Minggu, 30 Desember 2007

Rindu terlerai

Petang tadi, selepas habis kelas, aku berhajat untuk ke pejabat kedutaan kerana ada jamuan raya.Tapi, keadaan tidak mengizinkan aku bila melihat jam sudah pukul 115ptg, dan aku masih belum solat zohor, perjalanan ke kedutaan hampir 40minit lebih, pasti tak sempat untuk zohor disana.Aku ambil keputusan balik ke rumah terus.

Sampai rumah, solat dan kemudian masak sedikit untuk mengalas perut.Dua hari aku tidak masak.Hari ni , masakan aku tawar, walaupun aku rasa dah banyak bubuh garam.Ntah la, selalu kalau aku masak, member2 cakap selalu masin, tapi hari ni tawar, setawar hati yang rindu sesuatu.Aku agak tension kebelakangan ni, tidak tahu mengapa.Kadang-kadang , sampai berdenyut kepala.

Ketika sedang menjamah nasi dan lauk yang tawar(dah malas nak tambah garam lagi) , tiba2 satu mesej ym bertanya padaku, agar boleh ke jumpa di masjid??..terus sahaja aku setuju..cepat-cepat aku menghabiskan sesuap dua nasi, dan terus basuh tangan..Nasi aku simpan balik dari terus dijamah, ada lagi separuh!..takpe, balik nanti aku sambung balik..

Aku sampai di masjid jam 500ptg,sambil menunggu rafeeq, aku membaca sedikit buku yang ada.Kemudian, ketika aku berenti membaca, seorang pemuda datang mendekatiku (orang rusia).

"kamu pandai baca quran??"
'Insyaallah,saya boleh baca'
"boleh kamu semak bacaan saya??"
'insyaallah'

Pemuda tu pun membuka alquran, dan membaca surah yasin,aku sekadar memerhati bacaan dan menegur serba sedikit apa yang silap.Dalam masa yang sama aku bermonolog sendirian, betapa mudahnya pemuda ni mempercayai saudaranya, sifat tidak malu untuk mendapatkan ilmu sangat membuka mata hatiku.Aku muda hampir 15 tahun darinya (berdasarkan rupa parasnya).Dalam masa aku mendengar bacaan pemuda ni, azan isya' dikumandangkan dan terus kami menuju ke saf untuk solat berjemaah.

Selepas iqamah dikumandangkan, imam melihat2 saf-saf dan menegur barisan saf agar meluruskan saf biar sama tumit dan bahu dilaga.Memang respon dari jemaah terus secara spontan.Bahu kami saling berganding dan tumit kami disamakan.Aku yang berada ditengah2 saf itu, merasa sangat dihargai,sikap yang ditunjukkan oleh masyarakat muslim disini terhadap kesempurnaan saf sangat2 menyebabkan aku sejuk hati.Bila mengenang kembali saf2 di kebanyakan masjid di Malaysia,jarak antara sebelah pun boleh diletakkan seorang budak kecil.Sungguh luas, kalau berada di saf2 belakang...tapi di sini, dari saf pertama sehingga ke belakang sekali, tiadanya jarak memisahkan antara bahu dan tumit.Bila aku berada dalam suasana begini, entah dari mana datang semangat dari dalam hatiku.

Selepas solat, aku merasakan kepuasan solat berjemaah.perasaan yang membuatkan aku rasa sudah tahu, dari mana datangnya tekanan dan tensen selama ini.Perasaan kebersamaan dalam berjemaah.Selepas solat, aku duduk bersandar di dinding,melihat-lihat keadaan sekeliling masjid,ada satu sudut usrah, satu sudut 4-5 orang budak-budak kecil sedang membaca quran ,dan di belakang, beberapa orang pakcik sedang berborak2...Tapi, yang aku perasan selama ni, bahawa, masjid ni dikunjungi oleh golongan pemuda-pemuda.Golongan di bawah 40-an, pakcik lebih dari 40 ada, tapi kurang.

Inilah salah satu kunci yang menaikkan semangat aku di sini dan kerinduan aku untuk hadir ke masjid ni.walaupun di hostel ada surau,tapi yang datang tiada variasi, semua pelajar.Kebersamaan dalam solat berjemaah hasil dari menjaga saf dan pemuda-pemuda yang membanjiri masjid.Ini membuatkan aku terus bersemangat, masih tahu, bahawa ada pemuda-pemuda yang memegang Islam dengan genggaman yang kuat,

Kemudian, rafeeq seorang sahabat yang sangat memahami, berlainan university dariku, hampir sebulan aku tidak berborak dengan dia, menghampiriku.Kami berpeluk dan terus memulakan perbualan, bertanya kabar ,kesihatan, kehidupan masing2..Kami berbual-bual semua yang boleh diborakkan...Semua yang terbuku, aku luahkan.Lega...

Percutian aku dimulakan dengan penuh manfaat.walaupun hanya sempat baca sket hari ni, tapi pengisian hari ini, sangat berguna padaku.Aku harap semangat ini akan terus kekal sehingga sekurang-kurangnya sehingga habis exam anatomy...on da way ke nizhninovgorad tahun lepas : rafeeq

Sabtu, 29 Desember 2007

Setahun setengah berlalu

Cuti tahun baru baru bermula.seminggu lebih bercuti.Tapi cuti ni bukan masa untuk berehat, tapi bermulanya demam meja bagi aku.Wah, banyaknya kene baca.Selepas cuti , akan ada final exam untuk anatomy dan histology.Dua subjek yang menarik.Satu cerita pasal struktur badan dan satu lagi cerita pasal bentuk sel dalam badan.Pengajian selama setahun setengah perlu disegarkan semula untuk final exam ni..Masih segar, kelas pertama anatomy,setahun setengah yang lalu....

"Dr.Mohammad Syazwan..." seru Prof. Kulikov,Pensyarah Anatomy ketika menyemak kehadiran.
"Yes,I'm Sir" aku menjawab.

Wahh, teruja aku.Kelas pertama , yang masa tu, tak belajar apa-apa lagi, tapi gelaran Dr. sudah dipanggil.Satu penghargaan yang sangat besar bagi aku.Impression pertama aku pada pelajaran ni , bukan kerana pelajaran sendiri, tai disebabkan penghargaan yang diberikan oleh Professor.Walaupun beliau tahu, kami belum lagi belajar apa-apa, tapi beliau sudah mengiktiraf kami sebagai Dr. Satu benda kecil rasanya, tapi penghargaan sebegini sangat memberi impak pada sesiapa sahaja(pada pandangan aku),dan pensyarah-pensyarah untuk subjek lain, panggil nama je.Sebab tu rasa cam semangat semacam je masa tu..

Itu salah satu sifat mulia yang aku fikir. Memanggil manusia dengan gelaran yang terbaik bagi golongan tersebut.Tidak kira siapa dia, tetapi panggilan terbaik digunakan untuk menunjukkan kita menghargai mereka dalam hirarki masyarakat.Cuma untuk aku, panggilan doktor pada diriku hanya di hospital, bila berhadaan masyarakat , aku masih syazwan, kalau boleh tidak mahu panggilan tersebut dibawa keluar. Aku lebih suka bergaul dengan namaku berbannding berpangkat2, kerana ia akan meletakkan jurang antara diriku dengan mereka, dan ini akan menyusahkan / melecehkan pergaulan.

Start hari tu, aku betul-betul bersemangat untuk belajar anatomy, lebih-lebih lagi setelah tahu, yang Professor sudah hampir 3 tahun tidak mengambil anak murid, dan tahun lepas, kami menjadi antara golongan yang beruntung kerana menjadi anak muridnya. Head department untuk anatomy. Apa yang aku tahu pasal beliau, seorang neurosurgeon.Itu je, dan dia ada anak murid di Jerman , juga antara salah seorang yang mengetuai sepasukan pakar neuro di salah sebuah university di Jerman.
Dari depan : professor Kulikov V.V
gambar kat dinding belakang :
Nikolay Ivanovich Pirogov (Russian scientist doctor , pedagogue)


Itu cerita pasal Professor aku, tapi, aku sekarang, perlu memerah otak sepanjang cuti ni, untuk cuba menghabiskan beberapa buah buku untuk anatomy, hampir 8 buah..Aku tak tahu sempat atau tidak untuk dihabiskan dalam masa kurang 4minggu..

Histology pula hanya 2 buah buku.Mata pelajaran yang menarik, cuma tiada cerita yang menarik untuk dikongsi..huhuuu...

Moga-moga cuti kali ni aku dapat manfaatkan masa sebaiknya..Perlu untuk aku dapat keputusan yang terbaik untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai..Doakan ye..
5 buku dihadapan : perlu dibaca
3 buku ditengah : perlu diteliti
3 dibelakang : perlu dirujuk


dua-dua kene baca...

Kamis, 27 Desember 2007

Kecil-kecil cili padi

Kadang-kadang, selalu sangat ambil mudah benda-benda kecil.Hampir selalu juga, dulu-dulu, terlepas pandang pada benda kecil-kecil ni.Ambil mudah, ambil ringan, kurang bersungguh bila sebut pasal benda-benda kecil.Alhamdulillah , skang, sifat ni cuba untuk dikurangkan.

Satu hari terfikir, yang benda kecil ni sebenarnya besar.Cuma terlepas pandang sahaja.Paku sebiji atas jalan boleh menyebabkan berpuluh kemalangan, duri-duri di jalanan, jika tidak dibuang, akan menyebabkan orang terluka.Tidak cukup sepuluh sen di sebuah pasar raya menyebabkan tidak boleh untuk membeli barang.Itulah, benda-benda kecil, tapi memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan.

Bagi aku, yang benda-benda kecil macam ni lah yang punya keberkatan.Dua tiga butir nasi tertinggal dalam pinggan,elok dihabiskan,kerana tidak tahu beras mana punya keberkatan.Memulakan pekerjaan dengan tangan@kaki kanan, kerana sunnah Nabi penuh keberkatan.Lampu di bilik, yang bayar bil setahun sekali, penggunaan unlimited, tapi buka apa yang perlu sahaja, bagiku punya keberkatan.

Begitulah antara perkara-perkara kecil dan mudah, tapi selalu terlepas pandang.Bagiku, benda2 kecil beginilah yang penuh keberkatan dan antara punca ketenangan hati.Kerana, tanpa keberkatan,hidup tidak tenang.Kerana nyamuk yang kecil lebih banyak membunuh berbanding harimau yang besar, tapi yang mati kerana harimau sangat sedikit.Begitulah contoh, kecilnya benda jangan disangka tidak boleh memberi impak yang besar.

Bagi aku begitulah dalam kehidupan,dengan benda kecil dan simple ni lah, masa untuk kita ambil dan rebut peluang untuk peroleh keberkatan.Banyak lagi contoh-contoh yang boleh diambil,cuma atas masing-masing bagaimana berfikir.Aku sekadar begitu.Tidak reti untuk mengajar , cuma mahu berkongsi apa yang dirasa baik.Suka bercerita, tapi jarang ada orang yang punya masa untuk aku berborak,semua busy dengan buku.Jadi disini je la aku meluahkan segalanya yang dirasa baik.

Sabtu, 22 Desember 2007

Nasihat Abah

Abah,mama dan along (gambar di jenjarom)




Aku tak tahu , kenapa hari ni semacam ada apa-apa.Dari pagi, kepalaku ligat memikirkan kembali pesanan serta nasihat-nasihat abah tentang kehidupan.Paling banyak abah titik beratkan, tentang keberkatan.Sedari kecil, aku tidak nampak kenapa soal keberkatan ni, paling dititikberatkan, tapi kehidupan di bumi Rusia ini, membuka mataku tentang soal keberkatan.Mungkin setiap orang, punyai fikiran tersendiri tentang keberkatan,tapi diriku banyak dipengaruhi oleh cara abah didikku tentang soal keberkatan.

"Bang cik nak pergi mana tu?" abah menegurku melihat aku bersiap mahu keluar.
'beli nasi goreng'
"nak beli kat mana?"
'kedai mamak kot'
"ni kedai sekian2 tu sedap,beli la kat kedai tu" tegur ayahku bila mendengar aku jawapanku.

Aku rasa sedikit pelik dengan saranan abah.Kenapa la suh beli kedai lain,tapi aku hanya menuruti sahaja.Memang selepas beli, ada rasa kepuasan.

"abah, nak gunting rambut la.Kat mane ek yang dekat boleh gunting?"
'jom ikut abah pergi seksyen 17.ade muslim bukak kedai kat situ'
"ala, dekat ngan giant ni takde ke kedai gunting rambut"
'bukan orang Islam tu'
"ala,sama je .jauh la seksyen 17 tu.dekat ni ade,nak pegi jauh2 buat ape?"
'jauh sikit je, tolong orang Islam sendiri.'
"ohh..jom."

'Bang cik,belikan air untuk mama sket, hausla' pinta mama padaku ketika aku sampai digerainya.
"air apa?"
'beli la apa2.air teh ke,nescafe ke,ikut bangcik nak beli apa'
"okes,siap.tunggu jap"
""nak beli kat mana bangcik??""abah menegur.
'kedai hujung tu'
"tak payah la, pergi je kedai ni, kedai tu, sembahyang bang ke mana , apa kemana, yang ni, selalu ke masjid, pergi yang ni elok lagi"

begitulah antara dialog2 aku dengan mama dan abah.Persoalan membeli apa-apa sahaja, banyak dititik beratkan dimana dan dari siapa belian itu.

Abah didik, beli barang biar lihat keberkatan, jangan main sarung je semua benda halal.Halal tak semesti berkat, tapi berkat semestinya halal.

Abah kata, kalau bertembung nak beli barang antara beli kedai muslim dan kedai non-muslim, dahulukan kedai muslim, walaupun mahal sedikit.Sebab walaupun mahal, dari keuntungan tu, orang Islam tu akan keluarkan zakat, jadi dalam masa yang sama kita juga membantu dalam membina masyarakat.kalau ke kedai non-muslim, hampir kesemua keuntungan itu, pusing dalam keluarga peniaga sahaja, tiada sumbangan ke atas masyarakat.

Abah juga selalu pesan,kalau beli barang bertembung antara sesama kedai muslim, belilah pada kedai yang kita tahu susur galur agamanya.Kalau orang itu jaga solat seharian dia, maka utamakan beli barangan di kedai tersebut berbanding kedai yang tuan punya kedainya tidak tahu menjaga solat seharian.Berkat katanya.

Abah juga selalu sangat, kalau nak nasihat aku, selalunya dia takkan bagi depan-depan keluarga.Ada perkara dia akan cakap terus terang, tapi selalunya dia akan panaskan enjin kereta dan ajak aku menemaninya kemana sahaja yang perlu pergi.Kadang-kadang , ke kedai untuk membeli barangan dapur akan diajak aku menemaninya, dan aku tahu ade benda yang mahu dinasihatkan padaku.

Selalu jugak, kalau abah cakap dalam kereta, aku jarang tengok direct muka abah.Tapi selalu dengar dan tengok cermin kereta,dari cermin kereta tulah aku tengok muka abah memberi nasihat.Selalu tak banyak, tapi sikit-sikit je.dan kalau dia nasihat, dia tak suka memberi hukum, tapi dia akan cerita kisah-kisah yang menjadi tauladan, dan dari kisah-kisah tu, dia suruh aku fikir sendiri apa yang perlu dibuat.
Adik


Ntahla hari ni, dari pagi, asyik teringat pesan abah je.Paling banyak berkisar tentang perbelanjaan seharian.Semuanya dikaitkan dengan isu "keberkatan".Dia suh, sebelum beli , fikir apa faedah bagi kedua-dua pihak dengan pembelian kita.Kalau macam Mcdonald, Kfc, ashan , Carrefour , Nestle dan lain2 syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi atau Amerika , dia cakap dia tak masuk.Walaupun barangan dari syarikat-syarikat ni murah, tapi natijah dari pembelian kita itu, akan disumbang semula untuk kemusnahan ummah kita kembali.Jadi , kebaikan bagi kita hanya dapat barang tapi dalam masa yang sama kemusnahan masa panjang untuk kita juga.jadi tiada keberkatan dalam membeli barang-barang di syarikat-syarikat ni.

Macam beli barang-barang makanan, abah sangat memilih makanan.Keberkatan itu juga yang dicari.Jika mahal hanya sekadar seringgit dua, dia tidak berkira sangat , asalkan nampak sinar berkat itu, maka dibeli barangan tersebut.


Bab keberkatan ni, mungkin sebilangan orang, punya pendapat sendiri, aku pun nampak isu ni dengan jelas pun selepas sampai ke bumi rusia ni.Masa dulu-dulu, hanya mengikut telunjuk abah sahaja.Pilihan sendiri jarang.Tapi kini, aku tahu bagaimana memilih barangan dengan melihat isu keberkatan ni dihadapan.Bagi aku, dengan keberkatanlah hati akan tenang, jiwa mudah mendapat kebaikan jika apa yang dimiliki, adalah pemilikan yang ada keberkatan.
Aku nampak isu keberkatan ni pun , setelah faham isu halal haram.Dalam Halal pun , ada juga benda yang perlu dipertimbangkan.

Macam maggi, beli benda tu murah, cepat masak tapi tidak kenyang.Tambahan pula, banyak kandungan-kandungan yang digunakan akan menimbulkan kesan jika diambil dalam kuantiti yang banyak.Jadi, kebaikan yang dapat hanya sedikit.Dalam masa yang sama "kekurangan" juga kita dapat.Maknanya benda tu halal, tapi kurang kebaikan.Bila kurang kebaikan, aku letakkan istilah kurang berkat.

Mungkin lain orang, lain cara berfikir.Aku pun sekadar mahu berkongsi sahaja apa yang aku fikir.kalau baik,kita ambil pengajaran bersama.
Angah dengan puteri(sepupu)

"Halal tak semesti barakah, tetapi jika barakah semestinya halal"

Jumat, 21 Desember 2007

Duka dalam gembira

Semasa sibuk kami mengambil gambar,yang ketika itu kami baru lepas keluar dari restoran masjid, aku merasa tertarik pada satu sudut,beberapa orang sedang melapah daging korban.Cukup simple aku tengok diorang buat kerja.Dalam masa aku merenung kerja2 mereka, aku menghampiri seorang makcik dalam lingkungan 40-lebih yang merupakan salah seorang tuan kedai di dalam kawasan masjid.

Aku memulakan bicara,

"assalamualaikum"
'waalaikumussalam. dari mana'
"Malaysia.nak tanya makcik sket, boleh ke kami ambil daging korban ni sikit?"
'hmm..tak tahu la nak,cuba tanya imam masjid,naik tingkat atas,rasanya boleh sebab kamu student'
"owh,..ok,"
'mereka juga dari Malaysia kan?', sambil menunjukkan pada dua orang muslimah yang turut serta bersama kami untuk solat raya di masjid.
"haah"
'Masyaallah, cantik sungguh mereka dengan 'hijab' yang dipakai.Jarang di sini kami boleh melihat muslimah memakai tudung sedemikian'

Dalam masa yang sama,aku berpaling pada dua orang yang dimaksudkan oleh makcik ni,hati aku tersenyum sendirian.

Aku sedar,selepas beberapa tahun di bumi Rusia, aku mendapat tahu, kehidupan orang-orang Islam di sini ditekan.Untuk melaksanakan perintah agama sangat-sangat ditekan.Setahu aku, pelajar-pelajar perempuan di sini, memang dilarang mengenakan pakaian yang bermotifkan agama terutama 'tudung'.

Untuk pelajar-pelajar dari luar negara (international students) , tiada larangan sedemikian yang dikenakan.Tetapi untuk rakyat rusia sendiri,ianya sangat dilarang.Sebab itu, yang aku tahu, ramai orang-orang Islam di sini akan memberhentikan persekolahan anak-anak perempuan mereka bila mereka boleh masuk ke sekolah menengah.Itulah jalan terbaik yang diambil oleh mereka dalam menjaga agama yang dianuti.Di universiti aku, aku perasan yang ada beberapa muslimah yang mengenakan hijab yang sempurna,sungguh sejuk hati memandang.

Yang pasti,mereka bukan rakyat Rusia.Aku merasa simpati.Tiba-tiba datang rasa sayu.Datang perasaan berharganya Islam yang dipegang.Betapa mahalnya harga yang patut dibayar untuk 'Islam' yang ingin dijunjung.

Selama 3tahun ni juga, aku diberitahu oleh pakcik-pakcik dan kenalan-kenalan aku di masjid ini yang anak-anak perempuan komuniti muslim di sini, sangat-sangat dijaga oleh keluarga mereka.Hampir jarang aku melihat perempuan muslimah yang berjalan-jalan tanpa ada mahram disisi.Kalau adapun, makcik-makcik yang selalu berada dikawasan masjid.Anak-anak gadis muslim,hampir tiada yang berpeleseran,semuanya dijaga bak mutiara di dasar lautan dalam...

Hari raya di Masjid Sejarah (историческая мечеть)

Hari ni aku berhari raya di masjid.Aku bertolak sebelum subuh,dalam pukul 7 pagi.Aku ingatkan aku antara paling awal tiba dimasjid, tetapi sedar2 apabila kami sampai jam 745pg, masjid sudah penuh,sesak.Kami hanya mendapat tempat di pintu masjid.Tidak berjaya masuk ke dalam ruang utama.Banyak benda baru aku dapat hari ni.memang best. Banyak cerita-cerita menarik yang ingin dikongsi.Tapi esok aku ade ujian kecil, jadi tak boleh menaip panjang.Ini gambar-gambar kami di masjid pagi tadi.
Dari kiri : hadi , aku
Dari kiri: hadi , aku , imran
Dari kiri : aku , syazli dan imran

Rabu, 19 Desember 2007

Selamat Hari Raya 'Idul Adha


Selamat menyambut hari lebaran buat semua yang sedang membaca entry ni.Hari raya untuk bergembira,setahun 2 kali raya Allah bagi kita bergembira.Gembira kerana kita diberikan nikmat Iman dalam masa yang sama dikekalkan Islam dalam diri kita.

Kesedihan masa hari raya elok diketepikan.Sedih kerana berjauhan dengan keluarga, itulah harga sebuah perjuangan hidup, sedih kerana teringatkan amalan kerana masih dibawah kaki bukit, eloklah ditingkatkan dalam masa kita masih tersedar ini.Sedih kerana macam-macam ujian yang menimpa diri, itulah harga untuk "tiada Tuhan selain ALLAH'.

Maka kita disuruh bergembira kerana masih dibekalkan kesedaran untuk melalui semua cabaran hidup ,dalam masa yang sama merenung peristiwa pengorbanan yang diberikan oleh Nabi Ismail terhadapa perintah Allah. Pengorbanan....Mari kita renung-renungkan..

Minggu, 16 Desember 2007

Guli , Bola dan Bumi

dari kiri : hadiey , aku , zufar


Malam tadi aku main bola.Macam biasa,sebagai penjaga gol,banyak yang perlu diambil perhatian.Menyuruh semua pemain-pemain agar berwaspada dengan pihak lawan merupakan satu keutamaan bagi seorang penjaga gol yang merupakan benteng terakhir bagi sesebuah pasukan.
Alhamdulillah,kami menang malam tadi. 2-1 ..lawan team bekas roomate aku, Hadiey. Walaupun kami menang malam tadi, tapi aku tercedera sedikit, di siku.Berdarah .Berlaku masa aku cuba menyelamatkan bola dari masuk gol dan akibatnya, tangan aku terseret dan terus berdarah.Tapi, alhamdulillah, bola berjaya ditepis.

Saje je ubah tajuk dari kebiasaan. Bila tengok permainan bola ni, dia banyak mengajar erti perjuangan. Dalam permainan ni, strategi, kesefahaman antara pemain, dan hampir keseluruhan permainan bola ni dia adalah permainan berpasukan.Jadi kemenangan untuk sesebuah pasukan banyak bergantung pada gerak kerja bersama.Pergantungan pada individu untuk meraih kemenangan , agak tipis berbanding jika bekerjasama.

Jadi, cam sama gak dengan dakwah.Tidak beza sangat.Perlukan strategi untuk mengoptimumkan kejayaan gerak kerja.Skil dari seseorang individu, kurang berhasil sangat.Berbanding berjamaah.Semuanya kene mantap, tidak boleh dibuat ala kadar.Kalau kurang berhati-hati sket, mudah sahaja dibolosi.

Aku teringat kata-kata dari pepatah rusia " satu kepala baik , tapi dua kepala terlebih baik."
Maybe entry akan datang nak cerita sket pasal "kenapa orang rusia bangga sangat dengan bangsa mereka"...dengan kata lain, sifat patriotik mereka tinggi, ataupun kenapa mereka menghargai ilmu pengetahuan...semua hanya satu sahaja jawapan..Insyaallah, nanti saya tulis..Inipun hanya sekadar pemerhatian saya sepanjang tiga tahun di bumi bekas Soviet ni.Saja, mahu berkongsi semua kebaikan yang ada di negara ni.Keburukan, elok disimpankan.

Selasa, 11 Desember 2007

Tayar bersama rim


Dua hari lepas, hari sabtu petang , seperti kebiasaan ,kami akan mengadakan bulatan atau lebih kepada perkongsian rasa.Hampir setiap minggu kami di sini akan mengadakan program bulatan ini.Berkongsi perasaan terhadap agama yang dianuti.Banyak juga input yang membuka mata hatiku bila masuk bulatan ni.Apa yang menarik bagi aku untuk hadir ke bulatan ni, adalah, kehadiran ahlinya.Hampir setiap minggu, pasti aku nampak muka yang berlainan, dan ini membuatkan aku semakin gembira untuk hadir ke bulatan ni.

Apa yang membuka hatiku adalah pengisian yang diberikan oleh salah seorang sahabatku.Kami dalam bulatan ni tidaklah terlalu arif terhadap ilmu agama, tetapi kefahaman kami terhadap agama ini membuatkan kami suka berkongsi rasa.Salah seorang sahabat dia membuka majlis bulatan ni dengan ayat dari surah al-baqarah ayat 120.."demi tidak akan redha Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti mereka"..

Bagi aku ayat ni jelas.Cuma penafsiran dia yang membuka hatiku terhadap apa yang dimaksudkan.Dan bulatan pada minggu ni banyak respon-respon yang mencelikkan mata.

"ayat ni jelas menyebut yang dua kelompok ni memang takkan berhenti kerja sehingga kita ikut apa yang mereka buat"
-'macam mane tu?terang sket'. seorang member menyampuk.
"ala,ambil contoh tv je,mudah, bukak je tv,kita tengok pengisian yang diberi, hiburan semata.Yang berbentuk ilmiah,tiada sangat.Kalau ada pun dibuat diisikan pada bukan waktu perdana.Jadi,keseluruhannya,mengajak kita pada hiburan semata."

Semua diam.Aku pening jugak dengan penjelasan ni, tak nampak sangat apa kaitan dua kelompok yang disebut dengan hiburan.Dan aku diam bukan kerana faham,tapi tak tahu nak cakap apa.Tak faham.

"Aku rasa kan, macam ni kot..." seorang dari kami bersuara memecah keheningan di waktu tu.
"Dua puak ni, seperti Yahudi, mereka ni putar belit apa yang ada dalam taurat agar ikut telunjuk nafsu mereka,dengan kata lain, diorang tak ikut apa dalam taurat yang asal."
"Nasrani pun lebih kurang begitu,sama"
"jadi,mereka ni tahu atas kesalahan yang mereka lakukan ni, akan menjerumuskan mereka ke lembah neraka.Jadi, diorang tak nak juga umat Islam ikut agama yang diturunkan pada mereka.Mereka nak orang Islam ni sama macam mereka.Jadi, diorang berusaha sungguh-sungguh agar umat Islam jauh dari Quran dan sunnah"

Ramai mengangguk.Aku pun ikut serta dalam anggukan tersebut.Baru nampak.'Aha sindrom' kembali.

"Kenapa penting sangat Quran ni??..." suatu suara mengutarakan soalan.
'Hmm..kita cuba ambil contoh mudah.Ada satu kilang ni,kerja dia adalah menghasilkan tayar.Dan syarat tayar ni, nak berfungsi kene ada rim yang sama saiz.Jadi , dia dalam masa yang sama akan buat rim yang betul-betul boleh muat dengan tayar tersebut.Kalau besar sket je,atau kecik sket, memang tak boleh pakai.Jadi dia buat yang betul-betul ngam dengan tayar tu.Macam tu la Quran dengan kita,semua apa yang ada dalam Quran ni, betul-betul ngam dengan diri kita.Takde lebih, tak kurang.Lengkap."

Sahabat ni senyap seketika,mengambil nafas sambil meneruskan perbualan tadi,

"Atau kita ambil contoh lain, macam kilang buat kipas ke, kereta ke,atau apa-apa la barang sekalipun.Setiap barang yang dikeluarkan tu, mesti akan disertakan dengan manualnya sekali kan>??.."

Semua mengangguk.

"haa,macam tu la jugak kita ni, kalau manual kereta tunjuk macam mana nak guna kereta tu sebaik mungkin,bila nak tukar minyak hitamnya, macam mana nak bagi bergerak,bila kena servis dan semua skali la pasal kereta tu.Kita ni pun benda ciptaan sebagaimana kereta tadi, dan kita tak tahu macam mana nak guna diri kita semaksimum mungkin kan??..Disinilah peranan quran dalam memberi telunjuk pada kita macam mana kita nak guna diri kita.Semua ada, macam mana nak tenangkan jiwa, camne nak berjaya, camne nak guna akal,secara keseluruhannya memang complete lah apa yang perlu kita tahu pasal diri kita"..

Oowh,macam tu..aku mengangguk tanda setuju.

"Dan benda-benda dah lengkap lawa ni kita tak leh nak adjust tak tentu pasal.Macam kereta mercedes la, masa dikeluarkan tu, memang lengkap semua sekali..tapi bila dapat kat tangan kita, kita cuba ubah.Tambah sayap la, tukar enjin la dan apa-apa lagi la..Apa perasaan kita bila tengok orang buat camtu??...kita mesti cakap dia ni tak betul kan??..sebab benda dah elok nak pegi adjust tak tentu pasal.."

Majoriti menyahut.."hmm"...tapi ada gak yang cakap , "lawa apa"..dalam nada gurauan,..
ketawa kami menyerikan lagi perbincangan kami..

"macam tu jugak la Quran ni, dia dah sempurna,kita tak payah nak tambah-tambah dah apa yang ada dalam tu.Guna je.Confirm selamat.tapi skang ni, punca semua gejala yang berlaku,sebab kita pandai-pandai tokok tambah apa yang ada dalam quran.Sebab tu masyarakat kita rosak.Nak betulkan balik, kene buang apa yang ditambah tu."

Semua berfikir sejenak apa yang dikatakan sahabat ni.Idea dia hari tu , banyak membuka atau mencerahkan hati aku terhadap apa yang berlaku pada masyarakat kita umat Islam.Terlalu banyak mahu dikatakan,tapi dia mula menyambung kembali...

"korang rasa kan,apa guru terbaik dalam kehidupan kita ni??...misalkata kalau masa kita SPM dulu, apa kita buat??..."

'tanya cikgu' seorang menjawab.
"Tanya senior-senior yang lepas" seorang mencelah..

"Maksud korang ni, kenapa kita tanya senior-senior??...kerana mereka ada PENGALAMAN kan??..Pengalaman/sejarah mengajar kita untuk dijadikan panduan bagaimana nak hadapi sesuatu perkara kan??..setuju tak??.."

'Hmm..betul' dan yang lain ikut mengangguk..

"Begitu jugalah dengan Quran.Dalam Quran penuh dengan cerita-cerita umat terdahulu,pengalaman-pengalaman bangsa-bangsa terdahulu, kisah-kisah ...Untuk apa??..Sebab kisah-kisah pengalaman ni membantu kita bagaimana mahu mengahadapi kehidupan ni..Sebab tu lebih hampir kepada 1/3 Quran berkisar pada cerita-cerita umat terdahulu agar menjadi panduan kepada kita dan tidak mengulangi lagi kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh mereka.."

aduhai..indah betul perumpamaan-perumpamaan yang diberi..Betul-betul membuka mata,pencerahan jiwa.Selama ni tak banyak sangat aku ambil pusing tentang kenapa banyak sangat cerita-cerita dalam Quran.tapi hari tu, baru faham kenapa.Best tul..
Dalam pada tu, suasana kembali tenang atau sunyi..semua diam seribu bahasa..Mungkin memikirkan apa yang telah dibualkan tadi,mungkin kerana kekurangan idea mahu disumbang,dan banyak kemungkinan yang boleh diberi ketika itu terhadap sunyinya ketika tu..

"Jadi , elok rasanya kalau kita simpulkan terus pasal apa yang kita bincangkan hari ni." seorang memberi idea.
'ala,baru je nak sumbang idea, dah nak simpulkan.' ketawa semua yang hadir kerana gurauan yang dibuat sebab semua perasaan yang member ni dari awal tadi senyap.Rupa-rupanya ini yang ditunggu-bersurai..
"ha,sorang boleh tolong simpulkan apa yang kita setuju hari ni??..."

"Aku rasa kan,macam ni kot,sekarang ni kita cuba kembali pada Quran.try hayati apa yang ada dalam Quran..kalau tiap-tiap hari kita baca Quran,satu muka ke, dua ke, sepuluh muka ke, sejuzu ke,atau berapa banyak pun kita baca , tapi sekurang-kurangnya kita ambil tiga ayat dari banyak-banyak yang kita baca tu, kita tengok terjemahan dan cuba hayati apa yang mahu disampaikan kepada kita.Sebab takde cara lain dah kita nak perbetulkan masyarakat kita selain dari kita dulu yang memulakannya dengan diri kita sendiri.Kalau kita boleh berubah, insyaallah, masyarakat akan menyusul kemudian." Seorang member mengakhiri perbincangan pada petang tersebut.

majlis bulatan pada tahun lepas


Fuhhh..lega betul, walaupun hari tu cerita pasal benda simple, tapi betul-betul membuka minda.Selama ni tak la ambil peduli sangat dengan apa yang dibuat yahudi and nasrani, tapi perbincangan tu betul-betul buka mata, yang jauhnya kita dari Islam kerana JAUHnya kita dari Quran.Dan Jauhnya Kita dari Quran kerana KEjayaAN Yahudi dan Nasrani dengan perancangan mereka dan Ketidak pekaan kita terhadap rancangan mereka menjauhkan kita dari sumber asal kita.

Minggu, 09 Desember 2007

Bunga yang tidak kembang....





Selepas makan,aku terus meninggalkan restoran dan masuk ke dalam ruang utama masjid.Secara kasarnya,masjid ini mempunyai lima kedai,satu restoran,satu kedai daging, dan satu kedai roti,satu kedai beraneka dan satu kedai ilmiah(buku,cd,quran,tasbih,khuf dan lain2).Semuanya berada dalam satu halaman yang sama.Jadi,secara keseluruhannya,masjid ini merupakan tempat berhimpun masyarakat muslim ,dan ada lagi 4buah masjid di sekitar moscow.Masjid yang paling besar di moscow kalau tak silap aku berada di отродное,utara Moscow.Di sana merupakan pusat tarbiyah,ada sekolah,ruang utama masjid,kedai daging , restoran dan ,aku tak ingat dah apa ada lagi.Memang besar.

Kembali pada cerita asal,aku masuk tu , isya' sudah didirikan,mujur aku tidak masbuq.terlewat fatihah sahaja.Alhamdulillah,makan tidak melekakan aku.Selesai solat , aku bersandar di dinding masjid.Melihat-lihat aktiviti yang dijalankan oleh jamaah-jamaah yang hadir.Ada satu kelompok di hujung penjuru masjid sedang mengadakan perbincangan agama,ada yang tidur,ada yang sedang melepaskan lelah mungkin keletihan satu hari bekerja,ada yang membaca quran dan pelbagai ragam yang boleh dilihat.Aku hanya duduk memerhati dari sudut yang aku boleh capai.Tidak buat apa-apa2.Hanya niat iktikaf sahaja.Sambil berfikir bagaimana mahu improve bahasa rusia aku yang sudah agak jem.Dalam masa aku berfikir itulah, datang seorang pakcik yang agak berumur menghampiri aku.

"Ассаляму ‘алейкум" (assalamualaikum)
алейкумyccalaм' (waalaikumussalam)
как дела? (apa khabar?)
алхамдулиллах (alhamdulillah)
как учеба (macam mana belajar?)
хмм..все нормально.алхамдулиллах. (hmm..semuanya biasa.alhamdulillah)

Diam seribu bahasa.Pakcik ni memang baik.Suka datang tegur aku kalau nampak aku tidak buat apa-apa dalam masjid.Nama dia Said Muhammad.Kalau tak silap,dia berasal dari Chechen.Anak-anaknya semuanya berjaya sebagai doktor,dan semuanya pakar-pakar.Aku tak berapa ingat berapa orang anak-anaknya,tapi hampir dalam 5orang.

Aku masih lagi diam seribu bahasa.Memerhati wajah tua pakcik ini, dalam lingkungan 50-60 lebih.Berseri dan tenang.Senyuman jarang tiada di wajah pakcik ni selama aku kenal dia.

"слушай меня."(dengarkan apa saya nak cakap).. pak Said lembut memulakan bicara.
'да'. (ya) ..aku mula mengambil perhatian apa yang mahu dikatakannya.Selalunya dia akan memberi nasihat-nasihat yang menyejukkan hati.
Pak Said masih memerhatikan aku,melihat di tanganku sedang memegang quran,terus dia berkata.
"Anak,peganglah quran.Amalkan apa yang ada dalam quran dan sunnah." lembut Pak Said menutur bicara.
"Jangan jemu baca quran,kita , kalau umat Islam apa yang ada memahami dan mengamalkan apa yang ada dalam quran dan sunnah, pasti akan selesai semua masalah yang melanda dunia.Masa sekarang ni, kebanyakan masalah yang melanda umat Islam dan dunia amnya kerana kita tak memegang/memahami apa yang ada dalam quran dan sunnah."
Pak Said diam seketika.
"Bila quran tiada dalam hati kita,dalam kehidupan kita,menyebabkan hati kita kosong,tidak tahu mahu diisi dengan apa.Dengan kosongnya hati ni lah,menyebabkan syaitan masuk mengisi ruang ini,dan dengan mudah dia kawal umat Islam."
Aduh,seperti ada sesuatu yang menusuk hati ni.Aku tidak tahu mahu memberikan apa respon pada Pak Said terhadap apa yang dikatakannya.Selalu,nasihat-nasihat seperti ini, membuatkan aku berfikir sejenak.Memikir dan berfikir.
'Insyaallah'. itu sahaja kata-kata yang mampu kulafazkan tatkala melihat Pak Said menunggu respon dariku.

Hatiku tenang bila mendengar kata-kata Pak Said.Umpama mendengar semula nasihat-nasihat abah yang selalu menegurku apa sahaja yang dirasakan baik untuk anaknya.Aku merasa sungguh bertuah kerana ,alhamdulillah, walaupun tidak selalu aku ke masjid ini,tapi aku berjaya melaksanakan apa yang ayah nasihat aku sebelum aku berangkat terbang ke bumi rusia ini.
"Bang cik,jangan jauh dari jamaah,komuniti masjid dan masjid.Cari masjid.Kita kena kuat dengan jemaah,biar tak rasa seorang." Nasihat abah kepadaku.

Sambung semula dengan Pak Said.Selepas menasihatiku,dia tersenyum.Adui,indahnya wajah pakcik ni.Tenang dan berseri.Sesiapa yang melihat , aku rasa mereka pun akan terasa ketenangan.Ingat lagi pada pertemuan pertama dengan Pak Said pada tahun lepas.Ketika itu , aku dan rafeeq sedang duduk-duduk berbual tentang kehidupan masing-masing.

"Alhamdulillah,masih ada orang-orang muda yang hadir ke masjid.Teruskan istiqamah dengan masjid.Jangan leka dengan dunia.Yang penting,kamu anak-anak muda,jaga quran.Jangan berhenti baca.Jangan jemu dengan quran.Sebab umat Islam ni seperti bunga yang tertutup.(aku tak ingat nak terang keadaan bunga yang tak berkembang).Bunga bila kita siram hari-hari,dia lama-lama akan kembang, dan bila dia kembang betul, kita akan melihat keindahan bunga tu."

"begitu juga hati kita dan diri kita,kalau tiap-tiap hari kita siram hati kita dengan nasihat-nasihat dari quran,dia akan hidup dan berseri.Sampai satu masa,dia akan kembang elok,masa tu kita akan lihat semua perkara baik akan menjadi perhiasan diri kita,dan orang yang melihat akan rasa indah,tenang dan bahagia...."

wah..teruja aku bila mendengar nasihat begitu.Masih segar sehingga hari ini kata-kata ini masih terngiang-ngiang di telingaku.Itulah antara kebaikan aku berada di masjid.Tidak pernah sunyi dari nasihat-nasihat yang berguna sebegini.Pasti,sekurang-kurangnya , aku pasti menerima kehangatan persahabatan ukhwah islamiah dengan berkenalan dengan rakan-rakan baru.Komuniti Muslim di sini,sangat-sangat percaya kepada orang-orang Islam.Bagi mereka , umat Islam ini bersaudara, jadi tidak perlu bersangka buruk.Senyuman pasti terukir dan ucapan salam tidak pernah lekang dari mulut mereka jika bertemu dengan sesama muslim.Aku merasa kehangatan persahabatan juga di bumi rusia ini.Banyak perkara yang membuka mata hatiku terhadap setiap perkara yang berlaku.Persahabatan,ukhwah,dakwah,belajar dan setiap butir kehidupan.

Sabtu, 08 Desember 2007

Anak kecil bersama kotak



Hampir seminggu aku tidak menjenguk laman ini.Tidak tahu mahu menulis apa,cuma peristiwa yang berlaku hari ini sedikit sebanyak membantu aku untuk sama-sama berkongsi.Mudah-mudahan ianya membawa kebaikan bersama.

Sebulan sudah kali terakhir aku menjejakkan kaki ke Masjid Sejarah.Dibina pada tahun 1823 menjadikan ianya sebuah masjid yang tertua dan merupakan masjid pusat untuk bandar Moscow.Bangunannya tidak sebesar mana,malah tidak banyak yang menarik tentang rekaan dan halaman masjid ini. http://www.manar.ru/m/history/index.html . Cuma apabila aku masuk sahaja ke dalam halaman masjid ini,aku merasakan seperti masuk ke sebuah dunia baru.Betul-betul berbeza.Perasaan tenang,rasa selamat , rindu dan bermacam perasaan positive berkumpul dalam diri.Perasaan inilah yang selalu didambakan yang menyebabkan aku mewajibkan diri aku untuk menziarahi masjid ini paling kurang sebulan sekali.

Disebabkan kengkangan masa dan waktu pembelajaran yang agak padat,serta jarak yang agak jauh dari hostel dalam lingkungan 40minit,aku perlu mencuri masa walau sesibuk manapun aku dalam satu bulan.Walaupun dihostel aku ada surau yang menjadi tempat kami pelajar-pelajar muslim di Russian State Medical University untuk berjemaah,tetapi di hostel ini kurang pelajar-pelajar rusia yang hadir berjemaah,walaupun setiap hujung minggu ada usrah atau lebih kepada perbincangan agama dibuat di surau ini,menyebabkan aku mendesak diriku untuk bersama dengan komuniti muslim di moscow ini.Mungkin artikel-artikel akan datang aku cuba untuk menceritakan serba sedikit mengapa best betul ziarah masjid ini,sebagai satu perkongsian untuk sama-sama dijadikan panduan untuk kita masyarakat muslim.

Bermulanya cerita

"манты есть? (manti ade?)" aku bertanyakan pada jurual di restoran masjid.

'нет.толька плов и суп и люлья'(takde,cuma ada plov,sup dan kebab.

'одна люьля и один хлеб"(kebab satu dan roti satu)

"100rubel" -(7.3rubel=RM1)

"Allah,naik harga lagi?" aku monolog dalam hati.Ingatkan Malaysia je naik harga,sini pun naik jugak?..adui,makin banyak la yang perlu dibelanjakan untuk mendapat kepuasan makan masakan orang Islam.Selepas itu aku mencari-cari tempat duduk,tapi tak ketemu tempat yang kosong.Walaupun sudah menghampiri isya' (sekitar 4.45petang)tetapi restoran ini masih tetap dikunjungi.Akhirnya aku mendapat tempat di sebelah seorang pemuda dan dua orang pakcik yang agak berumur.(satu meja selalunya boleh duduk 4orang).

"dari mana?"
'Malaysia'
"owh,saya dari egypt,misra"
'cairo?'
"haah"

Bermulanya dialog antara aku dengan pemuda mesir ini.

"Pernah keluar tak?"
'pernah'
"Bila?kat sini(rusia) atau di malaysia?"
'hmm..kat sini.kat malaysia tak pernah.itupun tahun lepas,tahun ni,tak pernah lagi.Sibuk dengan kelas dan pengajian.'
"Berapa hari keluar?3 hari?sebulan?4bulan?"
'3hari je.'

makan malam bersama jemaah di tver sewaktu 'keluar' (15 orang , 9bahasa , 1 agama)


Terus senyap.Di sini,perjalanan gerakan tabligh memang merupakan gerakan yang mendominasi proses tarbiyah di sini.Soalan-soalan sebegini memang merupakan soalan-soalan yang biasa ditanya oleh masyarakat disini terhadap orang-orang yang dijumpai.Pengalaman sulung aku keluar bersama gerakan ini tahun lepas,banyak membuka mata aku terhadap realiti umat Islam disini.Pada hari pertama ,kami disuruh setiap seorang untuk membaca alfatihah,kemudian didapati,melebihi separuh yang tidak tahu membaca surah pertama dalam quran itu.Kemudian dibahagikan kepada kumpulan,seorang yang boleh membaca dan seorang yang tidak boleh dalam satu kumpulan.Dalam kumpulan ini,apa yang perlu ditekankan adalah bacaan alfatihah dan bacaan-bacaan didalam solat.Itulah pengalaman sulung aku bersama tabligh.Bagi aku,memang banyak manfaat dari proses keluar tiga hari ini.Walaupun hampir 60% pengisian yang diberi aku tidak faham(selain dari mengajar).Memang salah aku tak bersungguh untuk fahami bahasa rusia walaupun sudah dua tahun di sini(pada ketika itu)

Dalam masa yang sama, aku memulakan makan hidangan yang kubeli.

"Dari mana nak?" soal pakcik yang duduk bertentangan denganku.
"Malaysia"
"mana?india?"
"Malaysia"
"Hmm..kenapa makan guna tangan ?kenapa tak guna sudu?"
"Aku terkesima dengan soalan tersebut." nak jawab apa ek.
"Ini sunnah." sampuk pemuda mesir disebelahku.
"Itu saya tahu.tak payah nak bagitahu.Ni saya tanya budak ni,bukan tanya awak.Kenapa guna tangan??"
"Ini sunnah la pakcik." sampuk pemuda itu lagi.
"Iye aku tahu.aku tanya budak ni,bukan kau.Kenapa kau tak guna tangan?..kenapa guna sudu??"
"hmm..Manusia ni ada peringkat.Ada iman tinggi dan ada iman lemah."
"Maknanya kau ni iman lemah la ye??"

gulp....aku menelan air liur.Kesitu pulak pakcik ni.Tetapi perbualan seterusnya yang menyedarkan aku.

Macam ni lah realiti kita,bisik pemuda tersebut padaku dalam bahasa inggeris.Kamu pernah dengar satu cerita tak? soal pemuda mesir padaku.
'cerita apa?'
"hmm..cerita pasal seorang budak dengan kotak yang berat.."
'tak pernah'
"haa..macam ni..ada seorang budak kecil,dalam lingkungan ,macam mana ek,lebih kurang separuh ketinggian kita.Kecik betul.Satu hari dia nampak satu kotak yang sangat berat,lepas tu,dia nak cuba angkat kotak tu.Sedangkan kalau dia angkat pun memang tak boleh"
'lepas tu??'
"lepas tu,ayah budak tu nampak anaknya seperti mahu juga angkat kotak tu,dan dia hampiri anak dia,dia angkat budak tu letak dalam dukungan dan dalam masa yang sama dia suruh anak pegang skali kotak tu.dan impian anak dia untuk angkat kotak tu itu direalisasikan oleh ayahnya.Bukan ayahnya tidak tahu yang anaknya tu memang tak boleh angkat kotak tu,tapi untuk 'tidak mensia-siakan keinginan' tu la ayah dia buat camtu.Faham ke cerita ni?"
'tak sangat'..aku masih blur dengan cerita pemuda ni.tak tahu apa yang ingin disampaikan.
"macam ni,anak tu diumpamakan sebagai kita,dan kotak tu sebagai Islam.Islam ni sangat berat,dan mustahil kita seorang akan berjaya mengangkat Islam dengan dakwah kita sorang-sorang.Tapi,yang pasti,kita akan dibantu juga nanti.Cuma perbuatan cuba mengangkat itulah yang lambat laun kita akan dibantu di atas usaha kita.Bila,wallahuaklam.Kerja kita cuba mengangkat sahaja.Berjaya atau tidak,kita serah pada Allah."

Aku terdiam seketika mendengar cerita pemuda ini.Dalam masa yang sama aku meneruskan hidangan yang masih lagi tersisa.Alhamdulillah,aku merasakan agak berbaloi harga makanan yang aku bayar dengan sedikit 'kejutan' atau 'aha sindrom'(ambil petikan ustaz hasrizal) yang membuatkan aku sedikit faham tentang gerak kerja dakwah ini.Memang tidak sia-sia aku datang ke masjd hari ni.

Lepas tu,pemuda tersebut minta diri dan aku masih belum berkenalan dengannya.Perbualan kami dimulakan tanpa berkenalan.Indah sungguh Islam.Walaupun tidak kenal,tapi hati ini rasa tertaut dengan indahnya ukhwah yang berasaskan 'tiada tuhan selain ALLAH'.

'Nama siapa?'
"Abdul Qadir,Assalamualaikum"
'waalaikumussalam'

Aku kembali meneruskan makan sisa-sisa yang tinggal sedikit lagi.Satu kepuasan hinggap pada diriku.Walaupun duduk makan,tapi ada pengisian yang aku dapat.Inilah antara salah satu sebab aku suka datang ke masjid ini.Sama ada duduk didalam restoran,ruang utama masjid,halaman masjid,atau dimana sahaja di dalam kawasan masjid,pasti akan ada teguran dari sesiapa sahaja yang di situ.


bersambung..

Minggu, 02 Desember 2007

Pagi yang dingin



Entah mengapa pagi ni , semangat untuk membelek buku agak pudar.Disebabkan tidak tahu mahu membuka apa,aku cuba mendengar lagu yang selalu ayah dendangkan di rumah.Lagu ni,dari kecik sampai sekarang,memang selalu ayah dendangkan dirumah.Banyak intipati yang dapat dari lagu ni.Dendangan kumpulan orkes el suraya,zaman 60-an punya lagu,Fatwa Orang Tua.Itulah ayahku,kalau mahu menegur diriku,dia akan nyanyikan lagu-lagu yang berkaitan,agar kami,anak2nya mengambil iktibar.

bila diri ingin dikenang
semaikan benih ditengah sawah
bawalah ilmu padi di ladang
tambah berisi tumbuh ke bawah

bila diri ingin terpandang
jauhkan kata tinggi melambung
jauhi sifat ayam di kandang
bertelor satu ribut sekampung

jauhi sifat mengaku pandai
angkuh dan sombong menepuk dada
ingat petua penyu di pantai
telor beratus namun tak megah

bila ingin harum bak mawar
jauhi sifat meninggi diri
bisa ular tidakkan tawar
walau menyuruk batang berduri

Lagu Lama

Semasa duduk menyendiri petang tadi,tiba-tiba semacam teringat nostalgia lama pada ayah di Malaysia.Duduk sambil tersenyum teringat kenangan manis bersama abah.Sedari kecil sehingga kini,banyak pegorbanan abah yang sangat-sangat memberi kesan pada jiwaku.Rindu sungguh kat abah.Dan dari kecil juga,ayah selalu cerita tentang sejarah.Sejarah kerajaan dan kegemilangan umat Islam pada zaman lampau.Ayah kata,sejarah subjek paling dia minat.Sehinggakan aku banyak terkesan dengan cerita-cerita yang ayah ceritakan.Dan yang memberi kesan,kisah Sultan Muhammad Alfateh dan Khalifah Umar Abdul Aziz.Sehinggakan , kedua-dua nama ini, aku jadikan ia sebagai nama pena-ku.umaralfateh.


Sultan Muhammad Alfateh (Membuka Constantinople May 29, 1453)

Sultan Muhammad ketika berumur 19 tahun(umur aku sekarang) sudah memegang tampuk pemerintahan Empayar kerajaan Osmaniah.jiwanya besar,cita-citanya tinggi,pada umur lebih kurang ni lah beliau dengan tentera-tenteranya berjaya membuka kota Constantinopel,pusat kerajaan Byzantine(Rom Timur) dahulu dan ditukar namanya kepada Istanbul(Islam bul-kota islam) , sehinggalah hari ini,Istanbul menjadi mercu kepada negara Turki.Aku berkira-kira,apa ada pada aku sekarang??...aku ketawa sendirian jika mahu dibandingkan dengan Sultan Muhammad yang digelar Al-fateh(Pembuka) setelah berjaya membuka kota Constantinopel.

Kemudian,Khalifah Umar Abdul Aziz yang merupakan Khalifah Kerajaan Bani Umayyah.Pada zaman beliau,yang hidup pada zaman akhir-akhir zaman kerajaan umayyah,merupakan pemimpin yang sangat zuhud terhadap dunia,sehinggakan pada zaman beliaulah Harta Zakat tidak tahu mahu diberi pada siapa.Perumpaan betapa kayanya umat Islam pada zaman beliau memerintah sehinggakan hampir tiada golongan yang berhak menerima zakat.Ini hanya satu part dari keadilan yang beliau bawa pada zaman beliau memerintah,banyak lagi yang tersembunyi.Beliau meninggal dunia pada umur 38/39 tahun,selepas setahun lebih hampir dua tahun beliau memerintah.Bayangkan,keadilan Islam jika betul-betul dilaksanakan,makmur rakyat satu naungan.

Petang yang sama juga,membuatkan aku teringat satu lagu , yang bagi aku sangat bermakna,selalu didendangkan oleh abah sehinggalah aku balik cuti summer hari tu.
Ni antara rangkap-rangkap yang didendangkan...:

Lindung-lindung kepala lindung
Sini hujan disana mendung
Anak siapa pakai kerudung
mata melirik kaki tersandung

Aduh , aduh,
Siti Aisyah
Mandi di kali rambutnya basah
Tiada sembahyang tiada puasa
Di dalam kubur mendapat siksa

La Haula wa la quwwata
Mata melirik bagaikan buta
Tiada daya Tiada upaya
Di dalam Kubur mendapat siksa

Duduk goyang kerusi goyang
Beduk subuh hampir siang
Bangunkan Ummi suruh sembahyang
Jadilah anak yang beriman

Sabtu, 01 Desember 2007

Cerita disebalik batu

"Berlapang dada la pokwe,relax,jangan runsing2.!"..Satu ungkapan yang dulunya,payah untukku mengerti.
"Kau ni apsal??..tak nampak aku tengah sedih ni??..fikir r sket perasaan orang!!"..Selalu sahaja perkataan itu keluar bila aku ditimpa sesuatu musibah.Yang bagiku,pada saat itu,aku mahu orang lain juga bersedih sepertimana aku bersedih.
Masa berlalu,dan semakin ramai kenalan yang aku kenal,semakin banyak kerenah manusia yang aku belajar,terutama setelah tiba di bumi Rusia ni.Bila makin kenal manusia ni, membuatkan aku semakin ligat berfikir tentang kerenah masing-masing.
Setelah masa berlalu,baruku sedar,apa yang berlaku disekeliling,tidaklah memberi kesan sehinggalah apa yang berlaku itu masuk kedalam hati dan membuatkan berfikir tentang apa yang berlaku.Maka sedari itulah, aku mula menukar caraku berfikir terhadap sesuatu situasi.Mulaku lihat sesuatu itu pada sudut yang berbeza,yang pastinya aku boleh lihat satu petunjuk lain.Selalu aku lihat sesuatu perkara,hanya dari hadapan,bukan dari sudut kiri atau kanan,sepertimana kereta,bila dilihat dari depan,akan dirasakan bahawa kereta itu pendek, kecil tidak muat untuk ramai orang sedangkan apabila dilihat dari tepi,tidak seperti yang disangka.Panjang,luas,menarik.begitulah yang berlaku.

Perkenalan dengan watak yang berbeza juga mengajarku bahawa manusia ni,semuanya dibentuk dari latar belakang yang berbeza,keluarga yang pelbagai,pendidikan yang tidak sama.Ia membuka lagi satu paradigma aku berfikir dan memahami apa yang berlaku.Kadang-kadang,sebagai contoh, aku gagal melepasi ujian kecil yang dibuat untuk sesuatu subjek,dan pada masa itu aku terus berfikir bahawa usahaku masih kurang.Walaupun rakan-rakanku ada juga yang tidak puas hati yang cikgu tidak adil sebab mereka tidak tidur malam kerana belajar,tapi selalu aku berfikir yang cikgu bukan tidak adil,cuma kita yang tidak pandai mengolah ayat dalam memberi jawapan pada soalan-soalan yang diberi.

Sikap tidak menyalahkan orang lain,tetapi diri yang salah banyak membantu aku mendepani rakan-rakan malah orang-orang Rusia.Pada permulaan aku mula berjinak mahu berkawan,banyak perkara aku menyalahkan orang lain,dan dari situ banyak perkara yang tidak selesai malah semakin bertambah.Kadang-kadang ramai kenalan yang menyalahkan penduduk setempat kerana tidak fasih berbahasa inggeris.Apabila sikap menyalahkan penduduk yang memang cintakan bahasa ibunda,bukan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar bahkan menerukkan lagi keadaan.Sikap ini seolah-olah mahu orang lain memahami kita dan ikut apa kita mahu berbanding sikap yang sebaliknya dilakukan.Bagiku,orang-orang Rusia ini banyak kebaikan yang ada pada mereka.Dalam kekasaran yang ditunjukkan oleh mereka,banyak sikap yang boleh diteladani dari mereka.
Walaupun mereka tidak fasih berbahasa inggeris,tapu pabila kita cuba meminta sesuatu pertolongan,mereka akan cepat membantu jika kita bersungguh-sungguh cuba bercakap dalam bahasa mereka,dan jika apa yang mereka katakan kita kurang memahami,mereka akan cuba mencari bahasa paling mudah untuk kita fahami.

Banyak yang mahu ku katakan disini,cuma dari pengalaman berinteraksi dengan ramai manusia,walaupun aku tahu,tidaklah seramai mana,paling penting dalam perhubungan dengan sesama manusia, aku rasa sifat cuba untuk memahami orang lain dan memberi apa yang kita ada itulah yang membuatkan orang lain akan cuba memahami kita.Fikirkan dari sudut orang lain berfikir dan digandingkan dengan sudut kita berfikir,insyaallah,interaksi akan berjaya.Aku bukan bagus sangat dalam berinteraksi,cuma sekadar berkongsi apa yang dirasa baik.

Last sekali,bila berinteraksi dengan manusia ni, kadang-kadang ada yang cuba buat kita marah,menaikkan api kemarahan,buat kita tak senang,buat kita rasa tertekan.Dan dalam menangani perkara ini,aku dapat satu penyelesaian terhadap masalah ini,sehinggakan sekarang hampir tidak menjadi masalah untukku apabila berhadapan dengan situasi begini.Formula dia mudah "berlapang dada".Dengan kata lain, menjadikan hati/jiwa seluas lautan yang tidak berubah dek nila setitik atau gula yang secupak,jangan jadikan hati sebesar air didalam cawan yang cepat berubah dengan setitik nila yang dimasukkan kedalamnya.

Semua masalah,kita hanya menjadikan ianya satu titik kecil dalam jiwa,dan setiap yang terjadi tidak banyak memberi kesan/pengaruh dalam jiwa.Life is 90% what happen IN you , only 10% what happen to you.