Selasa, 11 Desember 2007

Tayar bersama rim


Dua hari lepas, hari sabtu petang , seperti kebiasaan ,kami akan mengadakan bulatan atau lebih kepada perkongsian rasa.Hampir setiap minggu kami di sini akan mengadakan program bulatan ini.Berkongsi perasaan terhadap agama yang dianuti.Banyak juga input yang membuka mata hatiku bila masuk bulatan ni.Apa yang menarik bagi aku untuk hadir ke bulatan ni, adalah, kehadiran ahlinya.Hampir setiap minggu, pasti aku nampak muka yang berlainan, dan ini membuatkan aku semakin gembira untuk hadir ke bulatan ni.

Apa yang membuka hatiku adalah pengisian yang diberikan oleh salah seorang sahabatku.Kami dalam bulatan ni tidaklah terlalu arif terhadap ilmu agama, tetapi kefahaman kami terhadap agama ini membuatkan kami suka berkongsi rasa.Salah seorang sahabat dia membuka majlis bulatan ni dengan ayat dari surah al-baqarah ayat 120.."demi tidak akan redha Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti mereka"..

Bagi aku ayat ni jelas.Cuma penafsiran dia yang membuka hatiku terhadap apa yang dimaksudkan.Dan bulatan pada minggu ni banyak respon-respon yang mencelikkan mata.

"ayat ni jelas menyebut yang dua kelompok ni memang takkan berhenti kerja sehingga kita ikut apa yang mereka buat"
-'macam mane tu?terang sket'. seorang member menyampuk.
"ala,ambil contoh tv je,mudah, bukak je tv,kita tengok pengisian yang diberi, hiburan semata.Yang berbentuk ilmiah,tiada sangat.Kalau ada pun dibuat diisikan pada bukan waktu perdana.Jadi,keseluruhannya,mengajak kita pada hiburan semata."

Semua diam.Aku pening jugak dengan penjelasan ni, tak nampak sangat apa kaitan dua kelompok yang disebut dengan hiburan.Dan aku diam bukan kerana faham,tapi tak tahu nak cakap apa.Tak faham.

"Aku rasa kan, macam ni kot..." seorang dari kami bersuara memecah keheningan di waktu tu.
"Dua puak ni, seperti Yahudi, mereka ni putar belit apa yang ada dalam taurat agar ikut telunjuk nafsu mereka,dengan kata lain, diorang tak ikut apa dalam taurat yang asal."
"Nasrani pun lebih kurang begitu,sama"
"jadi,mereka ni tahu atas kesalahan yang mereka lakukan ni, akan menjerumuskan mereka ke lembah neraka.Jadi, diorang tak nak juga umat Islam ikut agama yang diturunkan pada mereka.Mereka nak orang Islam ni sama macam mereka.Jadi, diorang berusaha sungguh-sungguh agar umat Islam jauh dari Quran dan sunnah"

Ramai mengangguk.Aku pun ikut serta dalam anggukan tersebut.Baru nampak.'Aha sindrom' kembali.

"Kenapa penting sangat Quran ni??..." suatu suara mengutarakan soalan.
'Hmm..kita cuba ambil contoh mudah.Ada satu kilang ni,kerja dia adalah menghasilkan tayar.Dan syarat tayar ni, nak berfungsi kene ada rim yang sama saiz.Jadi , dia dalam masa yang sama akan buat rim yang betul-betul boleh muat dengan tayar tersebut.Kalau besar sket je,atau kecik sket, memang tak boleh pakai.Jadi dia buat yang betul-betul ngam dengan tayar tu.Macam tu la Quran dengan kita,semua apa yang ada dalam Quran ni, betul-betul ngam dengan diri kita.Takde lebih, tak kurang.Lengkap."

Sahabat ni senyap seketika,mengambil nafas sambil meneruskan perbualan tadi,

"Atau kita ambil contoh lain, macam kilang buat kipas ke, kereta ke,atau apa-apa la barang sekalipun.Setiap barang yang dikeluarkan tu, mesti akan disertakan dengan manualnya sekali kan>??.."

Semua mengangguk.

"haa,macam tu la jugak kita ni, kalau manual kereta tunjuk macam mana nak guna kereta tu sebaik mungkin,bila nak tukar minyak hitamnya, macam mana nak bagi bergerak,bila kena servis dan semua skali la pasal kereta tu.Kita ni pun benda ciptaan sebagaimana kereta tadi, dan kita tak tahu macam mana nak guna diri kita semaksimum mungkin kan??..Disinilah peranan quran dalam memberi telunjuk pada kita macam mana kita nak guna diri kita.Semua ada, macam mana nak tenangkan jiwa, camne nak berjaya, camne nak guna akal,secara keseluruhannya memang complete lah apa yang perlu kita tahu pasal diri kita"..

Oowh,macam tu..aku mengangguk tanda setuju.

"Dan benda-benda dah lengkap lawa ni kita tak leh nak adjust tak tentu pasal.Macam kereta mercedes la, masa dikeluarkan tu, memang lengkap semua sekali..tapi bila dapat kat tangan kita, kita cuba ubah.Tambah sayap la, tukar enjin la dan apa-apa lagi la..Apa perasaan kita bila tengok orang buat camtu??...kita mesti cakap dia ni tak betul kan??..sebab benda dah elok nak pegi adjust tak tentu pasal.."

Majoriti menyahut.."hmm"...tapi ada gak yang cakap , "lawa apa"..dalam nada gurauan,..
ketawa kami menyerikan lagi perbincangan kami..

"macam tu jugak la Quran ni, dia dah sempurna,kita tak payah nak tambah-tambah dah apa yang ada dalam tu.Guna je.Confirm selamat.tapi skang ni, punca semua gejala yang berlaku,sebab kita pandai-pandai tokok tambah apa yang ada dalam quran.Sebab tu masyarakat kita rosak.Nak betulkan balik, kene buang apa yang ditambah tu."

Semua berfikir sejenak apa yang dikatakan sahabat ni.Idea dia hari tu , banyak membuka atau mencerahkan hati aku terhadap apa yang berlaku pada masyarakat kita umat Islam.Terlalu banyak mahu dikatakan,tapi dia mula menyambung kembali...

"korang rasa kan,apa guru terbaik dalam kehidupan kita ni??...misalkata kalau masa kita SPM dulu, apa kita buat??..."

'tanya cikgu' seorang menjawab.
"Tanya senior-senior yang lepas" seorang mencelah..

"Maksud korang ni, kenapa kita tanya senior-senior??...kerana mereka ada PENGALAMAN kan??..Pengalaman/sejarah mengajar kita untuk dijadikan panduan bagaimana nak hadapi sesuatu perkara kan??..setuju tak??.."

'Hmm..betul' dan yang lain ikut mengangguk..

"Begitu jugalah dengan Quran.Dalam Quran penuh dengan cerita-cerita umat terdahulu,pengalaman-pengalaman bangsa-bangsa terdahulu, kisah-kisah ...Untuk apa??..Sebab kisah-kisah pengalaman ni membantu kita bagaimana mahu mengahadapi kehidupan ni..Sebab tu lebih hampir kepada 1/3 Quran berkisar pada cerita-cerita umat terdahulu agar menjadi panduan kepada kita dan tidak mengulangi lagi kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh mereka.."

aduhai..indah betul perumpamaan-perumpamaan yang diberi..Betul-betul membuka mata,pencerahan jiwa.Selama ni tak banyak sangat aku ambil pusing tentang kenapa banyak sangat cerita-cerita dalam Quran.tapi hari tu, baru faham kenapa.Best tul..
Dalam pada tu, suasana kembali tenang atau sunyi..semua diam seribu bahasa..Mungkin memikirkan apa yang telah dibualkan tadi,mungkin kerana kekurangan idea mahu disumbang,dan banyak kemungkinan yang boleh diberi ketika itu terhadap sunyinya ketika tu..

"Jadi , elok rasanya kalau kita simpulkan terus pasal apa yang kita bincangkan hari ni." seorang memberi idea.
'ala,baru je nak sumbang idea, dah nak simpulkan.' ketawa semua yang hadir kerana gurauan yang dibuat sebab semua perasaan yang member ni dari awal tadi senyap.Rupa-rupanya ini yang ditunggu-bersurai..
"ha,sorang boleh tolong simpulkan apa yang kita setuju hari ni??..."

"Aku rasa kan,macam ni kot,sekarang ni kita cuba kembali pada Quran.try hayati apa yang ada dalam Quran..kalau tiap-tiap hari kita baca Quran,satu muka ke, dua ke, sepuluh muka ke, sejuzu ke,atau berapa banyak pun kita baca , tapi sekurang-kurangnya kita ambil tiga ayat dari banyak-banyak yang kita baca tu, kita tengok terjemahan dan cuba hayati apa yang mahu disampaikan kepada kita.Sebab takde cara lain dah kita nak perbetulkan masyarakat kita selain dari kita dulu yang memulakannya dengan diri kita sendiri.Kalau kita boleh berubah, insyaallah, masyarakat akan menyusul kemudian." Seorang member mengakhiri perbincangan pada petang tersebut.

majlis bulatan pada tahun lepas


Fuhhh..lega betul, walaupun hari tu cerita pasal benda simple, tapi betul-betul membuka minda.Selama ni tak la ambil peduli sangat dengan apa yang dibuat yahudi and nasrani, tapi perbincangan tu betul-betul buka mata, yang jauhnya kita dari Islam kerana JAUHnya kita dari Quran.Dan Jauhnya Kita dari Quran kerana KEjayaAN Yahudi dan Nasrani dengan perancangan mereka dan Ketidak pekaan kita terhadap rancangan mereka menjauhkan kita dari sumber asal kita.

Tidak ada komentar: