Kamis, 24 Januari 2008

Habis exam dan berkenaan babi ^^

Alhamdulillah, hari ini aku agak bebas sedikit setelah berjaya mengharungi exam anatomy dengan jayanya.Allahuakbar, lega betul bila sudah lepas subjek yang berat ni.Tak terkata.Cuma apa yang aku rasa, inilah exam paling berat yang pernah aku rasa.Sebelum-sebelum ni, start dari PTS,Peralihan, PMRU , PMR .SMU, SPM ,semua peperiksaan ini boleh dikatakan berlalu dan pergi sahaja.Tiada iktibar sangat apa yang berlaku.

Tapi exam anatomy dan histology yang berlaku seminggu ini, tiada yang aku rasa melainkan tekanan yang amat sangat.Silibus selama setahun setengah perlu dihadamkan sehadam-hadamnya.Pada saat ini, terbit satu perasaan dalam diri, ini baru satu ujian di dunia, yang sudah amat sengsara untuk menunggu, tapi ada satu hari, yang ketika manusia menunggu untuk melepasi ujian timbangan,pasti pada masa itu, aku tidak boleh bayang perasaan diri ini. Tertekan,takut, gundah gulana, serabut, dan pelbagai perasaan yang mencengkam jiwa semuanya tertumpu di dalam hati.Tiada yang diharapkan melainkan dipercepatkan masa agar lepas segala-galanya.Arrggghhh....Tiada harapan selain mengharapkan rahmat Tuhan.

Aku bersyukur hari ini, Allah bagi rezeki kegembiraan.Gembira seadanya.Aku suka berkongsi saat gembira-gembira sebegini,tapi tak suka jika saat derita berkongsi.Ntah la, kalau kita derita, orang tahu kita derita, maka suasana jadi tak macam biasa.Aku tak berapa suka tengok orang muka masam.Dan sedari itu juga , kalau boleh aku lebih suka buat suasana yang ada ceria sikit.

Tapi dalam gembira, nak kongsi satu cerita sket, tentang suatu perbualan aku dengan sahabat-sahabat di sini,masa mula-mula sampai dulu....Aku harap sangat kalau sapa-sapa yang baca entry ni, memberi pendapat serba sedikit.


"Pokwe, aku dengar ada orang cakap E---(beberapa kod tertentu) ni boleh makan la.Walaupun dia punya sumber tu babi."
'Hah??...ni datang wahyu dari mana plak ni??...kerajaan langit mana lagi pulak la yang muncul'
"tu aku tanya ko tu, betul ke boleh??, sebab alasan diorang kalau bertukar sifat kimia dia, jadi halal, macam arak..arak kalau tukar jadi cuka, halal..jadi macam tu juga dengan babi..kalau tukar sifat kimia dia, jadi halal."

Dalam masa yang sama, aku kepanasaran.Dalam hati, rasa sungguh tidak selesa dengan hujah yang diberikan.Fitnah jenis apakah ini??...

'Aduh la..camni la, aku nak tanya kau sendiri, ko yakin dengan apa yang diorang kata tu??'
"aku tak tahu, tu yang tanya ko tu..ha,diorang kata baca kat satu laman web.entah web apa.aku pun tak tahu"
'Berat la...aku tak tahu nak cakap camne..Aku bab hukum ni, aku paling tak suka untuk beritahu hukum camne.Cuma apa yang aku faham , macam ni la.
Arak tu, ko tengok asalan dia, anggur kan??..anggur yang halal menjadi haram disebabkan dia bertukar sifat,sifat dia yang memudaratkan, dan bila sifat kemudaratan itu dah hilang , maksudnya dia tukar jadi cuka, maka hukum halal kembali semula pada air tu..
Tapi ini berlainan dengan babi.Babi , sifat asalan dia, Allah haramkan 100% binatang ni.Pengharaman ini, adalah untuk menguji kita selaku manusia.Allah haramkan binatang ni, tulis terang,nyata dan jelas nama binatang ni dalam quran sebagai haram.Jadi, dia bertukar jadi halal pun hanya ketika suasana betul-betul darurat.Selain itu, tiada yang akan menghalalkan ianya dari haram.Haram start dari lahir sampai mati.Jelas ke??"

'Hmm...jadi, yang pasal sifat kimia dia tu camne??"

'Itu yang aku takboleh terima sikit tu, tentang sifat kimia yang berubah.Ko tau kan, yang ada certain E--- ni, memang jelas dia ambil dari babi, itu bermaksud, memang sengaja dia ambil dari binatang tu.Sedangkan kita sekarang bukan zaman darurat ketiadaan makanan.Tapi sengaja dia bubuh bahan dari binatang tu, untuk tahan lama, kekentalan dan apa-apa la.Aku tak tahu sangat apa kelebihan benda tu dalam makanan.Cuma macam tu la.Zaman kita ni, kita dah ada alat yang boleh kesan apakah sesuatu bahan itu ada kandungan babi ke tidak kan??'
"hmm..haah"
'So, maksudnya, dia punya kandungan atau sifat kimia dia tak berubah kan??..apa yang ko faham tentang sifat kimia dia berubah??...bila orang boleh kesan ada kandungan babi dalam bahan makanan tu, maksudnya, dia kesan DNA babi tu masih ada di situ.dan yang aku faham dari sini, sifat kimia dia tak berubah kan??..sifat kimia dia bermaksud struktur DNA dia kan??betul tak'

"betul la kot.hmm.."

'jadi, macam tu la aku fikir..Aku tak belajar dalam sangat, ilmu yang ada, aku belajar dari kuliah-kuliah masjid, di maahad dan pengajian-pengajian agama yang ada.Kombinasi belajar agama dan sains ni , buatkan aku tak boleh terima jawapan diorang tu.Ntahla , kalau diorang ada nas yang kuat, dari siapa yang keluarkan fatwa tu, aku berlepas diri.Aku tak nak kata aku betul.Cuma aku berfikir , bukan semudah itu untuk menukarkan dari haram kepada halal.Kalau kau nak pegang yang diorang tu, silakan, aku berlepas diri.Aku nasihat je berdasarkan ilmu aku yang tak seberapa.'

"hmm..ok lah kalau camtu..aku pun tak berapa setuju sangat dengan penjelasan diorang tu.sebab tu aku tanya, kot-kot ko sependapat dengan diorang ke.tapi dengan penjelasan tu, aku rasa aku tahu nak ambil mana"

'hmm..terpulang la kat ko..bagi aku, bila dah sampai sini, makin mengajar aku, pasal bab makanan ni , langsung tak boleh percaya kat orang lain.Kalau orang kata ada tempat-tempat yang halal, tak pernah aku percaya 100% melainkan aku cek sendiri.Dan kebanyakan yang aku cek, semuanya menimbulkan keraguan.Takpe la, masing-masing ada ilmu masing-masing.Cuma bagi aku, aku tak ambil mudah benda-benda yang masuk perut aku, takut effect ke anak cucu kalau tak jaga.'


Hmm..kalian sudah baca habis kan??..kalau ada pendapat, boleh la kongsi sket-sket.Takut-takut ada silap ke apa ke berdasarkan dalil-dalil yang ada.Aku ceritakan benda ni, untuk menghilangkan antara kegusaran aku kat sini.Bila kita luah satu-satu benda, kita akan jadi lebih yakin dengan apa yang diluahkan.Itu yang cuba aku buat.Tapi kalau kalian ada pendapat lain.Silakan, aku sangat-sangat menghargai pandangan kalian pasal benda ni.

4 komentar:

AmiE mengatakan...

salam.

bersediqalah junior2 sekelian..akan melalui zaman opekha yg lbh menyesakkan..muahahahhaha (kejam punya) ;p

herm yg pasal E yg ertukar jd ahan kimia kan...sy sndiri prnh berty sorg kakak usrah sy dr uk..pastu die ckp egitu.die kate ulama' di sini yg ckp mcm tu...x tau la lemak intang apa, sy mention lemak binatang je, jenis inatang x mention..

die kate ulama' di uk kate..lemak tu melalui proses kimia yg sgt tinggi, cthnye cam air, in the end jd oksigen and hydrogen which is x de kn mengena dgn air lgsg..mcm tulah dgn kes lemak ni..dan oleh krn die kakak usrah sy sy percyla..

umar alfateh mengatakan...

hmm..opekha...cam best je...anatomy dalam russian kan??...huhuhu..insyaallah, skang ni pun memang selalu rujuk buku russian,jadi insyaallah, harap takde masalah la nanti..

berkenaan pendapat tu,saya tidak menolak,tidak pula membangkang.. tapi saya suka berpegang pada keyakinan dari orang yang berada dalam bidang kimia ni bila bercakap tentang soal berubah sifat dia.. cuba try rujuk laman ni, lepas tu, timbang dengan neraca akal dan iman, mana lebih meyakinkan... http://mzuhdi.blogspot.com/

amnah my. mengatakan...

salam..

setakat yg diketahui, 2 pendapat tu la.. satu kata boleh sebab bahan kimia atas hujah yg lebih kurang dengan amie cakap tu.. dan menurut sumber orang yg memberitahu ni, benda tu daripada ustaz harun din.. wallahua'lam..

yg keduanya kata tak boleh sebab kod2 haram ni sebenarnya tidak diketahui sumbernya dari mana.. mungkin daripada binatang haram tu or apa2 je.. that's why dilabelkan haram..

lagipun sekarang kan dah ada dijual gelatin halal.. boleh dapat secara online lagi.. cuma kekadang tu, susah nak didik diri supaya tidak berkeinginan pada makanan yg bergelatin nih..

Anonim mengatakan...

hmm..rasanya persoalan ini memang tak kan habis jika kita hanya bertaqlid tanpa dalil..

pengharaman babi jelas dalam quran, dagingnya haram dimakan sampai kiamat kecuali darurat.

hukum arak bertukar ke cuka tidak boleh diaplikasi kepada babi.kerana mustahil untuk babi bertukar sifat kimianya. dengan kata lain, jika sifat kimianya berubah , pasti sifatnya yang lain berubah. Kita punya akal, sampai bila kita hanya mahu bertaqlid sedangkan Allah anugerahnkan akal pada kita.

Benda ni bagi saya kita boleh berfikir sendiri, dan kita berada pada bidang yang hampir2 kepada persoalan yang ada disini, apakah boleh babi bertukar sifat kimia??..bertukar kemana pun, ia masih disebut babi, maka pengharamannya juga masih berterusan. saya tidak mahu panjang lebar, atas masing2 mahu bagaimana, saya seadanya begitu.