Minggu, 20 Januari 2008

Arak dan Hati

Haa,bila korangbaca tajuk atas tu mesti korang ingat aku nak cerita pasal hukum kan??..hmm..rasanya kalau nak cerita pasal hukum, semua orang dah tahu.Semua arif pasal benda tu.Jadi disini , aku sekadar mahu berkongsi rasa sahaja apa yang ada kene mengena dengan arak ni dalam kehidupan aku.

Sedari maahad, aku di ajar , diasuh dan dididik bahawa arak ni ibu segala kejahatan.Kat masjid-masjid pun, masa kuliah maghrib banyak ustaz yang cerita pasal arak ni.Kenapa ibu??..sebab darinya akan lahir pelbagai macam kejahatan yang tak terduga.Seorang ibu , boleh melahirkan ramai anak yang mempunyai pelbagai ragam masing-masing.Begitu jugalah arak.Aku tak pernah redha dengan arak.Aku benci arak, lebih besar dari aku benci dari orang zina.Kalau orang minum arak, dia boleh berzina,membunuh merompak,merosakkan harta benda orang.Kalau zina, hanya satu-->zima sahaja.Walaupun ianya juga kejahatan,tapi berbeza dengan arak itu sendiri.Adui,mahu sahaja aku menghapuskan punca kerosakan ini terutama kilang arak kat dengan rumah aku tu,dah la paling besar kat asia tenggara,dan aku selalu kena perlekeh dengan member-member aku sebab aku duduk kat bandar tu.Tapi apakan daya, aku hanya seorang insan yang tidak punya apa-apa selain diri sendiri.

Akibatnya,
Aku tak suka masuk kedai yang ada jual arak.terutama kedai-kedai kecil.Kalau kedai-kedai besar (supermarket) aku masih boleh consider sebab arak bukan jualan utama,tapi kalau kedai-kedai kecik jual arak, aku akan berusaha untuk hindari beli barang dalam kedai tu.Tidak sedap jiwa.

Di Malaysia,

"Bangcik, boleh tolong beli roti??.." pinta mama padaku.Selalu, kalau mama dengan abah balik meniaga,kadang-kadang diorang sampai terlupa makan,walaupun bahan yang diniagakan makanan.
'Beli kat mana?'
"7eleven"
'hmm..beli kat kedai lain boleh?'
"kenapa?"
'ustaz cakap kalau ada kedai jual arak, boikot satu kedai tu,cuba cari kedai selain kedai tu'
"ikut bangcik la nak beli kat mana pun,takpe je.Nak isi perut je ni"
'okes.tunggu jap'

"bangcik, beli surat kabar sat."
'kat mana?'
"depan giant"
'okes,tunggu lima minit'

aku balik dengan tangan kosong.

"bangcik,camne?ada surat kabar??.."
'hmm..tutup lagi la..dia bukak lambat sket kot.'
''tak tengok kat 7eleven??"
'ada jual, tapi malas nak beli kat situ.tunggu je la sampai yang depan giant tu buka'
"hmm..ikut la"



Di Russia.

Kat sini, agak payah aku nak buat cam kat Malaysia.Sebab majoriti semua kedai kat sini jual arak.Tapi itu tidak memutuskan semangat aku untuk terus mencari yang terbaik.Jalan terbaik yang aku nampak, beli barang-barang kat pasar topli stan.huhu..Bila dengar pasar,mesti fikir pasal kotor,lecah,bau ikan,bau...bermacam-macam bau la kan...hahah..Tapi aku biasa je kot.Tak berkira sangat bau-bau tu.Sebab hampir dah biasa dengan pasar-pasar kat malaysia.Aku suka beli barang kat pasar ni, sebab semua kedai ada jual berlainan barang..dan yang pasti, arak takde.jadi, selalu aku beli tanpa ragu dan tanpa was-was.Beli je.Senang hati satu.Selalu barang-barang yang aku beli kat pasar tu , sayur-sayur,buah-buah,bahan-bahan dapur.complete.

Tapi, ayam halal, aku akan singgah kat kedai halal.dan selalunya ayam halal aku beli kat masjid.Jadi kat pasar ni, beli barang-barang dapur je.Beli kat pasar ni juga banyak mengajar aku cara interaksi dengan pakcik-pakcik sini.Improve bahasa pun ada.Kadang-kadang tu, sampai bertekak gak, sebab ada yang cuba tipu aku.Geram tul. Ada sekali tu, aku tengok dia timbang kurang ,tapi harga sama, terus aku cakap kat dia, apsal kurang?..dia cakap betul je..terus aku blah dari situ,tapi lepas tu, dia panggil balik aku, dia tambah timbangan balik.Tapi masa tu, aku dah tawar hati nak beli kat dia.Dan lepas-lepas tu, kalau aku keluar dengan member,aku akan bagitau yang peniaga ni, kaki menipu.Huuhuhu..aku tak nak orang lain kene.

Masa yang lain pulak, aku tengok ada jual murah.Kobis cina.Harga jauh lagi murah dari kedai-kedai lain.Aku bila tengok benda murah ni, selalu laju je.Tengah-tengah aku baru nak minta kat peniaga tu aku nak berapa, ada makcik mencuit bahu aku.Masa tu, dia terus marah aku.Aku cakap apsal pulak makcik ni marah aku tak pasal-pasal.Lepas tu, dia tunjuk yang ramai orang tengah berbaris.Masyaallah,panjangnya.Tak perasaan betul.Aku ingat yang beratur ramai-ramai tu diorang kerumun kedai sebelah dia,rupa-rupanya tengah beratur.Adui, malu aku masa tu.huhuhu..pengajaran buat aku.

Ada hari lain pulak, aku bertekak dengan peniaga , sebab aku nak kentang dua kilo untuk 16rubel,tapi bagi aku yang dah bungkus 3kilo.Aku cakap kat dia nak 2kilo je.dia cakap malas nak letak 2kilo.Malas nak keluarkan dah.Aku marah tinggikan sket suara masa tu, yang aku makan sorang-sorang bukan makan ramai-ramai.Nanti habis busuk nanti.Dia buat tak tahu jugak,last skali, aku belah.Yang peliknya, masa nak belah tu, baik hati pulak dia nak keluarkan lagi sekilo tu.Hangin gak masa tu.Tapi aku buat tak tahu je.Terus belah.cari kedai lain.

Pergi pasar ni, kene banyak sabar.Sangat-sangat sabar.Sebab bermuamalat dengan orang rusia ni,kekadang sakit hati.Kasar.Tapi sekarang ni, Alhamdulillah, aku bermuamalat dengan peniaga-peniaga yang aku dah kenal lama,baik hati dan murah hati.Kekadang tak jemu aku berbual dengan diorang.Best2..Betul kata pepatah,mujahadah itu pahit masa mula, tapi manis masa akhir.

Mungkin boring sket kan korang baca entry ni.Cerita pasal pasar.Tajuk pasal arak.hehehe..Cuma aku nak bagitau dalam cerita ni, berusahalah untuk hindari kedai-kedai yang ada jual arak walaupun kita tak beli arak tu, tapi jika kita beli di kedai tu,bagi aku untuk diri sendiri seoalah-olah aku seperti redha dengan penjualan arak tu.Jadi jalan terbaik untuk aku,aku akan cari kedai lain,walaupun ambil masa sedikit,tapi kepuasan dan ketenangan itu ada. Ia juga akan membantu untuk kebersihan jiwa.Menjadikan kita mudah untuk terima kebaikan.

Aku tahu, setiap orang ada keinginan untuk mendirikan daulah Islamiyah,dan begitulah aku.Tapi persiapan untuk mendirikan daulah itu, aku perlu mulakan dengan diri aku sendiri.

Bila korang baca entry ni, jangan kata aku ni extremist pulak ye..Aku meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku je berkaitan apa yang aku cuba yang terbaik untuk diri ini.Apa yang aku nampak ianya elok,aku luahkan,apa yang tidak ,aku cuba sembunyikan.Dalam hidup ni,kadang-kadang bila cuba praktikkan ilmu kita , masa tu la kita diuji.Cercaan,makian,direndah-rendahkan.Itulah lumrah kehidupan.

Aku menulis sebagai rasa tanggunggjawab aku untuk berkongsi rasa.Entry ni, betul-betul berat untuk aku describe,sebab takut-takut lepas ni, aku jatuh ke dalam lubang yang aku cipta.
Cuma bagi aku, kekuatan untuk aku agar tidak hanyut di bumi Russia ini hanyalah dengan dua perkara, Jaga makanan dan satu lagi,buka surah almuzzammil ayat 2-4.

Mungkin korang rasa berat kan??semua benda dalam hidup aku ni tak boleh..Inilah beban yang dipikul dengan ilmu yang ada dan aku tenang hidup begini.Hidup berperaturan.Takpe,kalau korang rasa berat, tong sampah sahaja apa yang korang baca.Jangan fikir belit-belit,Islam itu mudah.Untuk aku,aku menghadkan banyak perkara sebab aku takut aku hanyut kat sini dan yang paling penting hari mendatang.Untuk mengekalkan rasa berTuhan dalam hati, maka aku perlu membuat peraturan yang ketat untuk diri,untuk orang lain, aku permudahkan, agar orang tak rasa Islam itu berat.Nanti kalau orang rasa berat dan kecewa pada Islam disebabkan aku yang memberatkan mereka, itu menunjukkan kegagalan aku dalam menerangkan..Silap-silap, aku yang dipersalahkan.

Jadi, kalau kalian sidang pembaca ni,nilailah dengan neraca akal dan hati , sejauh mana diri kita..kusudahi entry kali ini dengan Assalamualaikum.

5 komentar:

syuqaira mengatakan...

salam wrt.
first off, akak akui tidak mudah untuk berbuat sprt shazwan, urusan jual beli dengan orang Russia bukan mudah, akak sendiri tak mampu nak bertegang leher dengan mereka. Sebab tulah kebanyakan kita lebih suka memilih utk shopping groceries di hypermarket, lg pun lebih ekonomi.

Tak salah memilih untuk tidak membeli dr mana2 kedai pun. Yang haram dan halal mmg jelas, menjauhkan yang was2 pula sgt dituntut, itu lebih baik utk menjaga hati dan agama bukan?
*pilihan di tangan sendiri*
[aih~ peringatan utk diri sendiri juga]

Semoga hati shazwan terus teguh.
*semoga hati kita semua teguh utk memilih.. Dia*

wallahu a'alam

umar alfateh mengatakan...

Salamun alaik warahmatullah..
Terima kasih kak kerana sudi memberi pendapat.saya juga akui masa mula2 memang agak lelah untuk saya amalkan apa yang saya buat sekarang.tapi begitulah,semua perkara tidak selamanya pahit,alhamdulillah,kini saya merasa manisnya.

Saya tak salahkan orang untuk buat apa yang saya buat.Saya takkan menyalahkan orang lain.Cuma bagi saya,walaupun halal dan haram itu jelas,terang lagi bersuluh,tapi saya mencari keberkatan itu sendiri.

Bab lebih ekonomi,saya merasakan beli di pasar jauh lebih ekonomi berbanding membeli di supermarket,kerana saya tahu sedikit sebanyak tempat untuk membeli barang dengan murah di pasar.

Bab bermuamalat,alhamdulillah, Allah permudahkan.Saya menjadi pelanggan tetap untuk beberapa kedai,menyebabkan tuan kedai kenal(cam) saya.

Payah untuk cerita apa maksud keberkatan itu.Cuma kesan dari keberkatan itu, menenagkan jiwa saya.Memudahkan segala urusan saya.Sebab itu saya keraskan diri dalam bab makanan terutama.Kerana dari makananlah akan menerbitkan zurtiat/Diri kita,hati kita semua effect dari makanan.Kelembutan hati,kekerasan hati juga kerana makan.

Sebab tu perlu untuk saya menjaga diri ini agar tidak terjebak kepada sesuatu yang meragukan saya.Saya tenang dengan cara begini.

Saya mengharapkan ini antara usaha saya ke arah pembentukan daulah Islam kedua, iaitu pembentukan keluarga.Saya mahukan keluarga yang boleh membentuk masyarakat hasil dari pembentukan diri saya sendiri.keluarga dan anak2 yang faham agama,boleh beragama,dan pembela agama.Jadi,saya perlu tegas pada diri sebelum pembentukan itu bermula.

Saya tahu tentang satu kisah yang menceritakan tentang seorang ulama agung,bahawa dia dididik oleh ayahnya sebelum dia dilahirkan.Bagaimana ayahnya sebelum berkahwin,ketika bertemu jodoh pertemuan dengan isterinya dan sepanjang kehamilan isterinya.Semua itu memberi kesan kea rah pembentukan keluarga ulama ini.dan saya cuba untuk buat apa yang terdaya saya buat di zaman fitnah ini.Saya takut saya akan terjerumus ke dalam jurang yang dalam jika benda2 kecil saya tidak jaga.

Begitulah seadanya diri ini.Semua orang punya pendapat tentang pembentukan keluarga masing2.Dan saya , mahu mendidik bakal keluarga saya dengan pembinaan diri saya dahulu.Harap semua penjelasan saya ini tidak disalah tafsir.

Mohd Hazreen Rashid mengatakan...

Syazwan, aku tak rasa apa ko tulis ni berat dan bosan. Malah aku rasa menarik sebab aku pun setahun 2 kali je pegi typly stan. Sekali dua aku beli buah limau dia letak yg buruk2 terus aku malas dah nak pegi pasar.

anyway, no hards feelings utk komen dan jawapan ko dalam entry yg sebelum nie. I presented my case, u did yours and in the end we agreed to disagree.

Teruskan berblog. Aku suka baca blog ko sebenarnye. Hoho.

umar alfateh mengatakan...

to hazreen :
hmm..patut pun, ada kisah disebalik rupanya tak pergi pasar..hmm..kalau pasal benda-benda buruk yang dia bubuh tu benda biasa.cuma,kalau kita pandai mencari sket dalam kawasan pasar tu, banyak yang jual elok-elok..mungkin nasib kurang baik kot masa ko pergi tu..huhu

aku sedap bila pergi pasar ni, sebab kita akan berkomunikasi..memilih,tanya kabar,berborak..semua tu seronok bagi aku.best.rasa hidup bermasyarakat,walaupun aku bukan rakyat sini.Tapi aku cuba menjiwai apa yang diorang rasa,agar aku mudah faham apa perangai orang2 sini.

kalau pergi supermarket,ambil barang terus bayar..komunikasi masa bayar je..itupun kalau ada.itu yang buat aku tak sedap sangat pergi supermarket..aku suka hidup melihat sikap masyarakat dan hidup dengan diorang,untuk melepaskan lelah hidup sebagai pelajar medic ni..baru terasa kita tak keseorangan kat bumi russia ni..

last skali,terima kasih la sebab sudi membaca entry2 aku..

amnah my. mengatakan...

salam..

mengelak kedai2 yg menjual arak, satu tindakan yg bagus.. setuju sangat2.. tetapi kalau nak dilihat pada perlaksanaan diri sendiri, agak susah rasanya.. prinsip akak, biar sedikit asalkan boleh istiqamah.. kekadang tu, mengelak bukan disebabkan hukum arak tu yg memang jelas haram tetapi fitrah manusia yg tak tahan dengan baunya.. tengok botol je pun dah boleh terhidu walaupun tak bau n tengok dari jauh..

lagi bes sebenarnya membeli di pasar daripada supermarket.. nak kata barang murah, tak juga sebab pasar depan hostel m1 ni mak aih, harganya lebih mahal daripada supermarket.. tapi kita lebih dapat bergaul dengan orang russia jika ke pasar.. mereka pun dah boleh cam..

di malaysia, tinggal pun di kampung so, memang pasar sahajalah hala tujunya.. pasar di malaysia, persoalan lain plak timbul.. disebabkan jurujual di pasar juga orang dikenali so, ayah pernah berpesan elakkan membeli dari si pulan disebabkan perangainya yg kurang elok.. ketidakelokan perangainya itu turut tersebar satu kampung.. disebabkan ini, tidak ramai yg membeli dengannya dan akhirnya si pulan itu berhenti daripada berniaga.. kalaulah kita boleh buat perkara seumpama ini di kedai2 yg menjual arak, pasti takde orang yg akan berani menjual arak..

InsyaAllah, kalau niat tu baik, Allah akan permudahkan.. kena tipu sikit2 tu biasalah.. adat berjual beli.. kekadang kat supermarket pun, kena tipu timbangan juga.. manalah kita tau sebab kita tak check kalau yg siap dipaket tu..

selagi hati kita rasa senang dengan apa yg kita buat, insyaAllah eloklah benda tu.. ada keberkatannya.. macam mana ya nak mendidik hati? kekadang tu, nak buat camtu camni tapi takde kekuatan.. mungkin iman yg sangat rapuh.. tak tahan diuji..

btw, entry ni tak boring.. semoga terus istiqamah~