dan yang penting, bila mengeraskan suara ni, menyebabkan diorang berani memberi pandangan.Dan memang diorang berani bersuara.Tidak malu dengan pandangan sendiri. Walaupun salah, tapi tahu memberikan pandangan sendiri.Tidak menjadi pak turut.Jika sudah jelas salah, diorang akan akui sendiri.

Meninggi Suara
Yang keempat, ni mungkin sikap buruk kot, sikap suka meninggi suara. Kekadang bila berinteraksi dengan diorang ni, membuatkan kita cepat marah. Dan kesan dari marah tu, hmm..paham-paham je la. Selalunya mereka ni keras kepala, mereka je betul. Untuk buat kita yang sebetulnya yang betul, memang kot mana-mana pun, perlu untuk meninggikan suara. Bukan semua yang suka buat kita marah, ada je yang baik-baik.

Barang Antik
Last sekali, mungkin banyak lagi, tapi dah letih menaip.Nak berehat lepas ni, hampir dua jam aku menaip, mujur cuti sekarang ni.Orang sini akan menggunakan sesuatu benda sampai benda tu tak boleh pakai dah. Selagi boleh guna, mereka akan guna. Contoh paling ketara, korang pergi metro, kalau situ merupakan stesen metro lama, peralatan kat metro itu selama mana metro itu dibuka. Metro sini, sudah hampir melebihi 100 tahun.itu kat bahagian pusat, kalau kat bahagian kawasan penempatan aku ni, dalam tahun 1960-an kot dibina.Kalau tak silap aku la.Dan barang-barang dia, selama itu. Korang bayangkan sayangnya diorang dengan barang-barang antik. Kat Malaysia, LRT-Putra masih tak menjangkau 10 tahun, tapi sini metro dia sudah hampir 100 tahun. hmm.. jauh beza.

Tapi kot mana-mana pun, semua kebaikan yang ada di negara ini, tidak menyebabkan dan tidak mempengaruhi aku untuk untuk terus tinggal di sini.Bahkan menyebabkan aku semakin mencintai negara aku, kerana disanalah tempat tumpah darahku.Dan akan ku cuba untuk buat yang terbaik untuk membangunkan negaraku sedaya yang mungkin.Sekarang kerja aku, hanya menimba ilmu disampingturut berkongsi dengan orang lain.

Kamis, 24 Januari 2008

Hati dan diri

Bila membaca tajuk, pasti ada yang bermonolog, apakah yang ingin dibincangkan kali ini??...Hmm..Hari ini, aku sekadar mahu berkongsi rasa sahaja apakah yang terbaik untuk kita dalam mengawal hati kita agar sentiasa berada dalam keadaan berhati-hati, berwaspada dengan fitnah dunia.Dan penghujung dari keadaan ini, untuk sentiasa merasakan hidup kita berTuhan.Perkongsian ini, hanyalah apa yang difikirkan elok bagiku.Apa yang cuba aku amalkan dan agar ianya istiqamah.

Kenapa penting sangat hati ini?..Kerana ianya tempat Allah melihat kita.Kalau manusia selalu akan menilai sesiapa sahaja yang dijumpainya dengan nilaian kecantikan,kekayaan, rupa paras dan lain-lain ciri.Tetapi , hati kita ni adalah tempat nilaian Tuhan terhadap diri kita.Amalan yang disertakan dengan hati yang bersih pasti akan diganjari sebaiknya.

Aku tidaklah tahu sangat dalam bab menjaga hati ini, cuma apa yang ingin dikongsi, adalah perasaan ini.Ketenangan, keseronokan, kebahagiaan. Mungkin lain orang, lain cara tindakan, dan bagiku beberapa perkara aku letakkan sebagai keutamaan dalam menjaga kesucian hati ini .

Selalu yang pertama-tama disebut adalah tentang bab makanan.Aku dalam bab ni, sangat memandang serius.Kerana dari makanan inilah akan melahirkan pelbagai sifat.Kalau tidak dijaga, ia akan menyebabkan kekerasan hati. Dan menjaga aku dalam bab ni, adalah dari sudut keberkatan, jika halal haram semua orang dah pasti,tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.

Mengambil yang halal itu sendiri keberkatan, meninggalkan yang haram juga satu keberkatan, tapi ramai orang melihat meninggalkan perkara yang ragu-ragu itu bukan sebagai satu keberkatan.Dan bagi aku, ragu-ragu inilah yang menunjukkan siapa diri kita.Nabi sebut, siapa yang menjaga dari ragu-ragu (syubhah) maka dia telah menjaga agamanya.Setiap yang masuk ke perut aku, aku akan pastikan ianya lari (jelas) dari sebarang keraguan.Sebab itu, kadang-kadang orang naik pening kenapa aku suka bertanya ke akar umbi.Walaupun hukum fekah katakan , kalau seseorang muslim kata sesuatu makanan itu halal, jangan diselidiki ke akar umbi apakah sumbernya,dari mana betul ke.Terus percaya sahaja.

Sebagai contoh, hidup di negara Russia ni, dengan muslim sebagai minoriti , kadang-kadang bila kita berjumpa dengan sesuatu kedai muslim, kita akan terus gembira kerana akan memudahkan kita untuk bertukar rasa lidah jika malas memasak. Aku pun tidak terlepas dari sifat ini.

Cuma dalam meyakinkan aku tentang makanan yang dijual, sangat-sangat dititikberatkan.Kerana walaupun dia mengatakan dia muslim, dan mengatakan apa yang dijualnya halal, tapi yang memakannya adalah aku, dan yang akan jadi darah daging dari makanan itu adalah diriku.Maka sebab itu, aku akan selidiki keislaman si peniaga.Jikalau ditanya apakah dia muslim, maka jika menjawab 'Ya ,saya muslim' maka aku akan kesoalan seterusnya yang lebih mendalam.Jika dia menjawab "Alhamdulillah,Allah beri hidayah dan jadikan saya sebagai muslim" maka jawapan ini lebih meyakinkan aku tentang keislamannya. Kemudian aku akan bertanya tentang solatnya,apakah dia menjaga solatnya atau berapa kali dia solat dalam satu hari.

Jika dia menjawab satu hari dia solat dua kali sahaja (pernah jumpa dan jangan tanya dimana) atau kurang dari lima,maka aku tidak akan membeli dari kedai ini.Tetapi jika dia menjawab bahawa solat itu lima kali, dan lebih elok jika solat secara berjemaah.maka Pasti aku akan kunjungi kedai ini.Reasonnya, kerana orang yang menjaga hak Allah sedangkan Allah itu tidak dapat dilihat maka pasti dia akan menjaga hak manusia yang boleh dilihat.Kedua, muslim di rusia ni minoriti, jadi pasti dia tidak target golongan minoriti sahaja akan membeli,bahkan orang-orang rusia sendiri.Jadi, jika dia berjaya mengekalkan diri dia,hubungan dia dengan Allah, pasti dia beroleh kekuatan untuk mendapatkan sumber halal pada perniagaannya.Dan orang jenis ini lebih bertanggungjawab bagi aku untuk memikul berat dosa diatas apa yang dikatakannya berbanding peniaga pertama.

Peniaga yang pertama memberikan keraguan padaku adakah betul dia dapatkan sumber daging dan bahan-bahan halal untuk jualannya jika hubungannya dengan Allah tidak dijaga??..Itu yang menyebabkan aku tidak membeli di situ.Kalau orang lain yakin, dipersilakan ,aku memang tidak mungkin.Ini antara sebab mengapa aku lebih rela ke restoran masjid yang jaraknya hampir 40 minit perjalanan pergi.Aku mendapat kepuasan bukan sahaja jasadi malah rohani kerana sering mendapat input nasihat ketika sibuk menjamah makanan dari kenalan-kenalan di sana. Hidup sebagai kaum minoriti banyak mengajar aku tentang berharga Islam yang dimiliki. Russian Muslim yang pergi ke masjid dan menjaga solat mereka tatkala orang lain tidak tahu yang dia muslim itulah yang paling aku percaya. Aku bertanya kalian sidang pembaca, manakah keadaan yang lebih kalian banyak buat amal, jika ada ramai orang atau sikit orang??..atau jika kalian duduk ramai-ramai, mesti kalian akan solat awal waktu kan??..tapi cuba duduk sorang-sorang, pasti agak liat untuk solat pada awal waktu kan??...

Sebab itu aku percaya sangat pada muslim di sini yang menjaga solatnya walaupun tiada siapa yang akan menegur mereka, tetapi sifat tanggungjawabnya pada Allah, mereka jaga, maka pasti hak-hak manusia akan mereka jaga.Itu nilai yang aku pegang.

Untuk makanan juga, bagi barang-barang yang dibungkus siap, aku akan cek betul-betul apakah ingredient yang digunakan, jika ada keraguan padanya walaupun satu, aku akan tinggalkan.Walaupun nampak sedap, tapi itulah harga untuk sebuah mujahadah.

Keduanya dalam soal jaga hati ni, agar terus kuat ,adalah bangun malam. Dan bangun malam ni, perlukan kekuatan yang bukan sahaja datang dari keinginan, tapi juga kesan dari makanan. Selalu, kalau aku jadi tak sedar untuk bangun awal ni, aku akan cek balik makanan yang aku makan dalam dua tiga hari sebelum tu.Maka dari situ aku belajar apakah makanan yang elok, apa yang perlu ditinggalkan. Makanan yang elok, penuh keberkatan akan memudahkan kita untuk bangun di tengah-tengah kesunyian yang orang sibuk diulit mimpi yang indah-indah.Tidurlah lewat mana pun, pasti akan terjaga jika makanan itu dijaga.

Solat malam ni banyak kelebihan.Walaupun satu rakaat sahaja kita buat, tapi kekuatan yang diberi, sangat menakjubkan.Tidak terungkai pada mulut untuk dinyatakan.Tak perlu panjang-panjang,banyak-banyak, sekadar 5 minit sebelum subuh pun, sudah dikira membangunkan malam. Faedah yang bukan sedikit bagi mereka yang mahukan perubahan.Memberi kita kekuatan untuk menghadapi fitnah dunia yang makin hari makin besar cabarannya.Apakah lebih berharga harta jika jiwa tidak tenang??..

Dua benda ni cukup besar dalam menentukan hala tuju hidup sebagai seorang muslim bagi aku.Dan kedua-dua ini saling melengkapi antara satu sama lain.Makanan yang baik diperlukan untuk mendapat kekuatan untuk bangun malam, dan bangun malam penting untuk mendapat kekuatan mengamalkan apa yang dipelajari dan terus berwaspada pada kehidupan.Jika dua benda ini terjaga, insyaallah, benda lain akan menyusul. Walaupun banyak lagi yang boleh dibincangkan seperti perubahan sikap,menundukkan pandangan,mengambil benda yang elok walaupun pada orang/musuh,menjaga hubungan sesama manusia dan banyak lagi , tapi aku melihat semua perkara lain itu , datang selepas dua benda ni. Tapi jika kalian ada tips masing-masing, boleh sahaja untuk dikongsi bersama.Moga perkongsian ini kita beroleh kebaikan bersama.

Habis exam dan berkenaan babi ^^

Alhamdulillah, hari ini aku agak bebas sedikit setelah berjaya mengharungi exam anatomy dengan jayanya.Allahuakbar, lega betul bila sudah lepas subjek yang berat ni.Tak terkata.Cuma apa yang aku rasa, inilah exam paling berat yang pernah aku rasa.Sebelum-sebelum ni, start dari PTS,Peralihan, PMRU , PMR .SMU, SPM ,semua peperiksaan ini boleh dikatakan berlalu dan pergi sahaja.Tiada iktibar sangat apa yang berlaku.

Tapi exam anatomy dan histology yang berlaku seminggu ini, tiada yang aku rasa melainkan tekanan yang amat sangat.Silibus selama setahun setengah perlu dihadamkan sehadam-hadamnya.Pada saat ini, terbit satu perasaan dalam diri, ini baru satu ujian di dunia, yang sudah amat sengsara untuk menunggu, tapi ada satu hari, yang ketika manusia menunggu untuk melepasi ujian timbangan,pasti pada masa itu, aku tidak boleh bayang perasaan diri ini. Tertekan,takut, gundah gulana, serabut, dan pelbagai perasaan yang mencengkam jiwa semuanya tertumpu di dalam hati.Tiada yang diharapkan melainkan dipercepatkan masa agar lepas segala-galanya.Arrggghhh....Tiada harapan selain mengharapkan rahmat Tuhan.

Aku bersyukur hari ini, Allah bagi rezeki kegembiraan.Gembira seadanya.Aku suka berkongsi saat gembira-gembira sebegini,tapi tak suka jika saat derita berkongsi.Ntah la, kalau kita derita, orang tahu kita derita, maka suasana jadi tak macam biasa.Aku tak berapa suka tengok orang muka masam.Dan sedari itu juga , kalau boleh aku lebih suka buat suasana yang ada ceria sikit.

Tapi dalam gembira, nak kongsi satu cerita sket, tentang suatu perbualan aku dengan sahabat-sahabat di sini,masa mula-mula sampai dulu....Aku harap sangat kalau sapa-sapa yang baca entry ni, memberi pendapat serba sedikit.


"Pokwe, aku dengar ada orang cakap E---(beberapa kod tertentu) ni boleh makan la.Walaupun dia punya sumber tu babi."
'Hah??...ni datang wahyu dari mana plak ni??...kerajaan langit mana lagi pulak la yang muncul'
"tu aku tanya ko tu, betul ke boleh??, sebab alasan diorang kalau bertukar sifat kimia dia, jadi halal, macam arak..arak kalau tukar jadi cuka, halal..jadi macam tu juga dengan babi..kalau tukar sifat kimia dia, jadi halal."

Dalam masa yang sama, aku kepanasaran.Dalam hati, rasa sungguh tidak selesa dengan hujah yang diberikan.Fitnah jenis apakah ini??...

'Aduh la..camni la, aku nak tanya kau sendiri, ko yakin dengan apa yang diorang kata tu??'
"aku tak tahu, tu yang tanya ko tu..ha,diorang kata baca kat satu laman web.entah web apa.aku pun tak tahu"
'Berat la...aku tak tahu nak cakap camne..Aku bab hukum ni, aku paling tak suka untuk beritahu hukum camne.Cuma apa yang aku faham , macam ni la.
Arak tu, ko tengok asalan dia, anggur kan??..anggur yang halal menjadi haram disebabkan dia bertukar sifat,sifat dia yang memudaratkan, dan bila sifat kemudaratan itu dah hilang , maksudnya dia tukar jadi cuka, maka hukum halal kembali semula pada air tu..
Tapi ini berlainan dengan babi.Babi , sifat asalan dia, Allah haramkan 100% binatang ni.Pengharaman ini, adalah untuk menguji kita selaku manusia.Allah haramkan binatang ni, tulis terang,nyata dan jelas nama binatang ni dalam quran sebagai haram.Jadi, dia bertukar jadi halal pun hanya ketika suasana betul-betul darurat.Selain itu, tiada yang akan menghalalkan ianya dari haram.Haram start dari lahir sampai mati.Jelas ke??"

'Hmm...jadi, yang pasal sifat kimia dia tu camne??"

'Itu yang aku takboleh terima sikit tu, tentang sifat kimia yang berubah.Ko tau kan, yang ada certain E--- ni, memang jelas dia ambil dari babi, itu bermaksud, memang sengaja dia ambil dari binatang tu.Sedangkan kita sekarang bukan zaman darurat ketiadaan makanan.Tapi sengaja dia bubuh bahan dari binatang tu, untuk tahan lama, kekentalan dan apa-apa la.Aku tak tahu sangat apa kelebihan benda tu dalam makanan.Cuma macam tu la.Zaman kita ni, kita dah ada alat yang boleh kesan apakah sesuatu bahan itu ada kandungan babi ke tidak kan??'
"hmm..haah"
'So, maksudnya, dia punya kandungan atau sifat kimia dia tak berubah kan??..apa yang ko faham tentang sifat kimia dia berubah??...bila orang boleh kesan ada kandungan babi dalam bahan makanan tu, maksudnya, dia kesan DNA babi tu masih ada di situ.dan yang aku faham dari sini, sifat kimia dia tak berubah kan??..sifat kimia dia bermaksud struktur DNA dia kan??betul tak'

"betul la kot.hmm.."

'jadi, macam tu la aku fikir..Aku tak belajar dalam sangat, ilmu yang ada, aku belajar dari kuliah-kuliah masjid, di maahad dan pengajian-pengajian agama yang ada.Kombinasi belajar agama dan sains ni , buatkan aku tak boleh terima jawapan diorang tu.Ntahla , kalau diorang ada nas yang kuat, dari siapa yang keluarkan fatwa tu, aku berlepas diri.Aku tak nak kata aku betul.Cuma aku berfikir , bukan semudah itu untuk menukarkan dari haram kepada halal.Kalau kau nak pegang yang diorang tu, silakan, aku berlepas diri.Aku nasihat je berdasarkan ilmu aku yang tak seberapa.'

"hmm..ok lah kalau camtu..aku pun tak berapa setuju sangat dengan penjelasan diorang tu.sebab tu aku tanya, kot-kot ko sependapat dengan diorang ke.tapi dengan penjelasan tu, aku rasa aku tahu nak ambil mana"

'hmm..terpulang la kat ko..bagi aku, bila dah sampai sini, makin mengajar aku, pasal bab makanan ni , langsung tak boleh percaya kat orang lain.Kalau orang kata ada tempat-tempat yang halal, tak pernah aku percaya 100% melainkan aku cek sendiri.Dan kebanyakan yang aku cek, semuanya menimbulkan keraguan.Takpe la, masing-masing ada ilmu masing-masing.Cuma bagi aku, aku tak ambil mudah benda-benda yang masuk perut aku, takut effect ke anak cucu kalau tak jaga.'


Hmm..kalian sudah baca habis kan??..kalau ada pendapat, boleh la kongsi sket-sket.Takut-takut ada silap ke apa ke berdasarkan dalil-dalil yang ada.Aku ceritakan benda ni, untuk menghilangkan antara kegusaran aku kat sini.Bila kita luah satu-satu benda, kita akan jadi lebih yakin dengan apa yang diluahkan.Itu yang cuba aku buat.Tapi kalau kalian ada pendapat lain.Silakan, aku sangat-sangat menghargai pandangan kalian pasal benda ni.

Minggu, 20 Januari 2008

Arak dan Hati

Haa,bila korangbaca tajuk atas tu mesti korang ingat aku nak cerita pasal hukum kan??..hmm..rasanya kalau nak cerita pasal hukum, semua orang dah tahu.Semua arif pasal benda tu.Jadi disini , aku sekadar mahu berkongsi rasa sahaja apa yang ada kene mengena dengan arak ni dalam kehidupan aku.

Sedari maahad, aku di ajar , diasuh dan dididik bahawa arak ni ibu segala kejahatan.Kat masjid-masjid pun, masa kuliah maghrib banyak ustaz yang cerita pasal arak ni.Kenapa ibu??..sebab darinya akan lahir pelbagai macam kejahatan yang tak terduga.Seorang ibu , boleh melahirkan ramai anak yang mempunyai pelbagai ragam masing-masing.Begitu jugalah arak.Aku tak pernah redha dengan arak.Aku benci arak, lebih besar dari aku benci dari orang zina.Kalau orang minum arak, dia boleh berzina,membunuh merompak,merosakkan harta benda orang.Kalau zina, hanya satu-->zima sahaja.Walaupun ianya juga kejahatan,tapi berbeza dengan arak itu sendiri.Adui,mahu sahaja aku menghapuskan punca kerosakan ini terutama kilang arak kat dengan rumah aku tu,dah la paling besar kat asia tenggara,dan aku selalu kena perlekeh dengan member-member aku sebab aku duduk kat bandar tu.Tapi apakan daya, aku hanya seorang insan yang tidak punya apa-apa selain diri sendiri.

Akibatnya,
Aku tak suka masuk kedai yang ada jual arak.terutama kedai-kedai kecil.Kalau kedai-kedai besar (supermarket) aku masih boleh consider sebab arak bukan jualan utama,tapi kalau kedai-kedai kecik jual arak, aku akan berusaha untuk hindari beli barang dalam kedai tu.Tidak sedap jiwa.

Di Malaysia,

"Bangcik, boleh tolong beli roti??.." pinta mama padaku.Selalu, kalau mama dengan abah balik meniaga,kadang-kadang diorang sampai terlupa makan,walaupun bahan yang diniagakan makanan.
'Beli kat mana?'
"7eleven"
'hmm..beli kat kedai lain boleh?'
"kenapa?"
'ustaz cakap kalau ada kedai jual arak, boikot satu kedai tu,cuba cari kedai selain kedai tu'
"ikut bangcik la nak beli kat mana pun,takpe je.Nak isi perut je ni"
'okes.tunggu jap'

"bangcik, beli surat kabar sat."
'kat mana?'
"depan giant"
'okes,tunggu lima minit'

aku balik dengan tangan kosong.

"bangcik,camne?ada surat kabar??.."
'hmm..tutup lagi la..dia bukak lambat sket kot.'
''tak tengok kat 7eleven??"
'ada jual, tapi malas nak beli kat situ.tunggu je la sampai yang depan giant tu buka'
"hmm..ikut la"



Di Russia.

Kat sini, agak payah aku nak buat cam kat Malaysia.Sebab majoriti semua kedai kat sini jual arak.Tapi itu tidak memutuskan semangat aku untuk terus mencari yang terbaik.Jalan terbaik yang aku nampak, beli barang-barang kat pasar topli stan.huhu..Bila dengar pasar,mesti fikir pasal kotor,lecah,bau ikan,bau...bermacam-macam bau la kan...hahah..Tapi aku biasa je kot.Tak berkira sangat bau-bau tu.Sebab hampir dah biasa dengan pasar-pasar kat malaysia.Aku suka beli barang kat pasar ni, sebab semua kedai ada jual berlainan barang..dan yang pasti, arak takde.jadi, selalu aku beli tanpa ragu dan tanpa was-was.Beli je.Senang hati satu.Selalu barang-barang yang aku beli kat pasar tu , sayur-sayur,buah-buah,bahan-bahan dapur.complete.

Tapi, ayam halal, aku akan singgah kat kedai halal.dan selalunya ayam halal aku beli kat masjid.Jadi kat pasar ni, beli barang-barang dapur je.Beli kat pasar ni juga banyak mengajar aku cara interaksi dengan pakcik-pakcik sini.Improve bahasa pun ada.Kadang-kadang tu, sampai bertekak gak, sebab ada yang cuba tipu aku.Geram tul. Ada sekali tu, aku tengok dia timbang kurang ,tapi harga sama, terus aku cakap kat dia, apsal kurang?..dia cakap betul je..terus aku blah dari situ,tapi lepas tu, dia panggil balik aku, dia tambah timbangan balik.Tapi masa tu, aku dah tawar hati nak beli kat dia.Dan lepas-lepas tu, kalau aku keluar dengan member,aku akan bagitau yang peniaga ni, kaki menipu.Huuhuhu..aku tak nak orang lain kene.

Masa yang lain pulak, aku tengok ada jual murah.Kobis cina.Harga jauh lagi murah dari kedai-kedai lain.Aku bila tengok benda murah ni, selalu laju je.Tengah-tengah aku baru nak minta kat peniaga tu aku nak berapa, ada makcik mencuit bahu aku.Masa tu, dia terus marah aku.Aku cakap apsal pulak makcik ni marah aku tak pasal-pasal.Lepas tu, dia tunjuk yang ramai orang tengah berbaris.Masyaallah,panjangnya.Tak perasaan betul.Aku ingat yang beratur ramai-ramai tu diorang kerumun kedai sebelah dia,rupa-rupanya tengah beratur.Adui, malu aku masa tu.huhuhu..pengajaran buat aku.

Ada hari lain pulak, aku bertekak dengan peniaga , sebab aku nak kentang dua kilo untuk 16rubel,tapi bagi aku yang dah bungkus 3kilo.Aku cakap kat dia nak 2kilo je.dia cakap malas nak letak 2kilo.Malas nak keluarkan dah.Aku marah tinggikan sket suara masa tu, yang aku makan sorang-sorang bukan makan ramai-ramai.Nanti habis busuk nanti.Dia buat tak tahu jugak,last skali, aku belah.Yang peliknya, masa nak belah tu, baik hati pulak dia nak keluarkan lagi sekilo tu.Hangin gak masa tu.Tapi aku buat tak tahu je.Terus belah.cari kedai lain.

Pergi pasar ni, kene banyak sabar.Sangat-sangat sabar.Sebab bermuamalat dengan orang rusia ni,kekadang sakit hati.Kasar.Tapi sekarang ni, Alhamdulillah, aku bermuamalat dengan peniaga-peniaga yang aku dah kenal lama,baik hati dan murah hati.Kekadang tak jemu aku berbual dengan diorang.Best2..Betul kata pepatah,mujahadah itu pahit masa mula, tapi manis masa akhir.

Mungkin boring sket kan korang baca entry ni.Cerita pasal pasar.Tajuk pasal arak.hehehe..Cuma aku nak bagitau dalam cerita ni, berusahalah untuk hindari kedai-kedai yang ada jual arak walaupun kita tak beli arak tu, tapi jika kita beli di kedai tu,bagi aku untuk diri sendiri seoalah-olah aku seperti redha dengan penjualan arak tu.Jadi jalan terbaik untuk aku,aku akan cari kedai lain,walaupun ambil masa sedikit,tapi kepuasan dan ketenangan itu ada. Ia juga akan membantu untuk kebersihan jiwa.Menjadikan kita mudah untuk terima kebaikan.

Aku tahu, setiap orang ada keinginan untuk mendirikan daulah Islamiyah,dan begitulah aku.Tapi persiapan untuk mendirikan daulah itu, aku perlu mulakan dengan diri aku sendiri.

Bila korang baca entry ni, jangan kata aku ni extremist pulak ye..Aku meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku je berkaitan apa yang aku cuba yang terbaik untuk diri ini.Apa yang aku nampak ianya elok,aku luahkan,apa yang tidak ,aku cuba sembunyikan.Dalam hidup ni,kadang-kadang bila cuba praktikkan ilmu kita , masa tu la kita diuji.Cercaan,makian,direndah-rendahkan.Itulah lumrah kehidupan.

Aku menulis sebagai rasa tanggunggjawab aku untuk berkongsi rasa.Entry ni, betul-betul berat untuk aku describe,sebab takut-takut lepas ni, aku jatuh ke dalam lubang yang aku cipta.
Cuma bagi aku, kekuatan untuk aku agar tidak hanyut di bumi Russia ini hanyalah dengan dua perkara, Jaga makanan dan satu lagi,buka surah almuzzammil ayat 2-4.

Mungkin korang rasa berat kan??semua benda dalam hidup aku ni tak boleh..Inilah beban yang dipikul dengan ilmu yang ada dan aku tenang hidup begini.Hidup berperaturan.Takpe,kalau korang rasa berat, tong sampah sahaja apa yang korang baca.Jangan fikir belit-belit,Islam itu mudah.Untuk aku,aku menghadkan banyak perkara sebab aku takut aku hanyut kat sini dan yang paling penting hari mendatang.Untuk mengekalkan rasa berTuhan dalam hati, maka aku perlu membuat peraturan yang ketat untuk diri,untuk orang lain, aku permudahkan, agar orang tak rasa Islam itu berat.Nanti kalau orang rasa berat dan kecewa pada Islam disebabkan aku yang memberatkan mereka, itu menunjukkan kegagalan aku dalam menerangkan..Silap-silap, aku yang dipersalahkan.

Jadi, kalau kalian sidang pembaca ni,nilailah dengan neraca akal dan hati , sejauh mana diri kita..kusudahi entry kali ini dengan Assalamualaikum.

Jumat, 18 Januari 2008

Mencari makna

Alhamdulillah, semalam aku berjaya mengharungi exam dengan tenangnya.Walaupun sebelum masuk bilik untuk membuat exam, kepala sarat memikirkan takut-takut akan pulang dengan kegagalan,tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan.

Seminggu sudah aku tidak meng'update' blog ni.banyak kisah yang berlaku sepanjang minggu ini,yang mungkin panjang untuk diceritakan.Cuma, ujian yang datang sepanjang minggu ini ke atas diriku, cukup-cukup memberikan pengajaran yang berguna disamping keutuhan sebuah nilai yang ku pegang.Entry kali ini, aku tidak mahu bercerita banyak, cukup sekadar membawa beberapa petikan perbualan antara diriku dengan sahabat-sahabat di sini.Moga jika ianya punyai kebaikan, boleh diambil iktibar bersama.


"pokwe,apsal ko tak makan kat luar ek?"
'eh,takdelah.Makan je.Selalu kat masjid je.'
"maksud aku, kat restoran-restoran biasa.Kat uni kita,kat sinbad,ala, kat mana-mana la yang selalu budak-budak kita pergi"
'hmm..tak.'
"Kenapa ek?Boleh cerita kenapa?"
'Nak cerita apa'
"kenapa tak makan kat luar selain dari masjid?apsal tak pergi sinbad?kat uni ke?Ko memang tak pernah masuk sinbad ke?sekali pun?"
'haah,tak pernah beli sekali pun.Masuk pernah.tapi untuk tengok keadaan camne.Sebab sebelum-sebelum ni, aku tak pergi sebab hati berat untuk pergi.Aku dengar pun ada jual babi sekali.Malas r nak pergi."
'Habis masa ko pergi tu, camne?"
'Masa aku pergi tu, makin menguatkan pegangan aku,sebab masa masuk tu je pun, hati aku dah tak keruan dah.rasa serba salah.Mana taknye,masuk-masuk dengan bunyi bisingnye,lepas tu, dengan arak bersepahnye,maksud aku bersepah tu dijual sebagai bahan utama la.Tapi aku menguatkan lagi langkah kaki aku masuk dalam.Aku tengok-tengok keadaan sekeliling restoran tu,tengok cara diorang memasak.Aku tak buka mulut pun, sekadar memerhati.Tapi makin lama aku duk dalam tu, makin hati ni jadi tak keruan.Last sekali,aku balik terus.'

"maksudnya??...kiranya halal la pergi beli situ?"

'Aku tak boleh cakap halal ke tidak,cuma hati aku tak selesa dengan keadaan camtu.Kalau korang cakap halal,ada asas dan keyakinan, itu terpulang pada diri masing-masing sejauh mana korang pegang.tapi bagi aku,aku takkan beli kat situ,sebabnya jelas.Arak dia menjadi hidangan utama,sedangkan kita kene hindari majlis-majlis atau tempat-tempat makanan yang dihidangkan arak.Itu satu yang aku pegang.'

'Kedua, agak mustahil bagi diorang untuk tidak mencampur adukkan diorang punye masakan
yang bukan menu babi dengan yang biasa.maksud aku, hampir tiada kepentingan diorang buat camtu,walaupun ada orang kata ianya halal, tapi bagi aku terpulang camne korang fikir.Aku takleh paksa korang tak pergi, cuma bagi aku, aku takkan pergi beli kat situ.Sebab-sebabnya korang dah faham kenapa.Jadi terpulang macam mana korang fikir.Aku tak suka nak paksa-paksa orang,kerja aku nasihat je.Yang lain terpulang.'
"hmm....ok'


"pokwe,kalau ada orang bagi ko handphone free kan, nokia katakan, ko terima tak, maksud aku, ko ambil tak?"
'hmm..aku tak terima kot.tengok keadaan la.tapi secara kasarnya aku menolak untuk terima hadiah tu'
"apsal?..yahudi ke??...ala, ni bukan ko beli sendiri,orang bagi.Kalau ko beli tu, lain la."
'hmm..tengok keadaan.Maybe akan ambil jugak, cuma aku takkan guna'
"ha, kenapa pulak??..dah ambil, guna je la..ko ni pelik r"
'hahahaha..pelik??...apa peliknya.macam ni je la aku.biasa."
"ye la, ko dah ambil hadiah tu tapi tak nak guna.Nokia beb,yang harga mahal,bukan yang cokia punye"

'jap.,.ko kene faham kat sini kenapa.Aku tak beli jenama nokia tu , sebab pemilik dia yahudi.Dan diorang memang ada contribution terhadap Israel.Sebab tu , aku tak nak beli.'

'Kedua, aku terima hadiah tu,sebab jaga hati si pemberi,tapi itu tak semesti aku guna barang tu.Aku takut kalau aku guna, nanti kalau terjumpa sahabat-sahabat dari Palestin,diorang tengok aku guna Nokia, nanti diorang kata aku tak sokong perjuangan umat Islam kat sana pulak.Walaupun aku guna tu,benda orang bagi.Tapi aku tak nak bagi diorang kecik hati,nak terus bagi semangat yang kita menyokong perjuangan mereka. Itu je. '

'Last sekali,aku takut kalau aku beli barang-barang yang ada sumbangan pada yahudi dan Israel ni,nanti aku takde hujah di akhirat nanti,tentang sumbangan aku pada tentera-tentera Islam di Palestin terutama.Takut-takut terbalik pulak nanti, aku yang akan dipanggil sebab dengan aku membeli barang-barang tu, syuhada'2 atau anak2 kecil yang mati dek kekejaman Israel tu akan memberi saksi bahawa aku juga memberi sumbangan pada tentera-tentera tu untuk membunuh mereka.Aku tak sanggup jadi camtu."

'Aku takkan paksa korang untuk ikut pandangan aku.Cuma bagi aku begitu aku berfikir.Walaupun benda kecil, tapi perlu untuk aku buat.Sekurang-kurang aku ada hujah depan Allah nanti yang aku ada juga sumbangan pada pejuang-pejuang selain dari doa.'

"owh..ok.."


di hari yang lain,waktu yang berbeza.

"we, ko makan apa ek??cuba cerita sket,ko dah la tak makan kat restoran,ashan tak pergi.Sedangkan ashan tu la barang-barang paling murah.Kau selalu beli barang kat mana?kau makan apa?jajan tak beli.Ntah, aku tengok ko ni pelik gile.Semua tak pergi."
'hmm..korang ni, takde benda lain ke, semua aku buat , pelik.Eee.geram betul.yang korang ni, bagi aku lagi pelik.'

"hek elen,kitorang plak yang pelik.Kitorang sume hampir sepakat kata kau paling pelik"
'sedap-sedap je panggil aku pelik..aih, dah la.malas aku layan korang.baca buku lagi baik.'
"ha,merajuk pulak.relax r,aku nak tahu je"
'"haah, aku pun nak tau gak ko makan apa,beli apa,buat apa"'
'hmm..dulu, mula-mula dulu , aku pergi gak ashan tu,tapi lepas tau yang tu syarikat israel,aku terus tak pergi.Aku tau,barang dia memang murah-murah,tapi, itula Israel.Lepas aku tak pergi ashan tu, mencanak gak harga-harga barang dapur aku nak kene beli.Mahal.adui.Terseksa sekejap.'

'Tapi lepas lama-lama , aku makin kenal kat mana nak beli barang-barang murah.Dan sekarang,aku makin banyak tahu tempat-tempat nak beli barang-barang murah kat pasar tu.Jadi kebergantungan pada ashan tu dah takde,walaupun mula-mula pahit nak telan,tapi lama-lama, Alhamdulillah, aku makin tenang dengan apa yang aku buat.Aku nampak keberkatan dimana.dan aku selesa dengan gaya hidup begini.Perihatin dengan apa yang masuk dalam perutdan apa benda yang digunakan.'

"hmm..maksudnya, tiap-tiap hari la ek ko masak?"
'haah..tapi tak juga, kadang-kadang kalau malas tu, masak sekali untuk tiga hari terus.hehehe..malas beb nak masak tiap-tiap hari.Kalau ada isteri lain la..hahhahah..gurau je,kalau ada isteri pun,gilir masak kot..sebab bagi aku,masak ni best.'
"hmm..camtu ek.aku bukan taknak masak, tapi malas dowh."
'Bagi aku, aku tak berkira bab masak ni.Dan bila kita masak sendiri ni, kita lebih yakin dengan makanan yang dimakan.halal terjamin, keberkatan ada.dan kalau aku berkeluarga nanti pun,aku lebih suka makan dirumah berbanding kat luar.Berkah.'
"hmm..ok."


begitulah serba sedikit berkenaan kehidupan aku disini.sekadar mahu berkongsi rasa.Aku menaip ni pun dalam keadaan gembira kerana sudah lepas satu subjek exam.Next week,ada satu lagi subjek.Ringan sket rasa.kalau korang nak tahu gak apa barang-barang lain yang aku tak beli, di bawah ni aku lampirkan syarikat-syarikat yang aku tak beli.Semoga dengan sedikit amal kecil ini, diterima amalan kita.


Kamis, 10 Januari 2008

Selamat Tahun Baru Hijriah 1429

Di kesempatan ini , aku mengucapkan selamat tahun baru.Moga dengan bermulanya tahun hijrah baru ini, membantu kita dalam berhijrah sama ke arah yang lebih baik.Jika ada nostalgia lama yang terpalit kotor di dalam lipatan sejarah yang lepas, jadikan ia panduan dan pedoman agar kita tidak jatuh ke lubang yang sama. Akhir kalam, marilah sama-sama kita memperbaiki diri ke arah lebih baik agar pembangunan ummah tidak terbantut.

Minggu, 06 Januari 2008

Buat Muslimah

Aku berehat seketika dengan ketepuan yang agak melampau.Huhu..Proses belajar nak exam ni memang sakit kepala.Banyak.Dalam aku berehat ni, aku mendengar sebuah lagu,yang bagiku ianya punya sebuah kekuatan buat mereka yang cuba memegang agama dengan 'gigi geraham' bukan gigi kacip. Lagu ni ditujukan untuk muslimah yang masih cekal menghadapi dunia kini.Dan aku berpendapat , ianya boleh dibuat panduan bagi mereka yang cuba memegang Islam di zaman fitnah ini.

Mahu mengamalkan agama, jangan dipedulikan apa pandangan orang lain, selagi kita tak melanggar perintah Allah.terimalah dariku :

Free - Sami yusuf




What goes through your mind?
As you sit there looking at me
Well I can tell from your looks
That you think I’m so oppressed
But I don’t need for you to liberate me

My head is not bare
And you can’t see my covered hair
So you sit there and you stare
And you judge me with your glare
You’re sure I’m in despair
But are you not aware
Under this scarf that I wear
I have feelings, and I do care

CHORUS:
So don’t you see?
That I’m truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity...

My modesty
My integrity
So don’t judge me
Open your eyes and see...
“Why can’t you just accept me?” she says
“Why can’t I just be me?” she says
Time and time again
You speak of democracy
Yet you rob me of my liberty
All I want is equality
Why can’t you just let me be free?

For you I sing this song
My sister, may you always be strong
From you I’ve learnt so much
How you suffer so much
Yet you forgive those who laugh at you
You walk with no fear
Through the insults you hear
Your wish so sincere
That they’d understand you
But before you walk away
This time you turn and say:

But don’t you see?
That I’m truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity
My modesty
My integrity
So let me be
She says with a smile
I’m the one who’s free

Jumat, 04 Januari 2008

Pemikiran tentang perkahwinan (dari kacamata seorang pemuda)

"Pokwe,ko takde awek ke?" (Pokwe= pak wan, gelaran yang diberikan sejak duk maahad sehinggalah hari ni.

"Pokwe,ko ni memang takde perasaan kat pompuan ke?"

"Pokwe,bilo mu nok nikoh?"

"Mu biler lagi nak bina masjid?"

Begitulah antara ayat-ayat dalam perbualan antara rakan2 dan sahabat2ku dengan diriku.Selalu sahaja pertanyaan sebegini muncul.Mereka melihat, yang aku ni, start dari kecil sampai la ni, takde sorang perempuan istimewa pun yang mendampingi aku selain ibu aku sendiri.

Cerita sebenar

Bukan tiada perasaan,bukan takde hati,tapi banyak perkara perlu didahulukan berbanding yang ini.Bagi aku,soal membina rumah tangga, sangat besar,tapi aku tidak menyusahkan pemikiran tentang perkahwinan itu sendiri.Kalau ditanya, nak kahwin ke tak mahu, aku selalu sahaja menjawab "mahu". Jika ditanya bila , "Sekarang pun boleh jika ada jodoh".

Tapi bukan itu semua yang membelenggu kepala ini.Aku yakin, bahawa perkahwinan itu mencukupkan sebahagian(separuh) dari agama.Aku yakin tentang janji Allah akan meluaskan rezeki untuk mereka yang berkeluarga.

Aku melihat, suasana masyarakat yang hidup di sekelilingku, sedikit sebanyak mendesak aku agar mempercepatkan proses pembinaan baitul muslim ini.Tapi dalam keadaan macam ni juga yang mengajar diri aku sebagai proses mentarbiah diri.Aku tidak menafikan langsung perasaan perlunya seorang lelaki pada wanita, tapi biarlah ianya berada dalam landasan yang betul, yang diredhai Allah, sesuai dengan alquran yang diyakini.

Bukan sedikit yang ber'couple', tapi keadaan ini bukanlah cara yang aku sukai.Perkahwinan bagiku,bukan sesenang yang disangka.Perlu kenal hati budi dahulu sebelum kahwin,perlu ber'mesra2' dulu, kena pandai pujuk apa semua yang sering berlaku pada couple2 ni.

Jika sebelum berkahwin sudah bermesra2,sudah berpujuk rayu, sudah segala2, maka apakah yang tinggal untuk perkahwinan itu sendiri??..apakah masih ada pujuk rayu? selalu sahaja aku mendengar "u ni, sebelum kahwin baik je dgn i, kenapa sekarang tak boleh?" "kenapa dulu u senang pujuk i, tp sekarang kenapa tiada lagi pujukan lagi?" ... "mane janji2 manis u dulu kat i??"
Semua soalan ini sudah lali bagiku, dan ia antara faktor yang menjauhkan dari ber'couple2' ni.

Tapi perkahwinan bagiku lebih besar dari itu, ia bukan soal perasaan dua orang, tapi yang akan muncul selepas berdua itu juga perlu difikir, dan aku, alhamdulillah, berdasarkan pengalaman senior2,ustaz2,pakcik2 , sedikit sebanyak mengajar aku merancang pembinaan keluarga dari ber'dua' sehinggalah anak-anak yang akan dilahirkan.

Bagiku, bukan soal perancangan juga yang menjadi masalah utama,mungkin dalam perancangan ni pun ada cacat cela,Cuma pembinaan diri sebelum berumah tangga itulah yang paling penting dalam pembinaan sebuah rumah tangga.Aku tidak boleh berangan2 sahaja ingin mengimpikan seorang isteri yang solehah, jika aku tidak memulakan dari diri sendiri.

Bab mendapat isteri solehah ni, mungkin ramai yang beranggapan, bahawa "skang ni, kita couple2 dulu, lepas tu, kita cari la perempuan solehah,nanti diorang boleh tarbiayah diri kita.Besar pahala diorang nanti." "Ala,nnti nak kahwin, aku suh la sape2 carikan untuk aku perempuan yang tudung labuh ke ape ke,yang sekarang ni,kita enjoy dulu"
Ape, korang ingat perempuan semurah itu ke korang nak main2? Korang ingat perempuan solehah ni macam madu yang habis dan sepahnya dibuang??..adakah begitu??..

Bagiku, wanita solehah itu umpama mutiara yang berada di lautan dalam, yang permukaannya penuh dengan ombak badai.Perlu direntangi lautan dalam untuk mendapat mutiara yang berharga itu.Begitulah diri manusia, mahu mendapat benda berharga, dirilah yang perlu merentangi lautan itu barulah beroleh benda berharga itu setelah susah payah yang diharungi sesuai dengan keringat yang diusahakan.

Bagi aku, untuk aku mendapat seorang isteri yang solehah, aku perlu memulakan dengan diri aku.Kalau benda2 kecil aku tidak boleh jaga, inikan pula sebuah mutiara yang besar nilainya.Proses mentarbiah diri bermula dari diri, bukan tunggu orang lain.Kesediaan diri untuk berubah kearah lebih baik perlu dimulakan agar hari mendatang tidak tergelincir di dalam keselesaan.

Aku berpegang, yang muslimah yang solehah untuk lelaki yang soleh.Jadi, aku tidak boleh menunggu selepas perkahwinan baru mahu menjadi baik.Selalunya, jika begini, yang aku lihat pada orang2 lebih berumur dari ku, banyak yang kecundang.Bukan hanya diri yang hanyut, isteri2 dia sekali kecundang sama.Maka , aku belajar dari pengalaman mereka yang terdahulu sebagai pedoman diri.

Cerita kedua

Kemudian dari itu, soal ber'couple' pula, aku bukan tak de perasaan, cuma aku tidak melihat ianya sebagai kelebihan pada diri.Siapa kata tidak best jika boleh bercanda gurau,meluahkan perasaan,bermanja-manja.Aku tidak menafikan langsung perasaan ini.Ianya satu nikmat yang Allah berikan.

Tapi aku melihat, bahawa jika aku berbuat demikian, maka 'dosa2' sebelum perkahwinan ini ianya akan memberikan kesan yang sangat panjang.Kesan yang bukan setahun dua boleh dilihat, tetapi sepuluh dua puluh tahun akan datang.Antara kesan yang aku nampak, adalah kesan ke atas zuriat yang akan dilahirkan. Bagiku , zuriat merupakan bonus Allah pada makhluknya yang mendirikan perkahwinan.Ia juga sebagai penyambung amal jika kita sudah mati di kemudian hari.Merekalah yang akan mendoakan kita setelah kita tidak punya apa2 di alam barzakh nnti.

Maka , jika aku tidak mejaga diri aku dari 'dosa2' sebelum perkahwinan ini, apakah mungkin aku akan beroleh seorang isteri yang solehah? apakah aku boleh mendapat isteri dan zuriat yang menyejukkan mata penawar di hati? apakah aku akan beroleh anak yang akan mendoakan aku dikemudian hari? apakah aku akan beroleh seorang zuriat yang tahu tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi Allah ini? Apakah zuriat itu nanti akan mejadi salah satu pedang Allah, jika aku sendiri tidak mejaga agama Allah ini?


Jika semua jawapan ini boleh dijawab dengan penuh yakin "ya" , maka aku akan buat semua ini.
Tapi bukan semudah itu untuk beroleh isteri dan zuriat yang menyejukkan mata penawar di hati jika diri tidak memulakan ke arah proses pembaikan diri.Jiwa remaja ini banyak mengajar aku erti pengorbanan.Berkorban pada sesuatu yang diyakini.Aku yakin pada syurga,maka aku kejar padanya.Aku yakin dengan neraka, maka sedaya mungkin aku menjauhi segala perkara yang mendekatkan ke tempat itu.

Kisah-kisah Nabi,para sahabat2 Nabi ,golongan salafussoleh dan orang2 tua banyak mengajar diri ini tentang menguruskan fikiran tentang perkahwinan. Mengajar aku berfikir bukan hanya tentang keperluan diri, tetapi keperluan isteri , anak2, dan yang terpenting ummat.

Janji Allah tidak pernah dimungkiri, tapi manusia itu yang selalu memungkiri janji.



(aku menaip ketika banyak tujahan soalan2 yang banyak diterima dan ketika otakku sedang tepu dengan persoalan exam yang akan datang)

Selasa, 01 Januari 2008

Masjid-masjid di Moscow

Hari ni aku terperap dalam bilik,tak boleh nak keluar mana.Lambakan buku yang perlu dibaca,membuatkan masa untuk berjalan-jalan terpaksa dilupakan buat seketika.Dalam masa yang sama, aku membelek-belek gambar2 lama.Gambar-gambar masjid terutamanya..Banyak kenangan manis bila aku fikir balik tentang masjid-masjid ni.Manakan tidak,masa aku mula2 datang, majoriti senior kata cuma ada satu dua je masjid.Tapi, bila aku mula kenal dengan muslim2 di masjid, mereka kata ada 4buah masjid.Dan bermula dari aku sampai sehingga 2bulan pertama, aku berjaya menjumpai keempat-empat buah masjid tersebut..Dengan berbekalkan bahasa rusia yang tidak seberapa, alhamdulillah, selama dua bulan tersebut , aku dipermudahkan oleh Allah dalam kembara mencari masjid2 ni.Masjid prosek mira :45minit dari hostel aku.Letih kalau pergi masjid ni.Selalu dalam metro mesti tertidur.huuhuMasjid pertama aku datang dan masjid yang semua pelajar tau.
Masjid Sejarah : dua@tiga minggu sekali aku lawat.Masjid paling kerap aku datang.Best.30minit dari hostel.Masjid kedua yang aku tau.masjid Otrodnoe : jarak dalam 1jam 15 minit dari hostel.baru 3kali aku lawat.Jauh sangat walaupun dalam moscow.Masjid paling besar.Ada sekolah agama sekali.Ada 2 ruang utama dewan solat, satu untuk sunni dan satu lagi syii..Aku sampai masjid ni,mula2 tak tahu kat mana letaknya masjid ni.Aku dengar orang cakap kat otrodnoe je(utara moscow),lepas tu, dengan tawakkal, aku naik bas dan aku ikut je bas tu ke mana dia nak pergi.Dua kali tukar bas.Last skali, bila aku nampak masjid ni, terus aku berhenti kat stesen berdekatan.Memang rasa bersyukur betul.Ingatkan mula2 nak give up dah, tapi masa nak give up tu lah jumpa..huhuhu...Memang best betul..Masa ni jugak la aku aku 1st time makan masakan orang rusia, ade orang masjid belanja.Palmeni namanya(daging bersalut tepung).1st time jumpa terus belanja.Memang berbesar hati sungguh.tapi ni gambar masa kali ketiga aku sampai, aku datang dengan dua orang member,sebab tu ada gambar ni..Ni Masjid Taman Kemenangan.Dibina kerana memperingati para syuhada yang bersama2 membentengi negara dari serangan Jerman dan perang dunia ke-2.(kalau xsilap aku la)..tandas masjid ni paling lawa dari 3tandas masjid di atas.Puas hati.Macam tandas hotel.huhuhu.Masa ni dia tengah dalam proses membaik pulih.Dekat dengan embassy malaysia, dalam 30minit berjalan kaki..(letih2)..secara keseluruhan, dalam sejam gak la nak ke masjid ni.baru 4kali kot aku g masjid ni.Jauh..
Ni Masjid di Tver.3jam dari moscow.Aku datang masa program keluar dengan tabligh..Huhuhu..3hari tak cakap bahasa melayu..Dengan bahasa rusia yang baru mencecah setahun setengah, aku berjaya hidup gak..huhuhu...depan masjid ni, church.Masjid ni kalau azan, sampai luar dengar.Macam kat malaysia.Masa dengar azan dari menara masjid,aduhai, rasa rindu pada suara azan di udara terubat.Kalau Masjid2 di moscow, suara azan hanya di dalam perkarangan masjid sahaja dengar.

dari kiri: rafeeq , aku, mustakim

Masjid di Nizhninovgorod.8jam dari moscow.Bandar baru.Kalau kat malaysia, bandar dia lebih kurang cam banting,selangor kot.atau sungai petani,kedah.Masa ni , pergi ramai2.naik keretapi.bandar baru tapi dah hamir seratus tahun dah walaupun nama dia bandar baru.(berbanding dengan moscow-1147 diasaskan.Sebab tu dikatakan bandar baru sebab dia banding dgn moscow..