Sabtu, 02 Februari 2008

Kemenangan Yang Semakin Hampir

Dari kiri : Ustaz Badrul Hisyam (guru tahfiz) , Zulfaisal


Sahabat

Baru sebentar tadi beberapa minit sebelum aku mula menaip artikel ini, aku sempat berborak hampir sejam dengan seorang sahabatku di Mesir, pelajar University Al-Azhar. Mendengar suaranya sudah cukup mengubat rindu di hati. Lama juga kami tidak bertemu. Cuma kali ini, dengan teknologi yang ada, masing-masing ada web cam, maka sedikit sebanyak rindu itu terubat.

Selalunya, jika aku menelefon sahabat-sahabatku, pasti tidak terlepas dari mulut mereka sebutan-sebutan , peringatan-peringatan agar tidak lalai dari mengingati Allah, sering juga diingatkan agar tidak lupa tentang tugas sebagai khalifah Allah. Peringatan-peringatan sebeginilah yang menyebabkan aku seronok dan tidak rasa jemu untuk menelefon mereka. Sedikit sebanyak memberi perangsang pada diriku bahawa diri ini tidak keseorang, malah ada yang peduli tentang iman kita.

Mungkin di sini aku cuba untuk coretkan kembali antara isi-isi perbualan kami, moga-moga dengan perkongsian ini, kita sama-sama mendapat kebaikan.

Dekat di hati

'
Zul, anta bagi la nasihat sket. Anta mengaji kat sana, mesti banyak yang anta dapat, kongsi la dengan ana sket' setelah lama perbualan kami berkisar tentang kehidupan masing-masing
"Hmm..ana pun tak tahu la nak kongsi apa.."
'ala. apa-apa je, pasal kehidupan ke, pasal hubungan ke..apa saja yang anta rasa elok untuk dikongsi.' aku berusaha memujuk zul untuk berkongsi serba sedikit ilmunya.

"Ni apa yang ana perhati la, pasal cintan cintun ni, mungkin anta arif kot,ana anti bab-bab ni sebenarnya"
'hmm..'
"ni sekadar untuk kita fikir la, anta rasa kan, kenapa orang yang bergaduh, dua orang yang bergaduh, kenapa dia guna suara tinggi-tinggi??..padahal jarak diorang dekat je..anta rasa kenapa?" zulfaisal memulakan pertanyaan.

'hmm..entah , bagi ana, mungkin sebab nak menang kot..sebab tu tinggikan suara' aku tidak tahu mahu balas apa.

"bagi ana la kan, orang yang tinggikan suara tu, dia tinggikan suara sebab orang yang dia tinggikan suara tu, hati dia dengan orang tu jauh, tapi cuba anta tengok orang yang cinta ni, suara dia, halus betul.Nak jaganya perasaan pasangan dia tu, aduhai..betul-betul jaga.Dia jaga sebab hubungan hati diorang tu rapat, sampaikan boleh terasa jika sebelah pihak terasa. Dan kadang-kadang orang bercinta ni, tak perlu keluar perkataan pun, cukup dengan tingkah laku dah boleh faham apa tak kena.

anta faham ke apa ana nak cakap pasal apa ni?" zulfaisal meminta kepastian dariku.

'Faham kot.boleh je.boleh tangkap apa anta suruh buat' aku boleh menangkap apa yang ingin diperkatakannya.

**Ia ada kaitan dengan sikap kita.Menjadikan sesiapa sahaja seperti dia bercinta dengan orang tersebut.Berusaha untuk menjaga hati orang lain sehalus mungkin. Walaupun dalam pergaduhan. Gunakan kelembutan berbanding kemarahan.


Kemenangan bersebab

"
Kita ni, selalu dengar bahawa kemenangan Islam itu semakin dekat.tapi anta kene ingat, kemenangan Islam tu bukan datang bergolek.Kemenangan tu datang bersebab.Anta cuba perhati ayat-ayat dalam quran , banyak yang sebut -am hasibtum-apakah kamu menyangka/berkira-kira...

banyak sangat ayat-ayat yang dimulakan dengan perkataan ni.cuba anta cek ayat albaqarah -ayat 214- apakah kamu berkira kamu akan masuk syurga sebelum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana orang-orang sebelum kamu??

cuba tengok ayat tu, kita masuk syurga pun bersebab.Boleh je Allah nak masukkan semua manusia dalam syurga, tapi Allah jadikan semua benda ni bersebab.Ingat balik kisah Nabi Musa, masa kat depan laut tu, kenapa Allah suruh Nabi Musa pukul tongkat dia kat laut, sedangkan boleh je Allah nak belah laut tu tanpa dipukul oleh tongkat Nabi Musa.

Kemudian, kenapa Allah tak hapuskan terus,atau lenyapkan terus Firaun dan kuncu-kuncunya, tapi ditenggelamkan mereka.Bukan ke senang je untuk Allah hapuskan mereka begitu sahaja??..dan contoh lain pula, abu jahal dan kuncunya , kenapa dalam perang baru mereka dimatikan, kenapa tak dilenyapkan begitu sahaja.Mati katak begitu??...jawapan untuk semua ni, sebab Allah buat sesuatu adalah dengan bersebab.. Dan selalunya kalau anta perhatikan, kemenangan Islam ni datang bila orang-orang mukmin sudah dalam keadaan kebuntuan,tak tahu nak buat apa dah ,dan masa tu lah Allah datangkan kemenangan." Panjang lebar beliau bercerita.

Kerja kita

"Hmm..begitu juga dengan kita wan. Kita nak Islam menang, kita kena mulakan dari diri kita. Kita kena faham dua benda, dakwah dan tarbiyyah(pendidikan/pembentukan). Syazwan, anta ada ke tu??..kenapa senyap je??" setelah mendapati aku hanya diam seribu bahasa.

'ye ye zul..ana ada ni..ana dengar..teruskan je..' sambil menyalin serba sedikit apa yang diperkatakan oleh zulfaisal.

"Anta faham kan maksud dakwah ni.sama ada dalam perjumpaan atau pergaulan.Sampaikan apa yang terdaya. Dan tarbiyyah pula, bermula dari tasbih kifarah dan berakhir pada alfatihah."

'Hah??..apa dia zul, cuba ulang balik..ana tak jelas.'

"tak, maksudnya tarbiyah tu kita memastikan apa yang kita sampaikan tu cuba diamalkan oleh orang yang kita seru.Itu sebab kita namakan kader/latih.dan Sebab tu ana kata bermula dari tasbih kifarah iaitu habisnya perjumpaan dan berakhir pada alfatihah iaitu berakhir pada majlis yang seterusnya. Kita pastikan apa yang kita kata tu cuba diamalkan oleh orang yang kta seru selepas berakhirnya pertemuan antara kita dengan mereka.Anta boleh faham kan?"

'oo..ok2..insyaallah.'


Ciri-Ciri Dalam Memastikan Kemenangan

"dan dalam kita memastikan kemenangan Islam ni, kita kena kita kena mula bergerak.Tak perlu tunggu arahan,kita mulakan apa yang kita mampu.Mulakan dengan diri.Arahan hanya pada perkara yang baru.

Dan dalam memastikan kemenangan itu juga, kita kena pastikan sekurang-kurang kita ada sifat-sifat ni. Addin,al aqlu,al ilm , al hilm , al juhdu , al birr , ...assabru dan assyukru."

'zul,kenapa cepat sangat.ulang balik boleh??..slow-slow la sket.terang satu-satu.tak dan nak salin'

"tak leh la, kat sini nak masuk maghrib dah.ana kena cepat.ok, ana ulang balik. pastikan benda-benda ni kurang-kurangnya ada pada kita, pertama addin-agama apa itu agama, dan apa itu usuluddin-pokok-pokok agama.. kedua al-aqlu - akal , ketiga al-ilm - ilmu , keempat al hilm - kelembutan , kelima- aljuhdu-kesungguhan , keenam albirr - kebaikan , kesembilan assobru -kesabaran dan kesepuluh assyukru- bersyukur.yang ketujuh dan kelapan ana lupa..Nanti la, ana cuba buat satu artikel bagi anta macam mana. Ana loghat ni."

'ok2..terima kasih zul.ana gembira boleh bercakap dengan anta ni.lain kali kita sambung.'

"sama-sama..cuma tu la, kita kena mulakan dari diri kita,jangan tangguh-tangguh.Dan anta kena ingat, anta duduk di Russia,suasana sana berbeza dengan Mesir,Malaysia, negara-negara Islam ni. Suasana tu menekan anta. Jadi, pandai-pandai la jaga diri. ok la, ana tak leh panjang-panjang sangat. ok wan..jumpa lagi, assalamualaikum"

'waalaikumussalam.'

"tup"..bunyi telefon di sebelah sana diletak.






Tidak ada komentar: