Minggu, 02 Desember 2007

Pagi yang dingin



Entah mengapa pagi ni , semangat untuk membelek buku agak pudar.Disebabkan tidak tahu mahu membuka apa,aku cuba mendengar lagu yang selalu ayah dendangkan di rumah.Lagu ni,dari kecik sampai sekarang,memang selalu ayah dendangkan dirumah.Banyak intipati yang dapat dari lagu ni.Dendangan kumpulan orkes el suraya,zaman 60-an punya lagu,Fatwa Orang Tua.Itulah ayahku,kalau mahu menegur diriku,dia akan nyanyikan lagu-lagu yang berkaitan,agar kami,anak2nya mengambil iktibar.

bila diri ingin dikenang
semaikan benih ditengah sawah
bawalah ilmu padi di ladang
tambah berisi tumbuh ke bawah

bila diri ingin terpandang
jauhkan kata tinggi melambung
jauhi sifat ayam di kandang
bertelor satu ribut sekampung

jauhi sifat mengaku pandai
angkuh dan sombong menepuk dada
ingat petua penyu di pantai
telor beratus namun tak megah

bila ingin harum bak mawar
jauhi sifat meninggi diri
bisa ular tidakkan tawar
walau menyuruk batang berduri

2 komentar:

As mengatakan...

moga ibu bapa jadi inspirasi utama selepas Allah dan RAsul. InshaAllah. Maan najaah untuk segala urusan.

umar alfateh mengatakan...

insyaallah..terima kasih kepada ukhti.