Jumat, 18 Januari 2008

Mencari makna

Alhamdulillah, semalam aku berjaya mengharungi exam dengan tenangnya.Walaupun sebelum masuk bilik untuk membuat exam, kepala sarat memikirkan takut-takut akan pulang dengan kegagalan,tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan.

Seminggu sudah aku tidak meng'update' blog ni.banyak kisah yang berlaku sepanjang minggu ini,yang mungkin panjang untuk diceritakan.Cuma, ujian yang datang sepanjang minggu ini ke atas diriku, cukup-cukup memberikan pengajaran yang berguna disamping keutuhan sebuah nilai yang ku pegang.Entry kali ini, aku tidak mahu bercerita banyak, cukup sekadar membawa beberapa petikan perbualan antara diriku dengan sahabat-sahabat di sini.Moga jika ianya punyai kebaikan, boleh diambil iktibar bersama.


"pokwe,apsal ko tak makan kat luar ek?"
'eh,takdelah.Makan je.Selalu kat masjid je.'
"maksud aku, kat restoran-restoran biasa.Kat uni kita,kat sinbad,ala, kat mana-mana la yang selalu budak-budak kita pergi"
'hmm..tak.'
"Kenapa ek?Boleh cerita kenapa?"
'Nak cerita apa'
"kenapa tak makan kat luar selain dari masjid?apsal tak pergi sinbad?kat uni ke?Ko memang tak pernah masuk sinbad ke?sekali pun?"
'haah,tak pernah beli sekali pun.Masuk pernah.tapi untuk tengok keadaan camne.Sebab sebelum-sebelum ni, aku tak pergi sebab hati berat untuk pergi.Aku dengar pun ada jual babi sekali.Malas r nak pergi."
'Habis masa ko pergi tu, camne?"
'Masa aku pergi tu, makin menguatkan pegangan aku,sebab masa masuk tu je pun, hati aku dah tak keruan dah.rasa serba salah.Mana taknye,masuk-masuk dengan bunyi bisingnye,lepas tu, dengan arak bersepahnye,maksud aku bersepah tu dijual sebagai bahan utama la.Tapi aku menguatkan lagi langkah kaki aku masuk dalam.Aku tengok-tengok keadaan sekeliling restoran tu,tengok cara diorang memasak.Aku tak buka mulut pun, sekadar memerhati.Tapi makin lama aku duk dalam tu, makin hati ni jadi tak keruan.Last sekali,aku balik terus.'

"maksudnya??...kiranya halal la pergi beli situ?"

'Aku tak boleh cakap halal ke tidak,cuma hati aku tak selesa dengan keadaan camtu.Kalau korang cakap halal,ada asas dan keyakinan, itu terpulang pada diri masing-masing sejauh mana korang pegang.tapi bagi aku,aku takkan beli kat situ,sebabnya jelas.Arak dia menjadi hidangan utama,sedangkan kita kene hindari majlis-majlis atau tempat-tempat makanan yang dihidangkan arak.Itu satu yang aku pegang.'

'Kedua, agak mustahil bagi diorang untuk tidak mencampur adukkan diorang punye masakan
yang bukan menu babi dengan yang biasa.maksud aku, hampir tiada kepentingan diorang buat camtu,walaupun ada orang kata ianya halal, tapi bagi aku terpulang camne korang fikir.Aku takleh paksa korang tak pergi, cuma bagi aku, aku takkan pergi beli kat situ.Sebab-sebabnya korang dah faham kenapa.Jadi terpulang macam mana korang fikir.Aku tak suka nak paksa-paksa orang,kerja aku nasihat je.Yang lain terpulang.'
"hmm....ok'


"pokwe,kalau ada orang bagi ko handphone free kan, nokia katakan, ko terima tak, maksud aku, ko ambil tak?"
'hmm..aku tak terima kot.tengok keadaan la.tapi secara kasarnya aku menolak untuk terima hadiah tu'
"apsal?..yahudi ke??...ala, ni bukan ko beli sendiri,orang bagi.Kalau ko beli tu, lain la."
'hmm..tengok keadaan.Maybe akan ambil jugak, cuma aku takkan guna'
"ha, kenapa pulak??..dah ambil, guna je la..ko ni pelik r"
'hahahaha..pelik??...apa peliknya.macam ni je la aku.biasa."
"ye la, ko dah ambil hadiah tu tapi tak nak guna.Nokia beb,yang harga mahal,bukan yang cokia punye"

'jap.,.ko kene faham kat sini kenapa.Aku tak beli jenama nokia tu , sebab pemilik dia yahudi.Dan diorang memang ada contribution terhadap Israel.Sebab tu , aku tak nak beli.'

'Kedua, aku terima hadiah tu,sebab jaga hati si pemberi,tapi itu tak semesti aku guna barang tu.Aku takut kalau aku guna, nanti kalau terjumpa sahabat-sahabat dari Palestin,diorang tengok aku guna Nokia, nanti diorang kata aku tak sokong perjuangan umat Islam kat sana pulak.Walaupun aku guna tu,benda orang bagi.Tapi aku tak nak bagi diorang kecik hati,nak terus bagi semangat yang kita menyokong perjuangan mereka. Itu je. '

'Last sekali,aku takut kalau aku beli barang-barang yang ada sumbangan pada yahudi dan Israel ni,nanti aku takde hujah di akhirat nanti,tentang sumbangan aku pada tentera-tentera Islam di Palestin terutama.Takut-takut terbalik pulak nanti, aku yang akan dipanggil sebab dengan aku membeli barang-barang tu, syuhada'2 atau anak2 kecil yang mati dek kekejaman Israel tu akan memberi saksi bahawa aku juga memberi sumbangan pada tentera-tentera tu untuk membunuh mereka.Aku tak sanggup jadi camtu."

'Aku takkan paksa korang untuk ikut pandangan aku.Cuma bagi aku begitu aku berfikir.Walaupun benda kecil, tapi perlu untuk aku buat.Sekurang-kurang aku ada hujah depan Allah nanti yang aku ada juga sumbangan pada pejuang-pejuang selain dari doa.'

"owh..ok.."


di hari yang lain,waktu yang berbeza.

"we, ko makan apa ek??cuba cerita sket,ko dah la tak makan kat restoran,ashan tak pergi.Sedangkan ashan tu la barang-barang paling murah.Kau selalu beli barang kat mana?kau makan apa?jajan tak beli.Ntah, aku tengok ko ni pelik gile.Semua tak pergi."
'hmm..korang ni, takde benda lain ke, semua aku buat , pelik.Eee.geram betul.yang korang ni, bagi aku lagi pelik.'

"hek elen,kitorang plak yang pelik.Kitorang sume hampir sepakat kata kau paling pelik"
'sedap-sedap je panggil aku pelik..aih, dah la.malas aku layan korang.baca buku lagi baik.'
"ha,merajuk pulak.relax r,aku nak tahu je"
'"haah, aku pun nak tau gak ko makan apa,beli apa,buat apa"'
'hmm..dulu, mula-mula dulu , aku pergi gak ashan tu,tapi lepas tau yang tu syarikat israel,aku terus tak pergi.Aku tau,barang dia memang murah-murah,tapi, itula Israel.Lepas aku tak pergi ashan tu, mencanak gak harga-harga barang dapur aku nak kene beli.Mahal.adui.Terseksa sekejap.'

'Tapi lepas lama-lama , aku makin kenal kat mana nak beli barang-barang murah.Dan sekarang,aku makin banyak tahu tempat-tempat nak beli barang-barang murah kat pasar tu.Jadi kebergantungan pada ashan tu dah takde,walaupun mula-mula pahit nak telan,tapi lama-lama, Alhamdulillah, aku makin tenang dengan apa yang aku buat.Aku nampak keberkatan dimana.dan aku selesa dengan gaya hidup begini.Perihatin dengan apa yang masuk dalam perutdan apa benda yang digunakan.'

"hmm..maksudnya, tiap-tiap hari la ek ko masak?"
'haah..tapi tak juga, kadang-kadang kalau malas tu, masak sekali untuk tiga hari terus.hehehe..malas beb nak masak tiap-tiap hari.Kalau ada isteri lain la..hahhahah..gurau je,kalau ada isteri pun,gilir masak kot..sebab bagi aku,masak ni best.'
"hmm..camtu ek.aku bukan taknak masak, tapi malas dowh."
'Bagi aku, aku tak berkira bab masak ni.Dan bila kita masak sendiri ni, kita lebih yakin dengan makanan yang dimakan.halal terjamin, keberkatan ada.dan kalau aku berkeluarga nanti pun,aku lebih suka makan dirumah berbanding kat luar.Berkah.'
"hmm..ok."


begitulah serba sedikit berkenaan kehidupan aku disini.sekadar mahu berkongsi rasa.Aku menaip ni pun dalam keadaan gembira kerana sudah lepas satu subjek exam.Next week,ada satu lagi subjek.Ringan sket rasa.kalau korang nak tahu gak apa barang-barang lain yang aku tak beli, di bawah ni aku lampirkan syarikat-syarikat yang aku tak beli.Semoga dengan sedikit amal kecil ini, diterima amalan kita.


8 komentar:

Mohd Hazreen Rashid mengatakan...

Salam.
Ermm, siapa yg bgtau ko Ashan tu milik syarikat Yahudi?
Setakat yang aku check, Ashan tu company France, nama French dia Auchan. Kalau nak tgk company profile dia, I took a liberty to check them out in Wikipedia.

http://en.wikipedia.org/wiki/Auchan

umar alfateh mengatakan...

hmm...hazreen...terima kasih kerana mengingatkan..cuma rasanya , elok layari laman ni... http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html ..kalau ada sebarang ragu2 lagi, insyaallah, aku cuba untuk jelaskan..

hadoken mengatakan...

ermmm....

setahu aku, ashan termasuk dalam list boikot, sebab jual barangan buatan Delta Galil Industries Ltd (company Israel, x silap aku bos dier kawan ehud barak)

so company delta ni sebuah kompeni tekstil, kiranya membekalkan barangan tekstil seperti underwear, stokin, coli kut...huahuahua....

anyway, ashan ni, dier tolong jualkan barang2 delta ni r...

dari http://www.inminds.com/boycott-delta-galil.html

Auchan
- [French] supply ladies intimate apparel, men’s underwear and socks



p/s: aku beli stokin aku kat Giant

syuqaira mengatakan...

salam wrt,
nxt entry boleh shazwan share dgn kami kat mana shazwan beli barang2?

thanx~

Mohd Hazreen Rashid mengatakan...

Aku tak nampak pun Microsoft dalam senarai boikot sedangkan Steve Ballmer CEO Microsoft skrg seorang Yahudi. Adakah ini kerana orang yg keluarkan list tu guna perisian Microsoft semasa dia menaip?

Adakah kerana Ashan menjual barangan Yahudi sebab tu kita kena boikot dia? Kalau mcm tu, perlukah kita boikot supermarket Giant, atau kedai runcit Pak Mael yang menjual barangan Nestle, tissue Kleenex dan lain2 yang support Israel tu?

Bagi aku la in my humble opinion, kalau seseorang tu nak betul2 yakin untuk boikot atau tak boikot, at least tengok senarai shareholders, subsidiaries company, parent companies etc2. Kalau nak percaya satu list yang pick just about any American company imaginable, rasanya people will go to so much trouble to avoid such balderdash.

Dan aku tak dapat nak argue any further lah.

umar alfateh mengatakan...

to kak syuqaira: hmm..pasal beli barang kat mana tu, tak perlu entry baru kot...saya tak nak specifickan tempat mana dan di mana..tapi tengok la camne...

to hazreen : takpe hazreen..aku buat ni berdasarkan apa yang aku tahu..tak salah nak beli barang dan bermuamalat dengan orang yahudi..itu point pertama.. keduanya : aku tak beli barangan tu,bukan sebab ada share yahudi ke tak, tapi keterlibatan mereka secara langsung dalam menyumbang pada dana israel..itu je..

takpe,masing2 ada pandangan masing2.aku menulis entry ni pun, walaupun dalam keadaan gembira, tapi tensen sket2,sekadar mahu berkongsi rasa,kita nak buat benda yang mungkin orang tak boleh faham, kita akan diperli dan sebagainya..

semua yang aku buat ni, bukan nak tunjuk perfect,tapi aku nak cerita bagaimana keadaan seharian aku..perjalanan seorang hamba..

jika kita tak sependapat, tidak menjadi masalah..ini cuma apa yang aku terdaya buat..selagi aku boleh lari dari terlibat langsung,aku lari..
sebab semua syarikat2 yang disenaraikan tu, DUNIA diorang pegang..setiap kedai ada jual barangan diorang..jadi,kerja aku, hanya mengurangkan kapasiti hasil penjualan barangan mereka..

contoh : kalau kedai pak mat jual maggi, semua orang sepakat tak beli maggi dah , jadi dalam hati pakmat, buat apa aku jual maggi sedangkan tak pernah laku pun, dan semua orang tak beli..jadi, mungkin lepas tu, dia dah tak jual dah maggi..bila dia dah tak jual maggi tu, maksudnya dia dah berenti mengambil barangan dari pembekal,kalau semua kedai merasai benda yang sama,kerugian dari jual maggi, maksudnya, mereka akan berhenti dari order maggi,kerana tiada keuntungan.bila pembekal tidak tahu mahu didistribute barang2 dia kemana, maksudnya, dia perlu berhenti dari menghasilkan produk tu.bila ini berlaku,maka baru kita akan nampak hasil dia..

sebab tu aku kata, ni benda kecil sahaja aku boleh buat..aku tak kan paksa orang lain ikut aku..cuma hati aku sering terganggu bila aku guna barang2 yang jelas menyebabkan jiwa aku menderita tengok rakyat palestin..mula2 rasa perit sebab dah selalu bergantung ngan diorang, tapi bila lama2 berjaya tak bergantung pada barang2 diorang ni, Alhamdulillah, Allah buka pintu ketenangan..

Aku cuma berkongsi sahaja apa yang aku rasa..mungkin setiap orang berlainan pendapat dalam melihat isu keberkatan..aku pandang dari sudut ni, ada keberkatan..aku takkan kata salah pada orang yang berlainan pandangan dari aku..sebab setiap orang berbeza ilmu..mungkin kau lebih banyak tahu tentang dunia ni berbanding aku,jadi kau boleh buat apa yang aku tak boleh buat..dan mungkin aku ada sedikit ilmu kurang dari kau,tapi ilmu kita berbeza sedikit,jadi cara aku pandang sesuatu pun, akan berbeza dari cara kau memandang sesuatu..

aku memandang dari left side, kau pandang dari right side, takkan sama apa yang kita pandang kan??..takpe,ianya tak jadi masalah..aku berlapang dada.

kalau ada pandangan yang membina lagi, insyaallah, aku terima dengan hati terbuka..

amnah my. mengatakan...

salam alaik shazwan..

berkenaan boikot ni, i agree with you 100%.. dengan keadaan sekarang, belum tentu kita berani untuk turut serta berjuang bersama saudara-saudara kita di sana.. so, 3 cara utama yg boleh kita lakukan adalah :
1. Berdoa kemenangan kaum muslimin di sana
2. Boikot barang-barang israel dan barang-barang yg dikeluarkan oleh kompani yang mempunyai hubungan langsung dengan israel la'natullah.
3. Memberitahu kepada orang ramai keadaan sebenar yg berlaku di sana.

sebagai contoh keadaannya di moscow ni.. tidak ramai russian people yg ke KFC mungkin disebabkan rasanya yg tidak kena dengan selera mereka. sekarang, KFC terpaksa bergabung dengan rostik mungkin disebabkan kehampirannya kepada bankrup. jikalah keadaan ini berlaku kepada mcd di malaysia, tidak mustahil mcd boleh pupus. cumanya, tahap kesedaran umat islam yg masih rendah di samping wujudnya kaum beragama 'belum' Islam di mesia.

sebab itu point ketiga juga penting.. kita perlu memberitahu orang ramai.. adakalanya, sesetengah barang mereka ni, tidak dapat tidak, kita tak boleh elak daripada membeli.. contohnya intel.. ntahkan bile akan keluar barang yg setanding dengan intel nih.. so, kita gunakan laptop yg kita ada untuk memberitahu kepada orang ramai keadaaan sebenar apa yg berlaku di sana walaupun kita tidak dapat memboikot.. ini lebih untuk menjawab teka-teki yg bermain di kepala hazreen pasal microsoft tu kot.. caranya bukanlah boikot semata-mata.. rujuk balik pada 3 cara utama di atas..

kagum dengan shazwan yg berjaya memboikot semaksima mungkin barang2 israel nih.. memanglah adakalanya, orang akan memandang kamu seorang yg sangat keras.. itu tak boleh dan ini tak boleh.. tapi biarlah.. itu kata-kata orang. masing2 ada hujah masing2.. sahabat yg memahami akan menghormati pendirian kita..

bagi akak, hati orang lain lagi utama untuk dijaga.. kalaulah kawan mengajak untuk makan di mcd misalnya.. akak akan turut serta makan yg paling ringan tapi lepas tu beritahu dia yg actually akak memboikot mcd.. at least, akak dah memenuhi kehendak dia dengan harapan, kawan tu akan memenuhi kehendak dan memahami akak juga..

sama juga dengan ashan.. kalau barang peribadi, takdelah nak beli kat sana.. cuma kalau barang di share dan pergi atas decision orang lain, akak pegi je.. kadang2 kita kena ikut gak cara orang lain ni sebagai mengambil hati mereka.. lagipun ashan bukanlah semua barang haram secara zat dan terang-terangan.. then slowly kita bitaulah mereka berkenaan ashan tu..

teruskanlah memboikot.. diri ni pun, sedang berusaha namun masih ada yg tak mampu..

umar alfateh mengatakan...

to kak amnah :
alhamdulillah,tenang rasanya bila tahu ada orang yang sependapat..jarang saya mendapat pengiktirafan sebegini kalau bergaul dengan sahabat2 di sini.paling tinggi pun,hanya anggukan sahaja setelah penerangan diberi..kebanyakan akan keluar "ko ni jumud r" "ko ni menyusahkan" dan pelbagai lagi..

terima kasih kak atas komen yang membina dan memberi kekuatan untuk terus berada atas jalan ni.