Sabtu, 26 Januari 2008

Russia dan Aku

Russia, nama yang cukup gah di mata dunia.Bila disebut Russia, pasti orang tidak akan menafikan sumbangan negara ni pada dunia.Sebelum adanya nama Russia, orang lebih mengenali Soviet Union. Negara yang digeruni, dek kekejaman, penindasan , pembunuhan dan pelbagai lagi keburukan yang ada.

Kepimpinan yang berkaliber dan tidak takut pada sesiapa merupakan salah satu kekuatan negara ini. Itulah pemimpin sejati. Siapa tidak kenal Vladimir Putin? Presiden yang diakui kebijaksaan pentadbirannya dalam membangunkan Russia. Jika di Malaysia, kita punya pemimpin seperti Tun Dr. Mahathir yang diakui kebijaksaannya dalam membangunkan Malaysia, ketepikan keburukan yang dibuat, memang diakui oleh kawan mahupun lawan akan kebijaksaannya.Maka di Russia, mereka juga punya pemimpin seperti itu.

Atas tu sebagai permulaan je.Entry kali ni aku nak cerita serba sedikit tentang orang-orang Russia ni.Kalau nak dikirakan, tak best cerita pasal orang Russia ni, tapi memandangkan ada kebaikan pada mereka, maka aku cuba untuk berkongsi kebaikan yang mereka miliki,moga-moga kita boleh atau cuba untuk amalkan pada kehidupan seharian kita. Bukankah Nabi berpesan jika kamu jumpa hikmah kebijaksanaan maka kita kene perlu kutip ia kerana hikmah kebijaksaan itu barang tercicir umat Islam??..

Sikap Patriotik
Orang Russia ni, sangat patriotik orang-orang dia. Jumpalah sesiapa sahaja, pasti kita boleh tau pasal sejarah Russia. Bangganya mereka pada negara ini, kerana banyak tokoh-tokoh pendidikan lahir di negara ini. Kalau cikgu bahasa terutamanya, semua selok belok negara ini, tentang sejarawan mereka, mereka kenal satu-satu. Pernah sekali cikgu menceritakan tentang Yuri Gagarin (angkasawan dunia pertama) yang merupakan rakyat negara ini, mati kerana letupan ketika menjalankan misi latihan penerbangan.Ketika itu, secara tidak sedar, aku ketawa.Ntah apa yang lucu, aku tidak pasti sangat.Tapi disebabkan aku ketawa tu, cikgu berhenti mengajar.Adui,memang silap aku.Cikgu berhenti mengajar sekejap,tenung aku.Aku jadi serba salah, terus minta maaf.

Cuma start dari situlah , aku kaji kenapa orang Russia ni patriotik sangat dengan negara. Kajian aku bermula dengan membaca sejarah-sejarah negara ini. Dan dalam masa yang sama juga aku juga mendapati , yang hampir setiap buku perubatan (yang university keluarkan) , pasti disebut siapa penemu-penemu sesuatu term/penyakit/apa-apa yang dikaitkan dengan perubatan,dan kebanyakan adalah rakyat negara ini. Bila lama-lama belajar, aku semakin kagum dengan negara ini. Rasa seperti mahu jadi rakyat negara ini, tapi itu tidak mungkin. Ya, TAHU SEJARAHlah yang menyebabkan sayangnya kita pada negara. Selepas itu, aku sudah tidak pelik mengapa negara ini menjadi kebanggaan rakyatnya, walau sesengsara manapun mereka, mereka tetap sayangkan negara ini dan berusaha sedaya mungkin untuk meneruskan kegemilangan generasi akan datang agar sama dengan pencapaian yang lalu.Itu kesimpulan aku.

Mengambil Iktibar
Cuba tanyakan ummat Islam di negara kita, tanya pada orang awam, apakah mereka tahu sejarah agama kita?..kenalkah mereka dengan Penegak-penegak agama kita?Kenalkah pada pejuang-pejuang kemerdekaan??Pasti ramai yang hanya boleh jawab Tunku Abdul Rahman,selain dari Tunku, pasti terkial-kial untuk menjawab (Bukan mahu merendah-rendahkan)..Tahukah mereka dengan kahilfah-khalifah penjaga kesatuan Ummah??..Tahukah kita tentang mengapa kita berada dalam keadaan dihina sekarang??..Tahukah mengapa kekuatan yang kita ada suatu ketika dahulu telah hilang??..

Ya, kita tidak mengambil iktibar dari sejarah,itu kesimpulan aku tentang ummat Islam negara Malaysia.Kita hanya mengulang sejarah yang buruk. Kita hanya pandai mengkritik kenapa sistem kita rosak, tapi diri sendiri tidak mahu mengambil bahagian untuk menjernihkan balik keadaan. Hanya tahu mengikut arus sahaja.Aku perlu dapatkan sebanyak mungkin kebaikan di negara ini, agar aku boleh membina masyarakat kampung halamanku terutama kawasan kejirananku. Aku tidak mahu menjadi doktor yang hanya mementingkan perut anak isteri sahaja, tanpa membangunkan semula sistem masyarakat yang hampir hancur mengejar dunia tanpa mengaitkan diri dengan akhirat. Perlu untuk aku mengubah diri agar aku mudah untuk aku mencorak keluarga dan seterusnya mengubah masyarakat.Jika diri sendiri tidak mahu berubah, apakah boleh untuk mengubah orang lain??

Kita sambung balik ke topik kita..hehhehe,tersemangat sikit...Pernah aku bertanyakan pada cikgu, manakah keadaan kehidupan yang lebih elok??..masa zaman Soviet Union atau ketika selepas keruntuhan Soviet Union,iaitu sekarang??..Pantas cikgu menjawab, zaman soviet lebih dia sukai, kerana pada zaman tu, rumah free,pendidikan free (bermula dari sekolah rendah sehingga university), perubatan free, maknanya banyak perkara kerajaan tanggung, hanya perlu meneruskan kehidupan sahaja. Berlainan dengan sekarang, yang segala-galanya perlu dibayar,tapi katanya ia masih suka tinggal di negara ini.

Suka Membaca
Yang kedua pula, aku perhatikan yang orang-orang sini suka membaca, atau buat sesuatu yang boleh menggerakkan otak. Pergilah naik metro, pasti berjumpa pakcik-pakcik atau makcik-makcik yang bermain sudoku (teka silang kata kot),yang muda-muda, akan membaca novel, dan yang pasti, pasti ada yang membaca tidak kira muda atau tua. Walaupun yang membaca itu bukan semua, tapi ada dikalangan mereka,yang membaca.Itu sudah cukup menunjukkan sikap sukakan ilmu rakyat negara ini.(Pandangan aku sahaja, maybe rakan-rakan aku tak setuju kot,huhuhu).

Sikap ini sedikit sebanyak menjangkiti diri aku.Sekurang-kurangnya bila keluar rumah, aku akan cuba membawa sebuah buku untuk dibuat bahan bacaan.Malu jika orang tua pun suka membaca, apatah lagi kita orang muda yang masih terkial-kial dengan dunia ini.Kalau pensyarah-pensyarah pula, jika pergi ke bilik mereka, pasti sedang membaca.Walapun sudah menjadi pensyarah, tapi bahan bacaan mereka makin hari makin bertambah.Mungkin orang lain tak pelik jika pensyarah-pensyarah memang jenis membaca,cuma bagi aku apakah momentum yang menggerakkan mereka ini untuk terus membaca, walaupun umur sudah di penghujung usia??..Itu persoalan aku yang kadang-kadang pening bila difikirkan.Sedangkan kita umat Islam , walaupun ada perangsang dari seorang Nabi yang menyuruh kita mencari ilmu sampai masuk liang lahad, tapi mengapa sikap itu tidak ada pada kita umat Islam, tapi ada pada mereka ini yang bukan beragama Islam??...

Mungkin jawapannya, sikap..Sikap malas yang menguasai diri, dan merasa cukup dengan ilmu yang ada. Rasa sudah banyak ilmu dengan buku-buku yang dibekalkan, tanpa mahu berusaha untuk mengambil buku-buku tambahan yang bukan bidang.Kalau pelajar perubatan, hanya buku perubatan sahaja dibuka, buku-buku lain tidak berapa perlu untuk dibaca, kerana tidak guna waktu kerja!..Sikap ini jika ada, pasti akan menghancurkan ummah. Bagaimana dengan ilmu menguruskan keluarga?Ilmu menghadapi fitnah dunia?Ilmu perhubungan sesama manusia?...dan pelbagai lagi.

Sikap Kita
Sebab itu aku tidak berapa rasa hairan , jika sistem sosial kehidupan rakyat Malaysia semakin hari semakin hancur. Mana pergi hak jiran untuk bertegur sapa,mana pergi sifat amanah seorang pekerja, mana pergi sikap menghormati orang tua, mana pergi kehidupan yang menjaga pergaulan lelaki permpuan,mana pergi ....tidak terungkai dengan kata-kata.Hanya kerana malas mengambil bahan bacaan tambahan, aku melihat kehancuran satu demi satu bangsa aku!!..Hiburan..

Berbahasa
Yang ketiga pula, orang sini sangat suka bahasa diorang sendiri.Sikap mahu memajukan bangsa sendiri dengan bahasa sendiri memang membuka mata aku yang kejayaan bangsa Russia ,negara Russia adalah kerana memartabatkan bahasa ibunda. Pergi sahaja ke kedai buku, kalau di university aku, hampir semua buku-buku dalam bahasa inggeris pasti ada buku tersebut dalam bahsa Russia. Dan harganya, jauh lebih murah berbanding buku bahasa Inggeris. Jika ada sahaja buku-buku baru, pasti ada yang berusaha untuk menerjemahkannya ke bahasa russia,biar mudah anak-anak bangsa mencedok ilmu. Jika di kedai buku di jalanan pula, hampir tidak berjumpa buku-buku bahasa inggeris, semuanya bahasa Russia, sedangkan bila disemak, itu merupakan buku dari amerika,uk,german,france dan lain-lain negara. Hmm, memang menarik.

Kalau pergi pasar atau mana-mana ,jika bahasa yang digunakan ada silap dari segi tatabahasa, pasti akan ditegur.Mereka tidak malu untuk mengajar bahasa mereka pada kita,bahkan dimarahi kita kerana tidak fasih berbahasa.Sebab itu , aku suka ke pasar, kerana sekurang-kurangnya aku boleh tahu dimana salah silap aku dalam berbahasa.Biarpun harganya mahal sedikit dari Ashan,tapi kepuasan itu ada.Aku perlu untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Russia sebelum tahun 4 bermula semantap yang mungkin kerana pada tahun 4 nanti, kami akan menggunakan 100% bahasa Russia dalam pembelajaran, sekarang ni masih dalam bahasa inggeris. Sekarang baru tahun 2.Ada setahun setengah lagi.

Yang menariknya tentang bahasa dan orang rusia ni, kalau kita tak faham tentang sesuatu perkara, diorang akan cuba sedaya upaya untuk memberi penerangan pada kita sedaya mungkin mereka, jika pada permulaan pertemuan mereka akan menggunakan bahasa pasar,dan jika melihat kita kurang memahami, mereka akan guna bahasa paling mudah, macam bahasa buku.Mudah. Dan berkenaan bahasa diorang, memang bahasa yang kasar,tidak hairan jika apa yang dibualkan memang kasar.Intonasi (naik turun) ,gerak bahasa. Dan yang penting, bila mengeraskan suara ni, menyebabkan diorang berani memberi pandangan.Dan memang diorang berani bersuara.Tidak malu dengan pandangan sendiri. Walaupun salah, tapi tahu memberikan pandangan sendiri.Tidak menjadi pak turut.Jika sudah jelas salah, diorang akan akui sendiri.

Meninggi Suara
Yang keempat, ni mungkin sikap buruk kot, sikap suka meninggi suara. Kekadang bila berinteraksi dengan diorang ni, membuatkan kita cepat marah. Dan kesan dari marah tu, hmm..paham-paham je la. Selalunya mereka ni keras kepala, mereka je betul. Untuk buat kita yang sebetulnya yang betul, memang kot mana-mana pun, perlu untuk meninggikan suara. Bukan semua yang suka buat kita marah, ada je yang baik-baik.

Barang Antik
Last sekali, mungkin banyak lagi, tapi dah letih menaip.Nak berehat lepas ni, hampir dua jam aku menaip, mujur cuti sekarang ni.Orang sini akan menggunakan sesuatu benda sampai benda tu tak boleh pakai dah. Selagi boleh guna, mereka akan guna. Contoh paling ketara, korang pergi metro, kalau situ merupakan stesen metro lama, peralatan kat metro itu selama mana metro itu dibuka. Metro sini, sudah hampir melebihi 100 tahun.itu kat bahagian pusat, kalau kat bahagian kawasan penempatan aku ni, dalam tahun 1960-an kot dibina.Kalau tak silap aku la.Dan barang-barang dia, selama itu. Korang bayangkan sayangnya diorang dengan barang-barang antik. Kat Malaysia, LRT-Putra masih tak menjangkau 10 tahun, tapi sini metro dia sudah hampir 100 tahun. hmm.. jauh beza.

Tapi kot mana-mana pun, semua kebaikan yang ada di negara ini, tidak menyebabkan dan tidak mempengaruhi aku untuk untuk terus tinggal di sini.Bahkan menyebabkan aku semakin mencintai negara aku, kerana disanalah tempat tumpah darahku.Dan akan ku cuba untuk buat yang terbaik untuk membangunkan negaraku sedaya yang mungkin.Sekarang kerja aku, hanya menimba ilmu disampingturut berkongsi dengan orang lain.

Tidak ada komentar: