Sabtu, 08 Desember 2007

Anak kecil bersama kotak



Hampir seminggu aku tidak menjenguk laman ini.Tidak tahu mahu menulis apa,cuma peristiwa yang berlaku hari ini sedikit sebanyak membantu aku untuk sama-sama berkongsi.Mudah-mudahan ianya membawa kebaikan bersama.

Sebulan sudah kali terakhir aku menjejakkan kaki ke Masjid Sejarah.Dibina pada tahun 1823 menjadikan ianya sebuah masjid yang tertua dan merupakan masjid pusat untuk bandar Moscow.Bangunannya tidak sebesar mana,malah tidak banyak yang menarik tentang rekaan dan halaman masjid ini. http://www.manar.ru/m/history/index.html . Cuma apabila aku masuk sahaja ke dalam halaman masjid ini,aku merasakan seperti masuk ke sebuah dunia baru.Betul-betul berbeza.Perasaan tenang,rasa selamat , rindu dan bermacam perasaan positive berkumpul dalam diri.Perasaan inilah yang selalu didambakan yang menyebabkan aku mewajibkan diri aku untuk menziarahi masjid ini paling kurang sebulan sekali.

Disebabkan kengkangan masa dan waktu pembelajaran yang agak padat,serta jarak yang agak jauh dari hostel dalam lingkungan 40minit,aku perlu mencuri masa walau sesibuk manapun aku dalam satu bulan.Walaupun dihostel aku ada surau yang menjadi tempat kami pelajar-pelajar muslim di Russian State Medical University untuk berjemaah,tetapi di hostel ini kurang pelajar-pelajar rusia yang hadir berjemaah,walaupun setiap hujung minggu ada usrah atau lebih kepada perbincangan agama dibuat di surau ini,menyebabkan aku mendesak diriku untuk bersama dengan komuniti muslim di moscow ini.Mungkin artikel-artikel akan datang aku cuba untuk menceritakan serba sedikit mengapa best betul ziarah masjid ini,sebagai satu perkongsian untuk sama-sama dijadikan panduan untuk kita masyarakat muslim.

Bermulanya cerita

"манты есть? (manti ade?)" aku bertanyakan pada jurual di restoran masjid.

'нет.толька плов и суп и люлья'(takde,cuma ada plov,sup dan kebab.

'одна люьля и один хлеб"(kebab satu dan roti satu)

"100rubel" -(7.3rubel=RM1)

"Allah,naik harga lagi?" aku monolog dalam hati.Ingatkan Malaysia je naik harga,sini pun naik jugak?..adui,makin banyak la yang perlu dibelanjakan untuk mendapat kepuasan makan masakan orang Islam.Selepas itu aku mencari-cari tempat duduk,tapi tak ketemu tempat yang kosong.Walaupun sudah menghampiri isya' (sekitar 4.45petang)tetapi restoran ini masih tetap dikunjungi.Akhirnya aku mendapat tempat di sebelah seorang pemuda dan dua orang pakcik yang agak berumur.(satu meja selalunya boleh duduk 4orang).

"dari mana?"
'Malaysia'
"owh,saya dari egypt,misra"
'cairo?'
"haah"

Bermulanya dialog antara aku dengan pemuda mesir ini.

"Pernah keluar tak?"
'pernah'
"Bila?kat sini(rusia) atau di malaysia?"
'hmm..kat sini.kat malaysia tak pernah.itupun tahun lepas,tahun ni,tak pernah lagi.Sibuk dengan kelas dan pengajian.'
"Berapa hari keluar?3 hari?sebulan?4bulan?"
'3hari je.'

makan malam bersama jemaah di tver sewaktu 'keluar' (15 orang , 9bahasa , 1 agama)


Terus senyap.Di sini,perjalanan gerakan tabligh memang merupakan gerakan yang mendominasi proses tarbiyah di sini.Soalan-soalan sebegini memang merupakan soalan-soalan yang biasa ditanya oleh masyarakat disini terhadap orang-orang yang dijumpai.Pengalaman sulung aku keluar bersama gerakan ini tahun lepas,banyak membuka mata aku terhadap realiti umat Islam disini.Pada hari pertama ,kami disuruh setiap seorang untuk membaca alfatihah,kemudian didapati,melebihi separuh yang tidak tahu membaca surah pertama dalam quran itu.Kemudian dibahagikan kepada kumpulan,seorang yang boleh membaca dan seorang yang tidak boleh dalam satu kumpulan.Dalam kumpulan ini,apa yang perlu ditekankan adalah bacaan alfatihah dan bacaan-bacaan didalam solat.Itulah pengalaman sulung aku bersama tabligh.Bagi aku,memang banyak manfaat dari proses keluar tiga hari ini.Walaupun hampir 60% pengisian yang diberi aku tidak faham(selain dari mengajar).Memang salah aku tak bersungguh untuk fahami bahasa rusia walaupun sudah dua tahun di sini(pada ketika itu)

Dalam masa yang sama, aku memulakan makan hidangan yang kubeli.

"Dari mana nak?" soal pakcik yang duduk bertentangan denganku.
"Malaysia"
"mana?india?"
"Malaysia"
"Hmm..kenapa makan guna tangan ?kenapa tak guna sudu?"
"Aku terkesima dengan soalan tersebut." nak jawab apa ek.
"Ini sunnah." sampuk pemuda mesir disebelahku.
"Itu saya tahu.tak payah nak bagitahu.Ni saya tanya budak ni,bukan tanya awak.Kenapa guna tangan??"
"Ini sunnah la pakcik." sampuk pemuda itu lagi.
"Iye aku tahu.aku tanya budak ni,bukan kau.Kenapa kau tak guna tangan?..kenapa guna sudu??"
"hmm..Manusia ni ada peringkat.Ada iman tinggi dan ada iman lemah."
"Maknanya kau ni iman lemah la ye??"

gulp....aku menelan air liur.Kesitu pulak pakcik ni.Tetapi perbualan seterusnya yang menyedarkan aku.

Macam ni lah realiti kita,bisik pemuda tersebut padaku dalam bahasa inggeris.Kamu pernah dengar satu cerita tak? soal pemuda mesir padaku.
'cerita apa?'
"hmm..cerita pasal seorang budak dengan kotak yang berat.."
'tak pernah'
"haa..macam ni..ada seorang budak kecil,dalam lingkungan ,macam mana ek,lebih kurang separuh ketinggian kita.Kecik betul.Satu hari dia nampak satu kotak yang sangat berat,lepas tu,dia nak cuba angkat kotak tu.Sedangkan kalau dia angkat pun memang tak boleh"
'lepas tu??'
"lepas tu,ayah budak tu nampak anaknya seperti mahu juga angkat kotak tu,dan dia hampiri anak dia,dia angkat budak tu letak dalam dukungan dan dalam masa yang sama dia suruh anak pegang skali kotak tu.dan impian anak dia untuk angkat kotak tu itu direalisasikan oleh ayahnya.Bukan ayahnya tidak tahu yang anaknya tu memang tak boleh angkat kotak tu,tapi untuk 'tidak mensia-siakan keinginan' tu la ayah dia buat camtu.Faham ke cerita ni?"
'tak sangat'..aku masih blur dengan cerita pemuda ni.tak tahu apa yang ingin disampaikan.
"macam ni,anak tu diumpamakan sebagai kita,dan kotak tu sebagai Islam.Islam ni sangat berat,dan mustahil kita seorang akan berjaya mengangkat Islam dengan dakwah kita sorang-sorang.Tapi,yang pasti,kita akan dibantu juga nanti.Cuma perbuatan cuba mengangkat itulah yang lambat laun kita akan dibantu di atas usaha kita.Bila,wallahuaklam.Kerja kita cuba mengangkat sahaja.Berjaya atau tidak,kita serah pada Allah."

Aku terdiam seketika mendengar cerita pemuda ini.Dalam masa yang sama aku meneruskan hidangan yang masih lagi tersisa.Alhamdulillah,aku merasakan agak berbaloi harga makanan yang aku bayar dengan sedikit 'kejutan' atau 'aha sindrom'(ambil petikan ustaz hasrizal) yang membuatkan aku sedikit faham tentang gerak kerja dakwah ini.Memang tidak sia-sia aku datang ke masjd hari ni.

Lepas tu,pemuda tersebut minta diri dan aku masih belum berkenalan dengannya.Perbualan kami dimulakan tanpa berkenalan.Indah sungguh Islam.Walaupun tidak kenal,tapi hati ini rasa tertaut dengan indahnya ukhwah yang berasaskan 'tiada tuhan selain ALLAH'.

'Nama siapa?'
"Abdul Qadir,Assalamualaikum"
'waalaikumussalam'

Aku kembali meneruskan makan sisa-sisa yang tinggal sedikit lagi.Satu kepuasan hinggap pada diriku.Walaupun duduk makan,tapi ada pengisian yang aku dapat.Inilah antara salah satu sebab aku suka datang ke masjid ini.Sama ada duduk didalam restoran,ruang utama masjid,halaman masjid,atau dimana sahaja di dalam kawasan masjid,pasti akan ada teguran dari sesiapa sahaja yang di situ.


bersambung..

3 komentar:

afiqawe mengatakan...

Akh.
Alamak, rasa ruginya tak pergi Masjid hari ni....

Suka sgt bila dioarg dtg tegur kita tanya2 khabar & bagi nasihat, citer2 camtu, dan tiup2 semangat kat kita...

Subhanallah, kat Malaysia susah nak dpt mcm ni...

umar alfateh mengatakan...

Aha,tu la akhi,ana semangat betul pergi tadi..cuma lepas ni , ada lagi cerita pasal kt masjid tadi..cuma panjang lagi..ana cuba cari masa kosong nnti ana taip..

kalau kat mesia,pakcik2 suka tanya pasal kita punya hidup kt sini camne,pasal harga barang yang naik,pasal cucu2,tu kadang2 ana layan je cerita2 diorang..last skali,nasihat suh belajar leklok..kekadang best gak duk ngan orang2 tua ni,boleh tahu pengalaman diorang..tapi pakcik2 kat sini,haa,tunggu cerita lepas ni..ana pun tengah semangat..

Mohd Hazreen Rashid mengatakan...

Pergh menarik2. Thanx for sharing. Citer la lagi pasnie.