Selasa, 05 Februari 2008

Kebisuan Ummah Yang Takkan Dibiarkan

Keadaan di sempadan Mesir-Palestin

“Kami keluar menuju ke sempadan Rafah, Mesir bukan untuk bertembung dengan polis Mesir, tetapi untuk menyatakan kepada umat Arab dan Islam, “Kenapa kamu semua berdiam diri, sedang Gaza berdepan dengan maut?!”.


“Kami tidak ada jalan keluar menemui umat Islam melainkan melalui pintu Mesir! Mesir pimpinan dan kecintaan kami. Ia adalah sejarah kami. Jika kami bercita-cita untuk menang, kami tahu ia tidak datang melainkan dari Mesir. Mereka seperti yang disabda oleh Nabi saw, “Sebaik-baik tentera di muka bumi”.


“Anak-anak kami berdepan dengan maut. Malapetaka memenuhi ruang hospital-hospital kami. Hati mana yang boleh berdiam diri berdepan semua ini?!”. “Ramai pegawai keselamatan Mesir menangis melihat keadaan dan nasib kami dan berkata, “Hati kami bersama kamu, tetapi apa yang boleh kami buat, kami terpaksa akur kepada arahan pihak atas”.


“Kenapa kamu memukul kami? Kami di sini dengan penuh kasih sayang dan hormat. Kami tidak membawa senjata apa pun”, jelas mereka dengan nada bersungguh. Polis tersebut menangis dan mengarahkan polis lain supaya berhenti mengganggu wanita Palestin yang masuk ke Rafah, Mesir.


Demikian dinyatakan oleh Jamilah As-Syanty dengan memperkenalkan diri sebagai salah seorang ahli Parlimen Palestin (HAMAS). Setiap kali dia menyeru wanita Palestin untuk kembali masuk semula ke sempadan Palestin, mereka berkata ke arahnya, “Bekalan ubat macamana? Susu budak macamana? Kalau begitu kenapa kita ke sini? Kami tidak akan kembali sehingga laluan sempadan ini dibuka!”



Arghh..Sedih.Remuk.Gelisah. Aku tidak boleh gambarkan apakah perasaan aku ketika aku membaca rintihan-rintihan ibu-ibu dan wanita Palestin. Entah mengapa kali ini, perasaan aku betul-betul remuk,betul-betul diruntun. Ya Allah, bilakah penderitaan mereka akan berakhir?Tidakkah ada pihak yang sudi menolong mereka? Aku betul-betul diselubungi emosi.

Jika sebelum ini, tatkala aku membaca berita Palestin, pasti akan membuak darah mudaku, ingin turut serta bersama mereka.Tapi kali ini, berita yang aku terima, sangat meruntun perasaanku sebagai saudara seagama.Aku tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Dimanakah pemimpin-pemimpin Islam?Mengapakah Pengerusi OIC berdiam diri?Bukankah Malaysia yang menerajui OIC?Dimanakah Liga Arab? Dimanakah negara-negara Islam? Bukankah Ummat Islam 1.6 biliion dari penduduk bumi ini?

'Zul, ana sedih sangat ni. Ana baru baca berita pasal Palestin. Anta duduk sana, dekat sangat berita tu. Cerita la sket tentang Palestin.' aku cuba meluahkan rasa hati pada sahabatku yang seorang ini.

"Hmm.macam tu la yang anta baca. ana pun tak tahu boleh nak buat apa. Cuma skang ni, pak-pak Arab sini, dah tak leh duduk diam dah. Skang ni kalau di tempat ana ni, Cairo, makin banyak poster-poster tentang Palestin, Hamas , Syeikh Ahmad Yasin. Lepas tu pulak, sini setiap hari , mesti qunut Nazilah.Semua dah naik geram."

'Zul, kalau bukan kerana ayat "Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan tentang agama dan memberi peringatana kepada kaumnya apabila mereka itu telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya"( surah taubah-122) , ana memang tak lama kat sini. Cuma skang ni, ana tak boleh buat apa-apa kecuali berdoa sahaja.'

"Wan , ana faham. Tapi bukan sket ayat-ayat suruh kita jangan pergi semua ke sana, kalau anta ingat, ayat "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka keuatan apa sahaja yang jamu sanggupi..." (surah al-anfal-60) , kita sekarang ni, walaupun bukan tentera, tapi inilah sebahagian kekuatan yang kita persiapkan. Kerja kita ni, berdoa, dan selain dari tu, kita berusaha memberi penjelasan tentang perkara duduk sebenar Palestin ni pada kawan-kawan kita. Kita beri pemahaman tentang Islam pada mereka. Bila mereka sedar, mereka akan turut serta dalam memahamkan orang lain, dan akhirnya, kita ada kekuatan untuk memberi bantuan. Kerja ni, bukan sekejap, tapi perlu masa. Doa kita teruskan, kerja lain kita buat juga. "

....kami terdiam seketika..Masing-masing meikirkan apa tindakan yang boleh dibuat.

Begitulah keadaan ummat Islam. Ramai yang perihatin tentang Palestin, tapi disebabkan punya pemimpin yang tidak tahu memikirkan masalah ummah, maka beginilah jadinya. Hanya rakyat sahaja yang bersuara, sedangkan pemimpin-pemimpin umat Islam membisu. Sedangkan dunia melihat kepada Pemimpin-pemimpin ini, jika mereka membisu bererti rakyatnya juga membisu dan mereka juga tidak merasa perlu berbuat apa-apa. Aku tahu kebisuan ini takkan lama ddibiarkan Allah, pasti akan berlaku sesuatu nanti. Bila??..aku tidak tahu bila, jika keadaan ummat masih lalai dengan perkara ini, kita tidak akan boleh berbuat apa-apa selain doa dan memberi penjelasan pada orang-orang terdekat.

"Ya Allah, kau berilah hidayah pada pemimpin-pemimpin kami agar mereka sedar akan kepentingan ummah, atau kau tukarkan pemimpin-pemimpin ini kepada orang lain yang mencintai Engkau dan Agama-MU, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin,dan berkeras terhadapa orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut pada cercaan orang yang suka mencela. Tiada Kekuatan Melainkan Engkau satu-satunya kami berserah"

Tidak ada komentar: